Sunday, July 26, 2009

1BORNEO


Kalau dulu di tahun 90-an, kompleks membeli belah di Bandar Kota Kinabalu boleh ditunjuk dengan jari, kini ia juah berubah..dimana-mana ada pusat membeli-belah seperti cendawan di musim hujan. Dan yang terbaru, termoden dan terbesar ialah 1Borneo yang terletak bersebelahan dengan kampus Induk Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kewujudan pelbagai pusat membeli belah ini telah menjadikan Kota Kinabalu yang merupakan Ibu Negeri Sabah sebagai tempat membeli-belah terunggul di Kepulauan Borneo. Pusat beli belah bertaraf antarabangsa ini menjadi tumpuan ramai, dari orang Sabah sendiri hingga orang Sarawak dan orang Brunei Darussalam dilihat mengunjungi pusat beli belah ini. Dari satu segi ia memberi imej baru bagi Sabah negeri dibawah bayu .Tambahan lagi pusat beli belah di negara ini dikenalpasti sebagai tempat melepaskan tekanan hidup dan mendapatkan persekitaran yang menyenangkan.


Menurut kaji selidik yang dibuat oleh sebuah syarikat Komunikasi Pemasaran terkemuka Grey Group Asia Pasific mendapati bahawa 82% rakyat dinegara ini menganggap bahawa kehidupan moden masa kini sebagai sesuatu yang memberikan tekanan. Justeru itu hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa rakyat di Negara kita hidup lebih tertekan berbanding rakyat Negara Singapura. Jadi, tidak hairanlah kalau pelbagai kaedah dan aktiviti dilakukan untuk melepaskan tekanan itu..dan salah satu daripada aktiviti itu ialah dengan mengunjungi pusat beli belah seperti 1Borneo. Di dapati juga, rakyat di Negara kita menghabiskan purata 2- 4 jam di pusat membeli belah. Sama ada untuk melepaskan tekanan, ataupun untuk melepak membuang masa, ternyata ia memberikan impak besar kepada ekonomi Negara.

1 comment:

kelapa mawar said...

salam

suka tengok gelagat orang ramai ketika di 1borneo