Tuesday, July 7, 2009

SK TAMAU LEWAT DISIAPKAN.


Setelah hampir 45 tahun, akhirnya SK Tamau, Kota Belud mendapat bangunan konkrit. Perkembangan ini tenyata menggembirakan masyarakat sekitarnya terutama penduduk Kampung Tamau. Sekolah Rendah ini sejak dulu lagi menjadi tumpuan penduduk kampung Merbau, Pintasan,Lilud,Tawadakan dan Kota Bungan untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah ini. Biarpun dari mata kasarnya, pembinaan bangunan baru ini terpaksa mengorbankan kawasan padang sekolah, namun dari sudut positifnya, sekolah dengan bangunan ini nanti akan lebih menjamin keselasaan anak-anak di kampung berkenaan ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Namun yang agak mengecewakan ialah pembinaan bangunan ini dilihat telah melepasi masa yang sepatutnya. Ertinya projek Kementerian Pendidikan ini lewat disiapkan. Berdasarkan kepada papan tanda di luar yang diletakkan oleh pemaju/kontraktor, bangunan ini sepatutnya siap pada 02.06.2009 yang lalu, namun ternyata pembinaan bangunan ini dianggarkan baru mencapai 50% daripada sasarannya.

Bangunan ini sepatutnya 3 tingkat..tapi ...?

Apakah masalah yang timbul sehingga projek ini lewat disiapkan?
Apakah tindakan Kementerian Pendidikan terutama PPD Kota Belud yang dilihat lebih 'dekat' dan pemantau kepada projek ini.? Apakah projek ini turut "dialibabakan" kepada sub-sub kontrak yang tidak berkelayakan dan berkemampuan? Daripada pemerhatian yang dibuat, para pekerja di projek pembinaan ini 'tidak ramai' seperti yang sepatutnya...kerana jika projek ini sudah lewat disiapkan..sepatutnya kontraktor mengambil pekerja yang ramai untuk menyiapkan segera projek ini...

Masalah kelewatan projek ini turut memberikan masalah kepada para pelajar di sekolah ini. Bangunan sementera yang dibuat oleh pemaju, sempit dan panas...selain itu persekitaran projek yang tidak ditutup juga boleh mengundang kemalangan kepada pelajar...




Pintu pagar menjadi tempat keluar-masuk pelajar..bahaya!


Di Pihak orang kampung, projek pembinaan bangunan sekolah ini turut memberikan kesan...Misalnya..lori-lori besar yang mengangkut tanah merah , pasir dan batu telah menyebabkan persekitaran berhabuk. Menurut beberapa orang penduduk kampung yang sempat saya temui, mereka menyatakan bahawa sudah beberapa kali mereka membuat komplen tentang habuk ini..tetapi pihak pemaju tidak mempedulikan rungutan mereka...Apakah jalan penyelesaian terhadap masalah ini ? Di manakah 'para pemimpin" yang mengatakan 'rakyat patut didahulukan"?

Selain daripada itu,Keputusan Kementerian Pendidikan membina bangunan konkrit ini satu tindakan yang tepat dalam menlonjakkan tahap dan kualiti pendidikan luar bandar. Namun timbul satu persoalan ...bagaimanakah nasib bangunan ini nanti, sedangkan Di Kampung Tamau tidak ada bekalan air bersih ?...Ada paip yang berusia hampir 30 tahun tetapi tidak ada air?


Paip air dekat sekolah tapi tiada air

Timbul lagi...persoalan kemanakah wakil rakyat Tempasuk ?.. dengar-dengarkanlah rintihan penduduk di kawasanmu?..daripada maklumat yang diperolehi melalui "bual bicara" dengan penduduk kampung Tamau...Ramai yang menghidap penyakit batu karang..dikesan disebabkan oleh sumber air yang tidak bersih..buat masa ini masyarakat kampung menggunakan air bawah tanah yang tidak dirawat?.. Apakah nasib masyarakat Kampung Tamau dan sekolah mereka ini ???? tidak dapat dipastikan kerana 'pemimpin' pun masih membisu seribu bahasa.

24 comments:

mrakunman said...

