Wednesday, July 1, 2009

TEKA -TEKI KENAPA KAPAL


Perjuangan mendaulatkan agama,bangsa dan negara..suatu perjuangan yang murni..namun ternyata perjuangan itu ada pancarobanya.Ibarat kapal...mengharungi ombak besar adalah cabaran utamanya sebelum sampai ke destinasinya.Di dalam kapal itu banyak jenis lapisan masyarakat yang menumpangnya biarpun masing-masing punya alasan dan tujuan yang berbeza.Soal pengendalian kapal itu diserahkan kepada nakhoda dengan juak-juaknya.Ada yang bersikap 'bisu' dengan pengendalian kapal ini, yang penting sampai ke destinasi. tapi ada juga yang mengambil sikap 'ambil tahu'.Bukan tidak yakin kepada nakhoda tetapi untuk pengetahuan dan pengalaman. Orang sebegini lebih baik dari yang mula-mula tadi.

Ada pula yang 'tunjuk'pandai..menunjukkan kebolehan sehingga membelakangkan nasihat nakhoda.Ada juga yang berdiam diri tetapi berniat jahat...konsep 'kalau kapal ada masalah biar sama-sama tidak sampai ke destinasi". Orang begini berfikiran negatif dan tidak memikirkan keselamatan diri dan orang lain.terlalu pentingkan diri.Ada pula yang berusaha menebuk kapal itu dari dalam supaya kapal itu karam dan tidak sampai ke pelabuhan.Ada yang menebuk terus-terusan, ada yang perlahan dan berbagai-bagai cara lagi digunakan. Nakhoda tidak ambil tahu, kerana dia sibuk mengemudi kapalnya.

Ada juga yang meragui kebolehan nakhoda kapal..macam-macam soalan dibangkitkan...kenapa dia yang jadi nakhoda?..Apalah sangat kemahiran dan pengalamannya? Fikirlah dulu sebelum merestui dia jadi nakhoda...antara bisikkan yang selalu menghantuinya...Membawa orang lain sama berfikiran macam dia..Kategori orang begini amat merbahaya..kerana dalam diam dia adalah 'pemusnah ' kapal itu.Kalau yang menebuk boleh dilihat dan ditegur tetapi orang sebegini susah dikenalpasti kerana bertopengkan pengetahuan dan kemahirannya...


Orang di pelabuhan pula berteka teki adakah kapal itu sampai atau tidak? Tiada kerosakkan kah sewaktu dalam perjalanan? selamatkan penumpangnya?..Teka teki itu tidak akan terjawab sehinggalah kapal itu selamat berlabuh.
Persoalannya.....Berjayakah kapal itu sampai ke pelabuhan? Fikirkanlah!


No comments: