Sunday, July 5, 2009

SUATU KETIKA...SI TANGGANG

Mungkin ramai dikalangan kita yang sudah mengetahui kisah penderhakaan Tanggang keatas ibunya. Dan ketika minum petang hari ini, saya sempat menonton sebuah rancangan yang disiarkan di Astro Prima “Suatu Ketika…Si Tanggang”. Rancangan ini menyusuri kisah Si Tanggang derhaka yang berkembang menjadi cerita sastera rakyat di Nusantara. Cerita si Tanggang ini dikatakan disampaikan secara turun temurun secara lisan oleh masyarakt di kepulauan nusantara ini sejak dulu lagi.Biarpun terdapat beberapa versi yang berlainan, namun kesemua versi ini menggambarkan betapa sucinya kisah seorang yang bergelar ibu. Di samping itu ia juga turut memberikan pengajaran kepada genarasi pedengarnya bahawa menyakiti hati ibu adalah satu dosa kehidupan yang tidak akan dapat diampunkan. Si Tanggang akhirnya di sumpah dan menjadi batu.

Cerita Si Tanggang versi Malaysia, menceritakan bagaimana seorang anak lelaki dan seorang ibu yang hidup dalam kemiskinan dan penderitaan, akhirnya anak tersebut pergi berlayar dan menjadi kaya dan berpangkat. Anak yang kaya ini akhirnya ditakdirkan pulang semula di kampung kelahirannya bersama dengan tuan puteri,yang juga isterinya. Lantaran malu kepada isterinya, dia enggan mengakui ibunya itu…dengan perasaan sedih dan terguris yang amat sangat ibu tadi menadah tangan memohon kepada tuhan supaya anaknya diberikan pengajaran. Di sinilah ‘pembalasan’ itu berlaku..anak tadi tenggelam bersama kekayaannya, dan menjadi batu. Kisah ini mengingatkan kita dengan filem Tan Sri Jins Samsuddin “ Si Tanggang” yang dicedok dari cerita rakyat ini. Mungkin kita membesar bersama cerita filem ini.


Gambar perahu Malim Kundang yang menjadi batu


Biarpun versi di Indonesia, hampIr-hampir sama namun wataknya agak berbeza. Si Tanggang ini dikenali sebagai Malim Kundang. Cerita Malim Kundang ini dikatakan berlaku di Kota Padang,Indonesia.Pantai Air Manis dikatakan tempat dimana Malim Kundang ini menjadi batu. Masyarakat sekitarnya masih menganggap bahawa cerita Malim Kundang ini adalah cerita yang benar-benar berlaku,memperihalkan kisah penderhakaan seorang anak terhadap ibunya. Kisah itu begitu segar di ingatan masyarakat Kota Padang ini. Seakan turut memberikan pengajaran dan teladan kepada masyarakat yang mendukung penceritaannya. Biarpun cerita ini dikatakan disampaikan melalui media penceritaan secara lisan, namun cerita sastera rakyat ini memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat pendengarnya.


Gambar si Tanggang menjadi batu

Berlainan dengan di Brunei, cerita Si tanggang dan Malim Kundang ini, berlainan jalan ceritanya. Pun begitu tujuannya masih kepada memberi pengajaran kepada masyarakat setempat. Di Brunei, Malim Kundang dikenali sebagai Nakhoda Manis. Seorang jejaka kaya yang tinggal dengan seorang ibunya.walaupun memiliki kekayaan ,namun nakhoda Manis bertekad untuk keluar berniaga.Meninggalkan ibunya keseorangan. Kerinduan seorang ibu terhadap anaknya itu, membuatkan ibunya

bersedekah setiap hari sebagai doa keselamatan kepada anaknya. Saban hari menunggu kepulangan anaknya itu tetapi tak juga kunjung tiba.Sampai akhirnya, harta yang ditinggalkan kepada si Ibu, habis dan akhirnya hidup dalam kemiskinan. Setelah pulang, Nakhoda Manis enggan mengakui ibunya…Setelah si ibu memohon doa, akhirnya anak tadi menerima hukuman dan menjadi batu. Kapalnya tenggelam dalam ribut yang maha dahsyat.

