Monday, July 13, 2009

SUSULAN KELEWATAN PEMBINAAN SK.TAMAU


Artikel ini saya tulis ekoran daripada 'response' rakan-rakan blogger yang lain..berkaitan 'kegagalan' kontraktor menyiapkan bangunan Sk Tamau tepat pada masanya.

Terdapat 3 permasalahan utama yang saya utarakan dalam penulisan sebelum ini iaitu:


1. Kelewatan pembinaan SK Tamau.

2. Soal masalah Habuk yang dihadapi oleh masyarakat di sekitar kawasan pembinaan ini, termasuk soal-soal keselamatan para pelajar..


3. Ketiadaan bekalan air bersih di Kampung Tamau yang juga turut memberikan kesan kepada pembinaan sekolah ini apabila siap kelak.


kepada Sdr. Solymone,saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas pandangan sdr..yang telah memungkinkan saya'mengusul' permasalahan kelewatan ini terutama dari aspek kerja-kerja pembinaan. Sebagai mantan Jurutera JKR, pandangan dan ulasan sdr telah menjadi asas yang kukuh kepada saya dan rakan-rakan blogger yang lain, meninjau permasalahan ini...

Begitu juga "taiko' pemimpin lama Iranun yang sangat-sangat diharapkan, Sdr Musram yang telah menjadikan isu kelewatan Pembinaan SK.Tamau dan permasalahan berbangkit mengenainya sebagai tajuk 'penting' dalam laman blog beliau...Keperhatianan sdr dalam hal ini serta ulasan yang diberikan..telah menyemarakkan kembali 'kesungguhan' sdr melihat pembangunan di kampung Iranun terutama Tamau...berjalan dengan sempurna.

Dan atas ulasan itulah membuka beberapa inisiatif saya serta rakan -rakan blogger yang lain untuk menyelami permasalahan sebenar kelewatan ini...
Saya telah menggunakan 'kapasiti' sebagai anak watan Kg Tamau ini, untuk menemui beberapa orang pemimpin masyarakat untuk 'berbincang secara sedar dan pandang mata' mengenai isu kelewatan Sk Tamau ini...

Dan daripada perbincangan itu,saya mendengar beberapa permasalahan yang ditimbulkan...Antaranya..ialah Kontraktor berkenaan memang lewat memulakan keraja-kerja pembinaan....Setidaknya 3 -5 bulan daripada tarikh yang sepatutnya untuk memulakan kerja-kerja pembinaan.

Menurut Mantan JKKK, yang saya temui..juga menyatakan bahawa punca sebenar kelewatan pembinaan sekolah ini adalah, "Faktor Kontraktor"..Secara andaian...Kontraktor "USAHA HAKIKAT" ini dikatakan adalah kontraktor dari Semenanjung dan telah disub kan kepada beberapa kontraktor kecil. Menurut beliau lagi...kekurangan pekerja juga sebab kepada kelewatan pembinaan sekolah ini..Beberapa orang kampung yang saya temui, turut 'tidak berpuas hati' mengenai hal ini..



Dalam mengungkai permasalahan ini,saya juga turut menemui pihak pentabdir
Beginilah pagar kwsn pembinaan
sekolah, menyelami masalah-masalah yang timbul akibat daripada kelewatan pembinaan sekolah ini. Daripada perbincangan yang dibuat secara lebih telus dan santai, pihak sekolah juga turut menyalahkan 'pemilihan' kontraktor yang dianggap menjadi punca utama kepada kelewatan ini. Bahkan beberapa orang guru juga menyuarakan rasa kebimbangan tentang aspek keselamatan murid-murid di sekolah ini, kerana tempat atau kawasan pembinaan turut tidak dihalang atau dipagar dengan sempurna....Meskipun hal ini sudah dibangkitkan oleh pihak sekolah namun tidak mendapat perhatian daripada kontarktor ini...Kenapa?..Adakah pemantauan yang dibuat tidak 'melihat' hal-hal sebegini? ...Saya juga turut difahamkan bahawa isu ini telahpun diajukan ke Ibu pejabat Pelajaran Negeri Sabah di Kota Kinabalu dan sekarang menjadi "perhatian' Pengarah pelajaran Negeri.

