Thursday, July 23, 2009

MENANG SORAK, KAMPUNG TAMAU TERGADAI





Gambar Rumah Orang asing :.Di kawasan Pintasan


Setelah beberapa kali membaca penulisan beberapa rakan blogger mengenai isu yang suatu ketika dulu ‘memanaskan’ daerah kota belud iaitu kes tuntutan Padang Ragut Kuala Pintasan..saya bertekad untuk melihat sendiri Kawasan yang dimaksudkan..dan akhirnya tercapai juga cita-cita saya itu. Cumanya tidak lah semua kawasan yang saya jelajahi hanya kawasan bersempadanan antara kampung Tamau dan kampung Pintasan. Dan hasilnya saya cukup terkejut kerana memang benar apa yang dikatakan oleh seorang rakan blogger ini di mana hampir 80% tanah rezab ini dimiliki oleh orang-orang tertentu. Malahan ketika saya menyusuri kawasan pesisir pantai dari kampung Pintasan hingga ke Minangga iaitu kawasan perkuburan lama penduduk Kg.Tamau ( Batu gadung) saya lagi terkejut kerana kawasan sepanjang kawasan itu sudah dihuni oleh orang-orang tertentu dan siap pula dipagar. Kata orang kampung orang yang mendiami kawasan itu adalah orang asing. Dari pengamatan saya sudah ada kawasan pertanian yang dibangunkan. Seperti penanaman Tembikai dan sayur-sayuran. Turut terlibat ialah kawasan pinggir Padang Golf milik Datuk Salleh Tun Said yang juga mantan Ketua Menteri, yang dibangunkan ketika beliau menjawat Jawatan itu.

Setelah menyelidiki lebih dekat, saya dapat mengetahuinya bahawa pengusaha pertanian itu bukannya orang tempatan atau penduduk asal kampung Tamau, tetapi orang asing dan orang di luar daerah Kota Belud. Timbul pertanyaan dalam hati saya..macam mana mereka ini mendapatkan tempat pertanian di Kampung ini?..Kawasan yang diperuntukkan untuk ternakan Sapi atau Lembu, “Baanan” telah bertukar kepada tempat pertanian. Patutlah sapi-sapi atau lembu-lembu di Kampung Tamau dan sekitarnya berkeliaran di kawasan Kampung?..Kenapa pemimpin-pemimpin di kampung ini sengaja membiarkan keadaan ini berleluasa?...Malahan ada yang mengatakan kepada saya bahawa tanah-tanah itu telahpun dibeli oleh orang-orang ini..dan ada juga yang sudah bergeran.. Ai..Bagaimana perkara ini boleh berlaku..?

Patutlah apabila berkunjung di Tamu mingguan di Kota Belud, kita dapati ramai sudah bukan orang tempatan yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Lama-kelamaan kawasan kg.Tamau dan Daerah Kota Belud akan dikuasai oleh orang-orang ini, seperti yang mereka buat dengan daerah Tawau. Seorang rakan cina pernah memberitahu saya bahawa, Bandar Tawau boleh lumpuh ekonominya kalau bangsa ini mogok dan enggan berniaga…Bayangkanlah kalau ini berlaku di Kota Belud..Apa akan jadi dengan anak dan keturunan kita?...Di sudut yang lain para pemimpin kita terlalu sibuk dengan berpolitik,seolah-olah mereka sajalah yang berpengaruh sehingga melupakan perkara –perkara yang pada anggapan mereka remeh dan tiada masa untuk memikirkannya. Jaga-jaga jangan sampai seperti kata orang “menang Sorak Kampung tergadai”.

5 comments:

mrakunman said...

Salam.. kerana ulah JKKK dan ketua kampung.. maka penduduk haram ini berleluasa di kampung kita..mereka di jaga oleh orang-orang ini.. coba cek kebenaran sangkaan saya ini

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

Saya turut merasakan ada dalang disebalik kejadian ini...Cuba bongkar apa yg dikatakan oleh sdr Musram..

Kalau perkara ini dibiarkan tidak mustahil akan banyak gejala sosial yang timbul..Seperti di Kota Kinabalu..

DEPU-DEPU said...

Salam Kembali..Sdr Musram..

saya akan cuba rungkai permasalahan ini..TQ dengan pandangan sdr itu

DEPU-DEPU said...

Salam Sdri Kelapa Mawar..

Banyak sudah masalah sosial yang melanda kg Tamau akibat daripada kedatangan golongan ini..Tq dgn pandangan dan cadangan sdri..

dayangwulandari said...

salam... kenapa kelapa mawar dan si rengit tetiba.. silent.. soal PISBA???