Thursday, July 2, 2009

KISAH SEORANG JUTAWAN


Seorang jutawan yang sedang bersiar-siar dengan kapal mewahnya telah terhenti perjalanannya apabila kapal mewahnya itu mengalami kerosakkan di tengah-tengah laut. Sudah hampir 2 hari kapalnya itu rosak.Dan bermacam-macam sudah mekanik datang untuk memperbaiki kapalnya itu tetapi semuanya gagal.Oleh kerana terlalu lama menunggu, maka si Jutawan pun memanggil pembantunya.

“ Kau carikan seorang mekanik yang pakar dan saya sanggup membayarnya ,berapa saja yang dia mahu, dengan syarat kapal saya ini dapat diperbaiki”… Kata Si Jutawan itu, sambil meyedut cerut mahal di bibirnya dan kemudian melepaskan asap cerut itu perlahan-lahan… Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya, seolah-olah begitulah juga kusut fikirannya, setelah beberapa kali kapalnya itu gagal diperbaiki.

“baikilah tuan, saya akan turun mencarinya”…Balas pembantunya itu..

Setelah menunggu sehari suntuk akhirnya pembantu jutawan itu datang dengan seorang mekanik yang berpakaian lusuh dan kotor. Melihat mekanik itu jutawan tersebut berkata.

“ Oi ! kau ni mekanik kah atau pengemis”?...

“Mekanik tuan”.. Balas mekanik itu dengan sopan.

“ baiklah, kau tengokkan kapal saya ni…apa masalahnya, segala kos saya bayar, asalkan kapal ini boleh hidup “… Jutawan itu berkata sambil beredar meninggalkan mekanik dan pembantunya di luar kapal itu.

Si Pembantu, itupun membawa mekanik tersebut di bahagian enjin . Setelah sampai di bahagian enjin itu, si mekanik itupun mendekapkan telinganya di bahagian hadapan enjin tersebut sambil menyuruh si pembantu menghidupkan enjin. Seperti biasa enjin itu gagal dihidupkan.

Kemudiannya si mekanik itu mengeluarkan, tukul dari peti peralatannya dan kemudian datang di bahagian hadapan enjin itu,lalu mengetuk bahagian itu dengan kuat menggunakan tukul tersebut. Kemudian dia bangun dan beredar. Pembantu itupun merasa pelik dengan gelagat si mekanik itu..

“Ini bukan kasih bagus, ini mengkasih jahanam”…Bisik hati kecil pembantu jutawan itu.

Setelah sampai di atas kapal, mekanik itupun menyuruh Pembantu Jutawan itu menghidupkan enjin . Hanya sekali percubaan sahaja, enjin kapal itu pun hidup. Si Jutawan yang berada dalam kabinnya terkejut dan gembira mendengar enjin kapalnya dapat dihidupkan. Itupun tidak kurang dari 10 minit. Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikirannya .Jutawan itu bergegas keluar dan menemui mekanik tersebut.

“Terima kasih,! Berapa upahnya”? kata si Jutawan.

“ Nanti ! saya hantar bil besok, tuan”.. kata mekanik itu ringkas. Sambil beredar dan kemudian turun dari kapal berkenaan.

Setelah keesokkan harinya setelah menerima bil dari mekanik itu, punya terkejut Jutawan berkenaan.

“ $ 1 juta dolar US”…Kata jutawan itu, sambil berteriak kepada pembantunya.

“Betulkah, bil ni $ 1 juta dolar US”? bilangnya dengan pembantunya.

“ Saya di tipu, tak kanlah hanya satu ketukan, upahnya $ 1 Juta dolar US..Ini satu penipunan, dan saya tidak akan membayarnya”..sambung jutawan itu.

Setelah pembantu menemui mekanik itu untuk tujuan berunding, namun mekanik itu tetap juga mengatakan bahawa memang kos atau upah perkhidmatannya membaiki enjin kapal itu bernilai $ 1 juta dolar US. Setelah gagal memujuk mekanik itu, pembantu itu pun pulang ke kapal dan memaklumkan kepada tuannya.