Setelah berfikir panjang..saya dan beberapa blogger lain turut berkunjung ke JKR Daerah Kota Belud untuk mendapatkan maklumat dan punca kepada permasalahan ini....Dan ketika mengutarakan isu ini kepada seorang pegawai kanan JKR Kota Belud...beliau juga turut mengakui bahawa kontraktor ini gagal menyiapkan projek pembinaan mengikut masa yang ditetapkan...Namun ada beberapa prosedur yang akan diambil berikutan kes ini...Antara lainnya ialah masa akan dilanjutkan sehingga bulan november...dan pemantauan kerap akan dilakukan.. Berikutan itu, saya juga telah sempat merakamkan kunjungan JKR Kota Belud ke tapak pembinaan pada hari itu juga..Keperhatinan JKR dalam hal ini sangat-sangat di hargai.

Pemantauan JKR di tapak pembinaan








Di Pihak Ibu bapa, apa pun punca kelewatan ini..ternyata memberikan impak kepada pembelajaran anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Tahun Enam yang akan menduduki UPSR pada bulan September ini, merasa sedih kerana anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan berkenaan di Bangunan sementara yang dibina oleh kontraktor yang sempit, panas dan tidak kundusif...


Inilah bangunan sementara yg dibuat oleh kontraktor..sempit dan panas..

Beginilah akibatnya,apabila kontraktor pembinaan tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata..projek pembinaan Sekolah SK Tamau ini yang dianggarkan Ribuan Juta Ringgit tidak dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat yang mengimpikannya pada waktu yang ditetapkan...

Dan harapan seluruh penduduk kampung...supaya selepas ini, pihak-pihak tertentu akan 'melakukan 'pemantauan terus supaya Sekolah yang berusia hampir 45 tahun ini berubah wajah..dan masyarakat tersenyum melihat 'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN UNTUK RAKYAT' telah siap dan memberi manfaat kepada mereka.

21 comments:

mrakunman said...

salam.. tahniah. Sdr Azrone dan sdr solymone juga ikut perhatin terhadap masalah ini. Saya juga sempat membaca seorang bloger dari ranau menjadikan isu Sk Tamau ini sebagai tajuk penting dalam blognya.

DEPU-DEPU said...

Salam kembali..Sdr.

Tq dengan keperhatinan sdr. Kita tunggu tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak-pihak berkenaan.

paikankb said...

salam,

terima kasih atas keprihatinan saudara depu-depu... Kepada rakan2 bloger yang lain syabas..

kita merupakan wadah "terbaru" didalam menyampaikan segala permasalahan masyarakat kita...teruskan..

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu..

Bapa saya pernah menjadi GB di Sk Tamau dulu..dan saya sendiri pernah bersekolah di sana tapi 2 tahun saja..saya terkejut dengan apa yang berlaku di sekolah itu seperti yang sdr katakan... sebagai bekas pelajar saya pun mahu bangunan itu disiapkan segera ....sdr sangat prihatin dengan keadaan itu..ma kasih la!

SI RENGIT said...

salam,

Tamau...Tamau...Tam'au...Ini kontraktor kita kena bibid tangila nya lah...

Apapun teruskan ulasan mengenai isu ini k...

mantera iranun said...

slm

saya langsung tidak berpuas hati dgn contractor usaha hakikat..contractor dari sbh tda ka untuk projek pembinaan ini..sekarng siapa yg harus di slh kan tentang kelambatan pembinaan ini bangunan sk tamau ini..JKR pun langsung tidak berperanan dlm hal ini..bodoh nya..klu boleh hal ini mesti di siasat oleh SPRM secepat yg mungkin..saya berterimah kasih kepada bloger depu depu dlm mengutarakan isu ini..

kelapa mawar said...

Saya terfikir juga mengenai PIBG di sekolah itu...Siapa YDP PIBG sekarang agaknya?
mgkin sdr depu-depu tahu?

dayangwulandari said...

salam.. perkongsian maklumat seumpama ini sangat penting. Meja bulat tidak perlu lagi. Melalui cyber kita dapat buat kuputsan kerja-kerja yang patut. utuk kelapa mawar,mungkin kita saling kenal??

DEPU-DEPU said...

salam paikankb..

tq atas kunjungan sdr..bersama mengetahkan permasalahan masyarakat setempat..

DEPU-DEPU said...

salam si rengit..

teruskan dgn penulisan mengenai permasalahan kaum iranun....

DEPU-DEPU said...

salam kelapa mawar..

siapa pun anda..yang penting anda sudah tahu mengenai sk Tamau ini..Soal YDP PIBG tu kalau tak silap sdr Ladim...Tanyakan kp yg lain utk kepastian...

DEPU-DEPU said...

Salam mantera Iranun..

sesuai dengan nama blog anda, suka kp perkara kontrovesi...tapi ada juga kebenarnya apa yg sdr katakan itu..teruskan membaca mantera anda...semoga Iranun sembuh dari pelbagai penyakit

DEPU-DEPU said...