Salam.. TAHNIAH SAUDARA.. kerana menulis perkara ini (kelambatan pembinaan srk Tamau).. patut kita-kita ini perlu membuat sesuatu mengenai perkara ini.. sila inisiatifkan, saya mohon mencadang.

SI RENGIT said...

Salam,

Saya difahaman SPRM ada turun di sk tamau. Cuma saya tidak pasti sama ada mengenai masalah ini ataupun masalah lain....

Pengerusi PIBG kena jalankan tanggjwb lah jgn duduk melenguh aje. Wakil rakyat pun satu... tunggu lah PRU13 lingkup lah mana-mana YB yg tidak reti buat kerja....

DEPU-DEPU said...

Salam kembali Pagari..
Pada perkiraan saya, ada beberapa inisiatif boleh dilakukan
1. PIBG patut digerakkan di sekolah ni....,Pemakluman kp pemimpin masyarakat,ketua kg dan JKKK...

2. Permakluman kepada pihak PPD...terutama bahagian Pembangunan.
3. Permakluman kp Wakil Rakyat... DUN Tempasuk tentang permasalahan ini termasuk ketiadaan bekalan air bersih..
4. Permakluman kepada Ahli Parlimen KB..

Kalau ada cadangan, mohon diutarakan..

terima kasih kp Sdr yang turut memberikan respon kepada permasalahan ini.. Penglibatan Sdr sangat-sangat diperlukan..

a kl citizen said...

yang penting.. kerjasama.

PIBG kena main peranan...

zai said...

Salam Depu-Depu,
Saya KAGUM sbg pendidik anda juga berjiwa PEMIMPIN, begitu prihatin thdp pelbagai aspek dan peristiwa..It's really amazing to have someone so concern about others especially utk rakyat berbilang kaum dinegara ini...Syabas atas sifat terpuji anda

DEPU-DEPU said...

Salam Rengit

Apa-apa pun tujuan SPRM..masuk ke sekolah ini...kita berharap agar kelewatan pembinaan sekolah ini turut dijadikan sebagai kes untuk mengetahui pekara sebenar yg berlaku.

DEPU-DEPU said...

Salam a kl citizen..
Tq kerana memberikian idea yg bernas. saya tengah cuba untuk meminta PIBG sekolah ini memberikan response..moga-moga masalah iniakan dapt diselesaikan.

DEPU-DEPU said...

Salam kembali Zai..

Tq kerana berkunjung lagi..Tq sekali lagi..kerana isu ini menarik perhatian anda.kita semua adalah PEMIMPIN.diharapkan isu ini menjadi pengajaran kepada kita semua.Thanks.

Razak said...

Salam...tahniah kerana bawa isu ini agar ianya membuka mata pada pihak yang bertanggungjawab ke atasnya

DEPU-DEPU said...

Salam kembali Sdr..

Tq kerana berkunjung lagi..Semoga paparan ini akan memberikan kita pengajaran bahawa kita juga sebenarnya bertanggunjwab keatas apa yang berlaku di persekitaran kita..Bagi pihak yg berwajib juga haruslah menjalankan tanggunjawab yg diamanahkan kepada mereka

SAMBAL BELACAN said...

salam,

seperti yang kita sedia maklum bahawa pembinaan bangunan baru SK Tamau sememangnya menghadapi masalah, mungkinkah ini sebab kedatangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di SK Tamau baru2 ini,

Saya berpendapat saudara Solymone lebih layak mengulas isu ini memandangkan background beliau sebagai bekas jurutera daerah...Mohon saudara Solymone mengulas jika ada kelapangan
T.Kasih

SI RENGIT said...

salam ziarah,

setuju kepada cadangan saudara sambal belacan, andai sudara solymone dapat memberikan sedikit ulasan demi merungkai segala permasalahan berkaitan isu ini...mohon dizinkan..

tq

SOLYMONE said...

Pertama sekali salam dan mohon izin dari sdra DEPU DEPU untuk saya memberi komen dan ulasan setakat mana yang termampu.

Thanks sdra SI RENGGIT kerana berkujung ke laman blog saya untuk menjemput saya memberi komen dsn.

Disamping itu saya hargai juga cadangan sdra Sambal Belacan agar saya dapat mengulas kes ini.

Setelus nya, saya tidak tahu pun bahawa kes ini telah di post kan oleh Sdra DEPU DEPU.

