Thursday, July 16, 2009

MCA : BERGOLAK


Belumpun sampai seminggu UBN meraikan kemenangan "moral' dalam pilihanraya Kecil Manik Urai yang berjaya mengurangkan majoriti sokongan rakyat terhadap parti PAS, akhirnya parti komponen BN, MCA menerima 'tamparan' kuat apabila bekas orang kuatnya, Chua Jui Meng bertindak meletak jawatan sebagai ketua bahagian MCA bahagian Bakri, Muar Johor. Tindakan tokoh yang masih dilihat sangat berpengaruh dalam susunlapis kepimpinan MCA ini dikaitkan dengan hasrat untuk menyertai parti pembangkang. Biarpun pada awalnya, Chua Jui Meng menafikan desas-desus itu, namun tak pokok bergoyang kalau tak ditiup angin.


Bila dilihat dari segi kerjaya politik bekas Menteri Kesihatan itu, tindakan ini mungkin dikaitkan dengan rasa ketidakpuasan hati dengan kepimpinan baru MCA yang masih dilihat mengekalkan team-team tertentu dalam pemilihan pucuk pimpinan tahun lepas. Di samping itu, ia juga mungkin sebagai tanda 'protes' bahawa beliau sudah tidak boleh berkerjasama dengan pucuk pimpinan pusat.

Apakah tindakan ini dibuat atas kegagalan beliau mencuba nasib menjadi "nakhoda" parti kanan dalam BN itu? Untuk rekod datuk Chua Jui Meng pernah menawarkan diri merebut jawatan presiden MCA sebanyak dua kali namun gagal. 2005, tewas kepada Datuk seri Ong ka Teng, dan tahun lepas juga kecundang di tangan Ong Tee Kiat...Sekaligus memberikan kita persepsi bahawa Dinasti nama "ONG" menjadi halangan terbesar dalam kerjaya politik datuk Chua.


Secara pandangan politiknya kenyataan Datuk Chua ," Secara sukarela, saya sudi meletakkan jawatan sebagai ketua bahagian Bakri.." membawa kepada tanggapan bahawa ahli politik MCA itu telahpun memikirkan dengan panjang lebar sebelum mengumumkan hasrat itu. Jiika benar Datuk Chua, tidak bermatlamatkan politik dan lebih kepada masalah peribadi, mungkin tidak memberi impak yang agak besar kepada MCA, tetapi jika tindakan itu berkait dengankeputusan politiknya, maka MCA harus menerima hakikat bahawa parti itu mula "Bergolak"..

Dan akan lebih hebat lagi bila tokoh ini bertindak menyertai pembangkang....
Apa yang menjadi persoalannya ialah jika benar beliau menyertai parti pembangkang, parti mana yang akan menjadi pilihan, antara DAP atau PKR ? bersama kita tunggu kesudahan episod ini...

1 comment:

kelapa mawar said...

Salam Sdr depu-depu..

Cerita tentang si Chua ni aku takheran kerana akan ramai lagi yang akan keluar BN..dengar-dengar di sabah ni pun ada...kita tunggu.