Salam dayangwulan...

pandangan anda ada kebenarnya...melalui cyber kita dapat berkongsi maklumat..selamat berkenalan dengan kelapa mawar

SOLYMONE said...

Salam Sdra Depu-Depu,
Mungkin ada yang belum mengenali atau melayari blog Sdri 'SENJA LIZA'. Blogger wanita dari Ranau.
Saperti sdra, dia pun telah 'highlight' kan kes yang berlaku pada SK Tamau ini.

Selaku seorang blogger yang sensasi lagi popular di seluruh Malaysia, saya percaya, serba sedikit sebaran beliau telah membantu menganjakan lagi gambaran masaalah ini kepehak yang bertanggung jawab.

Oleh itu, demi untuk tujuan kongsi maklumat ; saya post kan di sini, komen yang saya sampai kan dalam blog beliau.

Sebelum itu, di sini ingin juga saya jelaskan , bahawa moral cerita ini, ada lah "projek sekolah yang bermasaalah ini, berlaku di mana-mana di Sabah ".

Selain, dari dedahan kepada SK Tamau, mungkin banyak lagi yang akan menyusul kemudian hari kelak. Termasuk masaalah pembinaan ‘solar hybrid’ di luar-bandar Sabah.

Komen dan ulasan saya di blog SENJA LIZA ada lah seperti berikut;

" Liza,
Huraian mu yang details mengenai 'contractual procedure' ini bukan alang-kepalang.
Lapuran yang bermula dari' extension of time' sehingga ke-contractor di senaraikan ' black list' kan. Sungguh hebat lagi dahysat.

Kalau Jurutera atau Juru-Ukur Bahan yang 'kurang-kurang', boleh langar tiang lampu nampak ulasan mu ini.

Ini, petanda, Liza ,master dalam hal-hal saperti ini. Seterus nya Liza banyak buat 'Homework' sebelum menulis artikel ini.

So, saya tidak 'rebuff' ulasan Liza. Walau pun saya rasa, ada yang perlu tambahan, disana sini. Namun, saya lebih memikirkan problem ini dari sudut keseluruhan.

However, dalam topik yang serius saperti ini, selalu nya saya lambat mengulas. kerana saya mengambil kira beberapa perkara yang berhubung kait dengan 'sensitivity index' isu ini.

Dari apa yang saya perhatikan sejak akhir-akhir ini, isu 'delay in the construction and the completion of school complex' ini telah menjadi 'complication'.

Bukan setakat SK Tamau sahaja yang menghadapi masaalah; saperti kata sdra DARI SABAH ( SK Gadong) banyak lagi sekolah-sekolah baru di seluruh Sabah ini yang menghadapi nasib yang sama.

Selain dari itu, mungkin banyak juga bloggers yang tidak tahu bahawa pembangunan solar Hybrid di luar-luar bandar pun banyak juga yang mengalami problem.

Kes ini telah dilapurkan kepada saya oleh kawan saya yang telah di-arah turun padang dari KL untuk menyiasat, perkembangan pembinaan dan penyiapan solar hybrid di sekolah-sekolah luar bandar Sabah.

Beliau sangat kesal kerana kebanyakan solar tersebut tidak boleh berfungsi saperti sepatut nya.

kalau dikirakan, projek tersebut telah menelan belanja beratus juta ringgit.

Now, next question ? siapa kah yang ber-accountability dalam hal-hal ini?
JKR, Consultants?, Pendidikan? Kontraktor? Politician ? dsn.
Sama-sama lah kita fikirkan.

walau pun saya tahu, namun buat masa ini saya 'refrain' kan diri saya untuk membuat ulasan kerana status saya hanya lah sebagai pelawat, disamping kekurangan fakta yang konkret sebelum membuat 'statement'.
Perkara yang serius sepatut nya di tangani dengan penuh serius juga'. "

Salam dan semoga success untuk kalian.

DEPU-DEPU said...

Salam Sdr Solymone..

Ulasan sdr lah yg membuatkan saya dan beberapa blogger lain berfikir perlu mengajukan perkara kelewatan ini nkepada JKR kota belud...
Terima kasih yg tidak terhingga atas nasihat, pandangan berkesan sdr itu..

Sebagai seorang blogger yg berpengalaman , saya percaya sdr juga turut bersetuju bahawa kelewatan sekolah ini berpunca dari kontraktor seratus peratus..

saya juga ada membaca catatn sdri senjaliza..tq untk itu.