Saperti biasa, sabelum saya mengulas, terlebih dehulu saya teliti gambar-gambar yang di sertakan dan juga komen-komen yang diberi oleh sdra-sdri bloggers.

Sejauh mana kebenaran atau pun tidak nya ulasan dan komen tersebut, saya turut menghargai nya. Kerana dalam dunia blog yang tanpa sempadan ini masing-masing ada hak bersuara apa kita suka.

Sebenar nya, kes ini serius dan dahysat kalau kita setakat berpandu kan komen dan ulasan sdra-sdri semua. Terutama sekali 'hypothesis ' sdra penulis. Dalam sudut yang lain, ia melambangkan komplen.

kalau kes ini di anggap komplen; seharus nya ia di kemukakan melalui saluran yang betul. Di bagi secara resmi kepada pehak yang berkenaan.

Rasa nya dalam ini, pegawai yang bertanggung jawab ada lah Jurutera Daerah JKR Kota Belud, ia itu sdra Ir. Norbidin Ulak (orang kita).

Dengan itu penerangan, siasatan dan lapuran teliti akan menyusul. Biasa nya lapuran JKR ini akan mengandungi sekurang-kurang nya 30 muka ( merangkumi lapuran awam dan teknik).

However, di sini, kita hanya gunakan kan 'stipulation' dan 'speculation'. Kadang-kadang nya benar dan selalu nya salah dari segi peraturan dan perundangan kontrek.

Tidak heran kerana situasi yang samar-samar ini, politik pun sudah mula memain kan peranaan nya .Ini termasuk hal-hal yang melibatkan YB, pemimpin dan pegawai yang tidak terlibat secara lansung.

walau macam mana pun dalam dunia blog ini macam-macam ada kan?

Now, seriously; sebentar tadi saya telah berhubung dengan Jurutera Daerah JKR Kota Belud ( Pegawai yang di bagi kuasa oleh Kerajaan untuk menyelia projek ini) sendiri, mohon penerangan beliau mengenai hal ini.

Menurut beliau, projek ini memang mempunyai masaalah yang tersendiri. Antara nya;

i)Contractor( Bumiputera) pada awal nya lambat memulakan kerja dengan alasan kekurangan kewangan dan pekerja.

ii) Bahan-bahan yang perlu untuk pembinaan, kadang-kadang kurang di pasaran. Kadang-kadang harga nya bertukar tukar.

iii)Cuaca yang tidak menentu menggangu masa perlaksanaan dan penyiapan projek

iv) Peruntukan yang lambat di perolihi dari pusat dsn

Justru itu, projek ini akan di tambah masa nya sehingga bulan Oktober ( lebih kurang 3 bulan dari sekarang).

Dalam kontek yang lain, saya persoalkan tentang kualiti dan 'kontrol' dalam kerja harian di kawasan tersebut. Antara nya;

i) soal "lori-lori besar yang mengangkut tanah merah , pasir dan batu telah menyebabkan persekitaran berhabuk ? "

ii) berpandukan gambar , 'papan tanda' yang ada, tidak berkualiti selaras dengan procedure dan arahan teknik JKR ?

iii) Ada kah beliau sendiri telah turun padang untuk memantau kerja-kerja di sana. Atau pun setakat mengharap pembantu beliau?

iv) Ada kah beliau pernah menerima komplen mengenai hal SK Tamau ini ?

Beliau menyatakan bahawa selama ini beliau belum pun menerima komen secara resmi mengenai hal yang kita huraikan di sini.

selain nya, beliau berjanji akan turun padang ke kawasan projek tersebut dalam kadar yang terdekat untuk menyiasat komplen ini.
Disamping itu saya, syor juga agar beliau lebih telus dengan melakukan banyak penerangan kepada ketua-ketua di kampung tersebut.

So, untuk itu kita bagi lah beliau ruang dalam minggu ini. kalau tidak, apa lagi? kita buat lah mana yang sepatut nya.

Sekian, buat masa ini.

Salam untuk semua semuga kalian sucess.

mrakunman said...

