Monday, July 27, 2009

TAMAU : BELIA TERBELA ????




SDR.Razak Rakunman: Antara tokoh pelopor belia.


Seingat saya ketika masih kecil..belum kenal alif, Ba, Tha dan A,B, C.. kumpulan belia dan beliawanis di kampung Tamau ini sudah aktif dan boleh dibanggakan..Waktu itu biarpun tidak ada persatuan berdaftar, namun golongan belia pada waktu itu..yang kini barangkali sudah berumur lewat 50-an, begitu berbakat besar terutama dalam bidang sukan dan rekreasi. Tidak terkecuali dalam bidang nanyian dan kebudayaan. Sebut sahaja belia Kg.Tamau, di daerah Kota belud..terlintas dalam fikiran mereka bagaimana belia-belia ini bermain bola sepak ,sepak takraw dan sepak manggis. Belum lagi soal kebudayaan terutama hal-hal yang bersangkutan dengan keramaian perkahwinan. Gong, bebendir,gendang dan kulintangan..cukup sinonim dengan golongan belia. Begitu beraura golongan belia pada waktu itu. Dan ketika meningkat dewasa saya sempat melihat kehebatan beberapa orang dari kalangan mereka ini. Siapa tidak kenal Sdr.Baliung, dan sdr Didi yang begitu disegani dalam soal bertitik atau “dedsa-dedsa” kata orang Iranun,. Mereka ini cukup terkenal hampir di semua penempatan suku Iranun. Dari Tamau, Pantai Emas, Kota peladok,Merabau, Kotabungan hinggalah ke nanamun dan Marampayan.


Begitu juga dengan main biola, meruntun hati kita mendengar bait-bait pantun berbalas ketika majlis keramaian..Kata orang Iranun “pamiula”. Dan seperti biasanya kanak-kanak, saya begitu asyik mendengar dan melihat panorama yang sungguh memukau mata dan hati ini. Hingga kini terdetik dalam hati saya, Aiiii..!!!!!! bilalah orang-orang ini akan’ bermain’ lagi. Dalam soal sukan, ramai tokoh yang ‘pandai’ bermain bola dilahirkan..saya ingat lagi pernah satu ketika..sebuah helicopter mendarat di padang SK Tamau, dan mengagih-agihkan Jersi dan bola..tapi tak ingat siapa orang berkenaan.Waktu itu punya main suka dapat melihat helicopter . Dalam bidang politik, penglibatan tokoh-tokoh belia pada waktu itu tidak dapat dipertikaian. Antara yang saya kenal benar memainkan peranan penting dalam mengaktifkan belia di Tamau ialah Pak Cik Rakim bin Siunang@Haji Abd. Jali.


Daripada perbualan dengan beberapa orang yang sempat saya temui, tokoh ini dikatakan begitu aktif merancang,mengumpul dan memertabatkan golongan belia di Kg.Tamau pada waktu itu. Tetapi apabila beliau berpindah ke Pantai Emas,kerana berkahwin dengan orang sana juga dari suku Iranun, aktiviti belia pun mula merosot . Kata mereka kerana ketiadaannya. Sama ada betul atau tidak hanya belia pada waktu itu yang boleh menentukannya. Namun yang demikian, Tokoh ini ternyata tidak duduk diam..hingga kini, saya difahamkan beliau begitu aktif dalam aktiviti-aktiviti belia dan kepolitikan di daerah Kota Belud. Sayang kerana tidak sempat saya ambil gambarnya. Sebagai penggerak dan penganalisis politik, beliau begitu disegani oleh lawan dan kawan kerana istiqamah yang ditunjukkan dalam perjuangan politiknya.Setelah ketiadaan Pak Cik Rakim ini, belia di Tamau, semakin tidak terurus dan terancang. Biarpun masih ada aktiviti sukan dan permainan terutama pada waktu petang, namun ia tidaklah kekal dan hanya bermusim. Lebih kurang 10-20 tahun keadaan ini berlanjutan.


Padang Golf Milik DSSK pun ada di Kg.Tamau.Boleh dimanfaatkan oleh belia.



Dan ketika saya di sebuah IPTA Tempatan, di tahun 90-an, ada sudah usaha-usaha yang dibuat oleh beberapa tokoh untuk menghidupkan kembali belia di Kg.Tamau terutama dalam suasana berpersatuan..Antara tokoh pelopor yang dikenali ialah SDR. RAZAK RAKUNMAN, adik kepada SDR. MUSRAM RAKUNMAN. Satu pertubuhan belia telah digerakkan dan manifestasi dari itu, maka terbinalah satu pusat gerakkan belia di KG Tamau. Atas tiket persatuan belia ini, banyak juga aktiviti yang dapat dijalankan, sama ada dari bidang sukan dan kebudayaan. Bahkan, ramai juga para pemimpin politik yang berkesempatan menjadi tetamu kehormat ketika aktiviti-aktiviti belia dilaksanakan. Perkembangan ini saya tidak ikuti sepenuhnya kerana selepas tamat pengajian, saya bertugas di luar daerah, tetapi sempat juga saya melihat persatuan ini Berjaya digerakkan. Dan baru-baru ini saya berkesempatan melihat sendiri ‘rumah belia’ yang didirikan..nampak sunyi, dan tidak terurus. Ada juga penghuninya…tapi tak pasti aktiviti apa yang dijalankan. Bila bertanya kepada beberapa orang belia generasi baru di Kg. Tamau, mereka menggelang kepala..seolah-olah menyatakan bahawa persatuan itu sudah mula mati dan tidak tentu hala tujunya. Ada juga yang mengaitkan tokoh pelopor En.Razak Rakunman, yang menceburkan diri dalam politik menyebabkan persatuan ini tidak bergerak jauh. Kalau benar perkara ini..satu langkah berani perlu diambil supaya belia di Kg.Tamau akan terus terbela.

