Saturday, July 25, 2009

MANUSIA TERKAYA DI MALAYSIA.



Status manusia terkaya di Malaysia kerap menjadi idaman rakyat di Negara ini. Namun begitu, status berkenaan bukanlah sesuatu yang senang diperolehi. Di Samping harta dan asset terkumpul, seseorang itu juga perlu menepati criteria tertentu, termasuklah keupayaannya mengekalkan ‘kekayaannya’ dalam rangkaian perniagaan di dalam Negara dan antarabangsa. Menurut laporan Forbes Asia yang disiarkan pada Mei lalu lelaki terkaya di Malaysia adalah peneraju Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok yang memiliki nilai asset terkumpul berjumlah AS$ 10 billion ( RM 36 Billion ), Manakala ahli perniagaan “HIburan” terkemuka Ananda Krishnan di tempat kedua dengan nilai asset AS$9 billion ( RM 31.5 Billion).

Walau bagaimanapun, kemungkinan Tan Sri Robert Kuok akan kehilangan status itu apabila seorang balu berketurunan Cina di Kota Bahru, Kelantan membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) bahawa suaminya yang baru meninggal dunia telah meninggalkan wang sebanyak RM 160 Billion dalam akaun sebuah bank tempatan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menyatakan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana ia membabitkan sejumlah wang yang banyak dan dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia. Kes berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan kesahihan dakwaan berkenaan. Jika benar,maka Tan Sri Robert Kuok bukanlah manusia terkaya di Malaysia.

2 comments:

1SEMPORNA said...

Sumber kekayaan di negeri kita nampaknya macam mengalir ketangan orang tidak sepatutnya.

DEPU-DEPU said...

Salam 1SEMPORNA..

TQ atas kunjungan anda dan saya setuju bahawa Melayu dan BUMIPUtera Semakin miskin dan terpinggir..