SOLYMONE said...

Sdra DEPU-DEPU,
wsalam,
Thanks kerana telah meng-iktibar kan ulasaan saya sebagai teras untuk terus maju kehadapan.

Kira nya saudara dan sahabat-sahabat bloggers yang lain sanggup bertemu dengan JKR atau pun agensi yang terlibat; bermakna sdra dan kawan bloggers yang proakif semua telah memulakan sejarah 'transformasi' di sana.

Maksud nya, isu yang dimulakan melalui Dunia Cyber (blog) di transformasikan menjadi realiti melalui pertemuan dan perbincangan dengan pegawai yang bertanggung jawab di sana.

Kalau sdra rasa perlu, sebut saja nama saya, bilamana bertemu dengan Boss JKR atau lain-lain agensi nanti pun, saya tidak kisah. Takut pun tidak.

Kira nya mereka tidak senang hati kepada saya atau disebalik nya pun, tiada masaalah pada saya. kerana saya maseh percaya bahawa 'yang betul itu ada lah benar' .

Next, mungkin telah tiba masa nya untuk sdra-sdri disana menubuhkan satu pasukan Bloggers bertindak. Satu pasukan yang beroperasi secara NGO melalui blog.

Contoh nya, bila timbul masaalah yang menyusahkan masyarakat setempat saperti SK Tamau dan Projek Agripolitan, kamu boleh bincangkan panjang lebar melalui blog pilihan.

Saya syorkan agar kurangkan 'confrontation' ketika bertukar-tukar buah fikiran. Fikir positif dan fokus kepada objekit perjuangan.

Selepas itu, bilamana sdra-sdri telah sepakat dan mendapat 'contentious' , then 'transform' kan nya menjadi realiti dengan bertemu atau menulis surat, kepada pehak-pehak yang di 'target' kan.

Untuk langkah pertama saya cadangkan sdra DEPU-DEPU sebagai pengurusi penaja ( mohon maaf dan jangan marah kerana itu cuma pandangan saya).

Untuk itu, fikir-fikir kan lah, bak kata perpatah ' kalau baik ambil sebagai tauladan dan kalau tidak buat lah sebagai sempadan'.

Saperti biasa, Salam dan semoga kalian success.

pendikar iranun said...

salam semua blogers

saya terkejut dengan ulasan dan cadangan yang di berikan oleh saudara solymone yang sangat releven kepada permasalahan yang di utara kan..ssaya harp beliau terus memberi ulasan dan komen..terimah kasih di ucapkan..

DEPU-DEPU said...

Salam kembali sdr solymone..

Terima kasih atas kesenangan sdr meluangkan masa memberikan ulasan...
utk pengetahuan sdr..kami telah berjumpa dgn orang no. Dua JKR kota Belud kalau tak silap saya Andrew Namanya... kerana pada waktu itu sdr Jurutera tidak ada. Dan bila saja sebut nama sdr..dia begitu kenal...sekurang-kurangnya kami datang dgn membawa beberapa saranan dan pandangan yg sdr berikan dlm komen terdahulu..

Dan kehadiran kami ternyata amat disenangi oleh mereka..Setakat ini kami berpuashati dgn tindakan yg diambil oleh JKR..Lawatan ke tapak pembinaan dengan kerap..

Mengenai cadangan sdr menubuhkan persatuan blogger itu amat baik sekali.,...dan saya fikir sdr mempunyai idea yang sangat bernas...Bagi saya siapa pun boleh menjadi pengerusi penaja asalkan terlaksana cadangan itu..

sekali lagi saya ucapakan jutaan terima kasih...
semoga sdr sentiasa memberikan idea-idea yang bernas untuk para blogger di KB.TQ

DEPU-DEPU said...

Salam Penikar Iranun..

terkejut saya kerana sangkakan Tan Sri Pandikar...alangkah baiknya kalau dia dapat tahu permasalahan di Kb ini...apapun terima kasih kerana sudi bertandang..dan idea sdr amat diperlukan untuk kemaslahatan penduduk Kb..

Datu pitung said...

salam kembali sdr depu depu

saya bkn tan sri pandikar..beliau berani saya kata kan beliau seorang pemimpin iranun yg tidak releven..

Datu pitung said...

maaf kan saya seingat saya saudara depu depu menyangka saya adalh tan sri pandikar..sebenarnya tan sri pandikar adlah pandikar iranun..bkn datu pitung..maf kan saya..sy selalu komen mgikut emosi..maaf kan saya pendikar iranun..