8 comments:

SI RENGIT said...

salam...

Bulan lepas saya ada berkunjung di kg Tamau di rumah Pakcik saya. Rumah beliau tidak lah jauh daripada "Rumah Belia" yang di maksudkan oleh saudara depu-depu. Saya tidak menidakkan sumbangan saudara Razak malahan saya kagum dengan pemikiran beliau. tetapi sekarang rumah tersebut telah dijadikan tempat kediaman oleh orang kuat beliau masa dahulu dan bukanya untuk KEBETA sudah ....(Tak guna pun sayang juga)

Maklumat yang saya perolehi yang melibatkan soal "Rumah Belia" ataupun Kelab Belia Kg.Tamau(KEBETA)ini adalah semua AMTnya adalah suku sakat beliau...

Lagi satu, pada saya zaman kegemilangan beliau mula jatuh apabila beliau sanggup menongkah arus perjuangan. Pelbagai alasan dan penjelasan telah dibuat namun semuanya tidak menampakkan hasil, masyarakat terus-terusan menghukum beliau... Pada dasarnya saya tidak menyalahkan beliau 100% kerana kawan-kawan beliau lah yang merosakkan beliau sebenarnya...

Malahan ada suara-suara sumbang menyatakan bahawa beliau ini menubuhkan KEBETA bertujuan sebagai batu loncatan kepada career politik beliau...

Apapun merujuk kepada rakan karib saya ini, terus terang saya amat mengenali saudara Rakim siunang ini..Beliau merupakan insan yang benar-benar teguh pada perjuangannya. Sehingga kini beliau masih berdarah USNO. Kemasukkan beliau kepada UMNO disebabkan keahlian beliau "diserap" daripada USNO kepada UMNO. Saya masih teringat rakan seangkatan dengan beliau iaitu Saudara Jufri Saidin yang sehingga kini masih bercita-cita meghidupkan kembali belia masyarakat di kampung tamau..

Pendek kata panjang tulisan...penilaian kita hanya pada luaran sahaja kerana setiap hati dan niat seseorang itu hanya tuhan yang tahu...tq

azrone said...

Saya yakin dengan kepemimpinan saudara saya Razak Rakunman.

.HAJIN said...

Saya berpendapat bahawa Belia di Tamau bukannya tak ada pembelaan, masalahnya belia sendiri yang tidak mahu dibela. Apa yang saya nampak, rasa dan alami belia sukar untuk disatukan. Setiap belia lebih bersifat individu. Mingkin keadaan yang membuat mereka begitu.

DEPU-DEPU said...

Salam sdr renggit..

TQ dengan maklumat itu,Saya juga difahamkan bahawa KEBETA sudah tidak ada lagi..Rasanya belia di Kg Tamau kena tubuhkan kelab baru pulak..Siapa Ketuanya ?..Cadangan dari saya SDR ROSLAN..Macam na ?

DEPU-DEPU said...

Salam sdr Azrone..

TQ dgn pandangan sdr..saya juga berkeyakinan sprti sdr..Tapi..Di mana sudah sdr Razak Skrg?

DEPU-DEPU said...

Salam SDR Ku Cikgu Hajin..

Nampaknya sdr berpengalaman dlm hal-hal belia di kg.Tamau. Saya dapat rasakan sdr juga adalah antara yg terlibat dalam KEBETA...kalau begitulah keadaan belia di Kg Tamau sprti yg sdr katakan..kita kena cari alternatif baru lah..Mcm Na kalau sdr..pula mengambil bahagian ?Apa2pun TQ dgn kunjungan pertama sdr..saya sangat2 menghargainya.

SI RENGIT said...

salam...

Cadangan saudara depu-depu itu pada amnya saya tidak ada masalah cuma kena tanya yang empunya diri......harap dia tiada masalah lah...

instinct said...

Assalamualaikum.

Buat pengetahuan saudara sekalian, benar, Kelab Belia Tamau sudah pun terkubur dan bangunan kelab itu sudah digunakan untuk tujuan yang lain.

Namun, saya sebagai seorang yang dekat dengan saudara Razak Rakunman ingin menjelaskan bahawa kelab itu terkubur bukan disebabkan oleh beliau. Buat pengetahuan penulis dan blogger yang lain, pengurusan kelab itu sebenarnya telah diserahkan kepada penduduk tempatan Kg. Tamau, saudara Razak berbuat demikian atas sebab-sebab peribadi, ditambah lagi dengan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan pada masa itu. Maka itu beliau bertindak mengundurkan diri, dan cukuplah usaha beliau sebagai pelopor kelab itu, biarlah ia diteruskan oleh pihak lain yang turut sama berkemampuan. Oleh itu, pengurusan Kelab Belia Tamau telah diserahkan kepada beberapa penduduk Kg. Tamau sendiri yang diyakini mampu membawa kelab tersebut ke satu tapak yang lebih maju. Namun apa yang menyedihkan, setelah pengunduran saudara Razak dari Kelab itu, kelab itu 'mati' dan tidak ada inisiatif atau usaha langsung dari pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir kelab itu. Maaf, tetapi rasanya tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa mereka seolah-olah tidak mengambil peduli tentang kelab tersebut dan tidak menghargai usaha yang dipelopori oleh saudara Razak. Hal ini menyebabkan kelab itu akhirnya terkubur dan tidak wujud lagi pada hari ini. Bangunan kelab yang dibina di atas tanah arwah bapa kepada saudara Razak kini telah diambil semula oleh saudara Razak untuk tujuan peribadi setelah kecewa dengan apa yang terjadi dengan Kelab Belia Tamau.

Terima Kasih.