Walaupun versi cerita si Tanggang ini berlainan mengikut persekitaran daerah penceritaannya, namun mesej yang disampaikan jelas..”Jangan menderhaka kepada Ibu”.Benarlah seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis bahawa syurga itu ditelapak kaki ibu..Mengingatkan kita betapa banyaknya pengorbanan seorang Ibu.Cukup besar dan tidak ternilai harganya. Seorang rakan ustaz saya pernah menceritakan bahawa, ada 3 benda yang kalau kita tengok sahaja pun sudah dapat pahala iaitu Baitullah, Ayat Quran dan Wajah Ibu kita…Terfikir saya..dimanakah kita dalam versi penceritaan si Tanggang ,Malim Kundang dan Nakhoda Manis ini…?

Pada hari ini, terdapat ramai golongan yang telah berjaya menikmati kehidupan yang selesa tetapi tidak mempedulikan kedua-dua ibu bapanya malah sanggup membiarkan mereka tinggal di rumah orang-orang tua.

Mereka dibiarkan kesunyian tanpa ada perhatian dari anak-anak, lebih malang lagi anak-anak langsung tidak menjenguk mereka. Bayangkan bagaimana perasaan mereka, setelah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, begini pula balasan yang di berikan anak-anak kepada mereka.

Kalau kita renungkan sejenak, bukankah kita sebenarnya mengulangi semula kisah-kisah penderhakaan tadi?. Kalau kisah-kisah tersebut boleh berulang, cuba bayangkan sudah berapa ramai golongan kita yang telah menjadi batu disumpah oleh ibu bapa masing-masing kerana menderhaka.

Cerita ini perlu diperturunkan kepada anak-anak supaya, mereka mendapat pengajaran di sebalik cerita ini. Kata-kata suara latar dalam rancangan ini “ Kasih sayang adalah azimat dalam kehidupan”. menarik perhatian saya.

Saturday, July 4, 2009

NAJIB : 100 HARI SELEPAS PANTANG


Tanggal 4 Julai adalah tarikh keramat bagi pemimpin nombor satu Negara kerana pada tarikh ini genap 100 hari DSN menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, setelah mengambil alih pucuk pimpinan Negara dari Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kalau seorang perempuan yang baru lepas bersalin, 100 hari sudah cukup merawat luka dalaman dan biasanya mula menunjukkan tanda-tanda kembali sihat seperti sebelumnya. Bagi seorang PM, 100 hari juga menjadi tempoh untuk merawat luka-luka dalaman yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya itupun kalau ada. Dan selepas 100 hari tanda-tanda pemulihan itu akan mula Nampak. Tanda ini perlu untuk terus menyemarakkan keyakinan rakyat terhadap dasar dan” landas pandang” pemerintahannya.

Ketika mengambil alih pucuk pimpinan UMNO, DSN dilihat masih mewarisi “kebejatan politik wang” yang telah menghantui UMNO sekian lama. Ahli-ahli UMNO bukan sahaja dikatakan bersikap berlumba-lumba merebut jawatan dan pangkat tetapi juga dilabel sebagai pemimpin yang tidak mesra rakyat sehingga kepentingan diri dan kroni melebihi kepentingan rakyat. “Rasuah sudah berakar umbi dalam UMNO”, begitulah anggapan “rakyat neutral” yang menjadi pemerhati dari jauh,apa yang berlaku dalam parti melayu itu. Bukan itu sahaja malahan langkah-langkah drastic yang diambil oleh Pak Lah, hanya dilihat sebagai langkah mengatasi bukan langkah mencegah. Tambahan lagi…perancangan Pak Lah yang dianggap singkat itu akhirnya “Gagal” menangani gejala rasuah dalam Parti.

DSN antara lain dalam ucapan dasarnya ketika mengambilalih pimpinan UMNO, pernah mengatakan bahawa “jika UMNO tidak berubah, UMNO akan rebah”. Membawa satu mesej yang agak lantang dan berterus terang bahawa UMNO kena berubah dan mengalami perubahan. “TRANSFORMASI” membawa satu makna yang sangat signifikan terhadap perubahan dalaman UMNO. Biarpun UBN masih mendapat mandat dari rakyat dalam PRU-12, namun jika dikira dari ‘pencapaian’ sebelumnya ternyata UBN kena ‘mengakui” bahawa rakyat seakan muak dengan ‘isu pembanguna’ yang dijadikan umpan ketika pilihanraya. Dan inilah yang menjadi cabaran penting kepada tokoh dari Pahang ini, iaitu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UBN sebagai parti pilihan yang terus menerajui kepimpinan Negara.

