Thursday, July 16, 2009

BREAKING NEWS : JAKARTA DI SERANG


Indonesia sekali lagi menghadapi serangan baru apabila dua buah hotel terkemuka di Jakarta meletup di bom, dipercayai kelajdian itu berlaku sekitar jam 7.45 pagi waktu tempatan. Hotel J.W.Marriot yang pernah dibom pada 5 Ogos 2003 sekali lagi digegarkan dengan letupan yang mengorbankan 11 nyawa setakat ini yang masih lagi belum dikenalpasti identiti mangsa berkenaan.


Dan hanya selang beberapa minit kemudian itu, Hotel Ritz Carlton menjadi sasaran seterusnya. Mengikut sumber berita Astro Awani, pengeboman kali ini berlainan daripada apa yang berlaku pada tahun 2003, pengeboman kali ini lebih bersifat terancang dengan teliti dan lebih moden dengan tidak menggunakan peralatan konvensional seperti sebelumnya.



Dan setakat ini pihak berkuasa masih menyiasat motif serangan berkenaan. Sama ada berkaitan dengan perancangan pengganas yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI), atau juga bermotifkan politik di mana sekarang indonesia menyaksikan pilihanraya presiden..? Atau adakah ini juga dikaitkan dengan balas dendam terhadap hukuman tembak yang dikenakan kepada Imam Samudera dan rakan-rakannya pada 2008 lalu yang dituduh dan dikatakan sebagai perancang utama kepada serangan di Bali yang mengorbankan lebih 200 orang terdiri daripada pelancong asing sebelum ini.?Apa apa pun tenyata serangan ini telah memberikan kesan terhadap ekonomi indonesia.. Nilai mata wang rupiah dikatakan jatuh secara mendadak.

6 comments:

a kl citizen said...

bom sana...bom sini.... napela

DEPU-DEPU said...

salam cikgu a kl citizen.

Syukurlah pada Tuhan kerana tanahair tercinta kita ni tak lagi berlaku sedemikian..semoga keamanan ini berkekelan amin.

Datu pitung said...

slm depu depu

malaysia negara yang harmoni..semoga kekal abadi.

kelapa mawar said...

salam sdr..

saya setuju dgn datu pitung tu..negara kita aman sentosa ,bersama kita menjaganya

DEPU-DEPU said...

salam dtu pitung

Tq dengan ulasan sdr ..semoga keamanan ini akan berkekAlaN

DEPU-DEPU said...

sAQLAM Sdr Kelapa Mawar

TQ atas kunjungan dan ulasan anda..TQ