Salam.. kerana sdr solymone.. telah menghubungi DE Kota Belud atas kapasitinya sebagai Mantan DE di sana,maka sebaiknya.. kita tunggu, apa tindakan lanjut DE itu.. tapi.. kita tidak semestinya mengambil kira alasan.. kekurangan bahan-bahan, kerana itu bukan masalah kita.. kontraktor perlu bertanggungjawab seperti skop kerja yang telah dipersetujui. Kita sebagai pengguna, tidak seharusnya yang dirugikan, kerana masalah kontraktor yang tidak layak!!!

dayangwulandari said...

salam sdr.. saya bagi pihak diri saya sendiri mengsyorkan agar sdr depu-depu lead the way sehingga masalah sekolah ini terungkai

SI RENGIT said...

salam ziarah,

termia kasih saya ucapkan diatas ulasan saudara solymone. Bagi saya satu ulasan yang amat baik dan tahniah kepada saudara depu-depu atas penulisan beliau ini.

Saya juga amat bersetuju dengan pendapat saudara mrakunman dan saudari dayangwulan...

Namun secara jujurnya saya ada melawat projek ini semalam dan saya amat yakin sekiranya pekerja tidak ditambah, tempoh 3 bulan tidak akan membolehkan projek ini siap sepenuhnya..

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih lah....

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

Terima kasih saudara Solymone atas keprihatinan mengulas isu ini dan membuat tindakan susulan ke pihak atasan.

Semoga bangunan SK Tamau dapat disiapkan dengan cepat dalam keadaan kualiti pembinaannya terjamin.

TQ

DEPU-DEPU said...

Salam sdr Solymone..

TQ yg tidak terhingga dgn ulasan dan keperhatinan sdr dalam hal pembinaan SK Tamau ini..Kesudian sdr menghubungi Jurutera JKR daerah KOta Belud..juga sangat-sangat di sanjung tinggi..Sebagai mantan Jurutera JKR sdr sememangnya lebih tahu dalam aspek2 pembinaan seperti yg telah sdr terangkan itu..sekali lagi saya patutnya berterimakasih kp sdr..

Kita sama-sama akan menunggu tindakan lanjut dri DE Kota belud..apa tindakan yg diambil oleh mereka..

Namun begitu, masyarakat Kg tamau, terutamanya PIBG dan Pemimpin masyarakat seharusnya turut memantau kerja-kerja pembinaan ini..dan saya akan mengesorkan kepada PIBG supaya satu surat komplen dapat diajukan secepat mungkin kepada pihak yg berkenaan..TQ sekali lagi..

DEPU-DEPU said...

Salam kembali kp Sr Musram..

Terima kasih dengan pandangan sdr..saya juga berharap agar isu kelewatan pembinaan SK Tamau ini...meenjadi Topik perbualan utama sdr sekiranya sdr berkesempatan bertemu dgn pemimpin2 Kg...ataupun pemimpin politik terutamanya ADUN TEMPASUK...Penglibatan sdr dlm hal ini sangat-sangat diharapkan. Terima Kasih.

DEPU-DEPU said...

salam Cikgu Dayangwulandari....

Terimakasih atas ulasan dan kunjungan 'pertama' cikgu di blog ini...Diharapkan cikgu juga dapat memperjuangkan permasalahan ini terutama dalam penulisan cikgu...Terima kasih sekali lagi..

DEPU-DEPU said...

Salam kembali kepada RENGIT..

TERIMA KASIH atas "FOllow UP" sdr dalam merungkai permasalahan ini..tindakan sdr "turun padang" melihat sendiri projek pembinaan SK tamau ini adalah sebagai bukti keperhatinan sdr kp permasalahan masyarakat setempat., saya ucapakan ribuan terima kasih...

DEPU-DEPU said...

Salam Sdr sambal Belacan..

terima kasih atas inisiatif dan komen sdr terhadap isu ini..Terima kasih atas keperhatinan sdr itu...

paikankb said...

salam ziarah...

tahniah diucapkan kepada saudara depu-epu kerana membuka mata penduduk dan masyarakat kita tentang isu ini.

Saya amat berterima kasih dan berharap agar orang-orang terlibat berusaha menangani permasalahan ini...teruskan usaha saudara...

tq

DEPU-DEPU said...

salam kembali sdr paikankb..

tq dgn sokongan sdr..