“ Dia tidak mahu bertolak-ansur tuan, mekanik itu tetap mahu juga upahnya $ 1 Juta dolar US”..kata pembantu itu.

Si Jutawan itu pun tetap juga berkeras untuk tidak membayar bil yang pada perkiraannya itu sebagai satu penipuan. Setelah beberapa kali pembantu dan mekanik itu berurusan dan berbincang dengan mekanik itu ,tetapi tidak juga menemui keputusan bersama. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju supaya pertelingkahan mereka itu dirujuk di mahkamah.

Beberapa bulan kemudian, akhirnya kedua-dua pihak bertemu di mahkamah dan ketika di hadapan hakim. Jutawan itu berkata,

“ yang Arif, mekanik ini cuba menipu saya, dengan meminta upah memperbaiki enjin kapal saya yang rosak dengan nilai $ 1 Juta Dolar US, sedangkan dia hanya mengetuk bahagian enjin kapal itu dan ia tidak sampai 10 minit pun, masa yang diambilnya..sebab itu saya enggan membayarnya kerana saya merasakan upah yang dimintanya itu tidak setimpal dengan kerja yang dibuatnya…” terangnya dengan panjang lebar..

Setelah mendengar penjelasan Jutawan itu, hakim meminta mekanik itu untuk memberikan penjelasan pula.

Kata Mekanik itu .” Yang Arif, apa yang dikatakan oleh Jutawan itu benar, saya telah membaiki enjin kapalnya yang rosak itu dengan satu ketukan di bahagian enjin ,dan hanya lebih kurang 10 minit masa yang saya perlukan untuk membaiki enjin itu….tetapi Yang Arif…Upah yang saya minta untuk satu ketukan itu hanya $ 90 dolar US, sahaja, yang selebihnya itu adalah upah atau caj kerana pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki membolehkan saya tahu dimana bahagian enjin perlu diketuk…Semua orang pun pandai mengetuk tapi tidak semua orang yang tahu di mana patut di ketuk…hanya saya yang tahu..dan pengetahuan saya itu terlalu mahal nilainya….” Ulas mekanik itu dengan selamba.

Setelah mendengar penjelasan kedua-duanya, akhirnya hakim memutuskan supaya Jutawan membayar sejumlah seperti yang tertera di dalam bil yang diberikan oleh mekanik itu dulu. Akhirnya mekanik itu menjadi jutawan.

P/S.. Apakah pengajaran dari cerita ini ?? Lu fikirlah sendiri!!!!

4 comments:

zai said...

Salam Depu-Depu
Entri yg menarik, mmg benar ilmu dan kemahiran itu tidak ternilai harganya..tak semestinya yg kaya itu berilmu dan oleh kerana tiada ilmu yang kaya terpaksa juga membayar harga ilmu dan kemahiran yg tiada padanya..dan Moral of the story..Utk teruskan kehidupan kita mesti bertindak secara Bijak..berusaha utk mencari inisiatif agar dapat Work Smart rather than Work hard..

DEPU-DEPU said...

Salamkembali Zai..

sewajarnya komen sdri itu adalah antara pengajaran cerita ini. TQ kerana bertandang lagi..

Datu pitung said...

siapa nak kan dunia mesti dgn ilmu..jika nak kan akhirat kena lah jua dgn ilmu dan jika nak kan kedua dua mesti kena dgn ilmu..ilmu pengetahuan sangat penting dan berguna kepada seseorang yg bergelar insan..ilmu dan pengajaran boleh di perolehi dr blog yg bermanfaat..shukran depu-depu..

DEPU-DEPU said...

Salam Datu Pitung..

Ilmu itu bisa diperolehi dari pengalaman harian kita, kerana pengalaman itu guru yang tidak boleh diperolehi di mana-mana.Hanya bergantung kepada sesorang untuk mengambil iktibar daripada pengalaman itu...Ok.Datu!!