Sebagai langkah terawal, DSN telah mengambil keputusan membebaskan beberapa orang tahan ISA, sebagai satu “Signal” baru kerajaan bahawa akta ISA itu ada ruang untuk diperbincangkan. Rakyat melihat isu pembebasan ini sebagai satu sinar baru dalam hak kemanusiaan di Negara ini. Setelah itu kerajaan membuat pengumuman susulan bahawa akta ISA akan dikaji semula. Nampaknya ‘sinar’ itu bertamnbah terang cahayanya. Selain itu Keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman juga perlu diambil berat…Biarpun isu ini menjadi taruhan pembangkang, namun rakyat melihat ada relevannya. Ini Kerana banyak pemimpin UMNO yang mengamalkan politik wang masih lagi ‘terlepas’ dari cengkaman SPRM. Rakyat mahukan ketelusan yang berpanjangan dan sekali lagi ia menjadi cabaran kepada DSN tatkala menjadi PM Malaysia.

Kesudian DSN ‘melayan” karenah PAS dalam mencetuskan polemik kerajaan perpaduan juga menggambarkan bahawa pemimpin ini berjiwa terbuka dan berfikiran ke hadapan. Isu perpaduan di anggap sebagai satu isu yang cukup besar bagi sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Biarpun Isu kerajaan perpaduan ini diputarbelitkan oleh pembangkang tetapi kesudian DSN membuka ruang kepada ‘bicara minda’ isu ini dipuji oleh banyak pihak. Sekurang-kurangnya perhatian dan kesungguhan ini menggambarkan betapa isu perpaduan itu tidak boleh dijadikan sebagai ‘agenda’ politik parti-parti tertentu.

Biarpun DSN dilihat lebih terbuka, namun tokoh ini terus landa ‘kontrovesi politik” apabila UBN dilihat terlibat dalam ‘Rampasan kuasa” di Perak. Biarpun isu ini diperbincangkan dalam pelbagai sudut pandang, namun Isu Perak ini diramalkan akan terus relevan pada Piliharaya -13 nanti. Pembangkang akan terus-terusan mengekspolitasi isu sebagai satu ‘kekejaman’ baru UBN di era kepimpinan DSN. Sesetengah pandangan merasakan bahawa isu ini perlu diselesaikan secara lebih terurus dan bersifat demokrasi…tidak kurang juga yang menganggap bahawa isu ini sudah pun selesai apabila mahkamah Rayuan memutuskan DR Zamry dari UBN sebagai MB yang sah.Apapun dari pandang rakyat..isu ini perlu dikembalikan kepada rakyat !.terpulang kepada UBN memikirkannya.

Keputusan DSN menubuhkan satu jawatankuasa pemantau prestasi pelbagi kementerian dianggap sebagai satu lagi ‘transformasi’ dalam cabinet dan kerajaan. Pencapaian pelbagai kementerian ini diletakkan terus di bawah PM, dan seperti yang diumumkan bahawa KPI kementerian ini mendapat perhatian terus kepada PM setidaknya setiap 6 bulan. Langkah inilah yang menampakkan bahawa ‘luka dalaman’ dalam cabinet dan kementerian mula menunjukkan tanda-tanda penyembuhan. “rakyat didahulukan, dan pencapaian diutamakan” adalah slogan yang menjadi teras kepada pemerintahan PM DSN. Kualiti kepimpinan turut ditekankan dan segala perancangan dan pembangunan dipastikan ‘sampai’ kepada sasarannya. Rakyat tentunya didahulukan.!

Konsep 1 Malaysia yang menjadi “jalanlandas’ kepada wawasan 2020 turut melonjakkan populariti pemimpin nombor satu Negara ini. Disaat masyarakat Malaysia dimomokkan dengan ‘Malaysia Baru’ dan “Malaysian malaysia’ oleh parti-perti pembangkang, “konsep 1 Malaysia” ini dilihat sebagai ramuan yang cukup ‘kena’ dalam matlamat melahirkan ‘negara bangsa’ yang menjadi nadi dan jantung kepada wawasan Negara. “Konsep 1Malaysia’ ini akhirnya menjadi perbualan hangat rakyat, dan beberapa siri “bincang ilmiah’ turut diadakan mengupas dan melihat konsep ini dengan lebih dekat lebih dekat dari urat leher pemimpin. Apakah konsep 1Malaysia ini akan diterima rakyat?..terlalu awal untuk mencari jawapannya.Justeru itu antara langkah yang perlu diambil oleh kerajaan ialah menerangkan lebih mendalam kepada masyarakat akar umbi yang akhirnya menjadi ‘pelaksana’ kepada konsep ini..

Perubahan besar dalam sistem ekonomi Negara juga dilihat sebagai satu lagi usaha murni DSN yang ingin melihat ekonomi negera bersaing diperingkat global. Liberalisasi ekonomi ini,nampaknya mengundang banyakpersepi di kalangan ,masyarakat. Dan Impak terbesar dasar liberalisasi ekonomi ini ialah ke[pada masyarakt Melayu dan Bumiputera. Setelah sekian lama berselindung di sebalik DEB, orang Melayu dan Bumiputera mula ‘terbuka mata’ apabila kerajaan mengumumkan bahawa pegangan ekuiti melayu dan bumiputera sebanyak 30% akan dikurangkan kepada 12.5%. Apakah relevannya dasar ini?..Apakah jaminan kerajaan bahawa melayu dan Bumiputera tidakakan terus terpinggir dalam ekonomi globalisasi ini?.. Apakah tujuan kerajaan melonggarkan syarat pemilikkan orang asing dalam pegangan ekuitu melayu dan bumiputera?...Persoalan-persoalan inilah yang perlu diperjelaskan kepad rakyat, supaya lebih tuntas dan mendapat ‘buah fikir’ sebelum impak itu datang dalam ekonomi melayu dan bumiputera.

Apakah pasca 100 hari ini akan terus merawat luka-luka dalam UBN ? atau selepas ini DSN dan UBN akan sembuh sepenuhnya? Apa yang jelas selepas "Pantang" seseorang wanita itu lebih sihat dan bertenaga!..

Friday, July 3, 2009

PAKATAN :RETAK MENANTI BELAH


Jika kita soroti pasang surut parti pembangkang di negara kita...satu yang bersangkutan ialah macammana pun kerjasama yang dibuat, akan wujud juga ketidaksepakatan dalam kepembangkangan terutama dalam sesuatu isu berbangkit. Suatu ketika dulu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang turut disertai oleh Parti serpihan UMNO, Semangat 46 menjadi landas kepada parti-parti pembangkang di negara ini.

Namun begitu juga akhirnya, APU ini terkubur. Bangkit lagi dengan slogan Barisan Alternatif (BA), parti-parti pembangkang bergerak dalam satu barisan yang bertujuan melumpuhkan Barisan Nasional tetapi juga gagal merebut pucuk pimpinan negara. Setelah DSAI keluar dari Penjara..PAKATAN RAKYAT pula diwujudkan..kata mereka konon suara rakyat! betul atau tidak hanya Rakyat yang Berpakat sahaja yang tahu..
Memang sudah dijangka bahawa Pakatan ini tidak akan bertahan lama...Bagaimana mungkin 3 buah parti yang berlainan ideologi dan matlamat boleh "tidur sekatil". Kalaupun boleh mungkin hanya bersifat sementara, namun "mimpi' mereka tetap berlainan.

PAS sebuah parti yang ingin menubuhkan sebuah negara Islam mengikut "pandang dunia' mereka, tentunya tidak sehaluan dengan DAP yang lebih merealisasikan konsep "Malaysian Malaysia". Manakala Bahtera DSAI pula PKR lebih kepada perjuangan keadilan...Tak tahu 'keadilan' untuk siapa??..
Rakyat menjangkakan bahawa dengan adanya peranan DSAI, maka PAKATAN RAKYAT ini akan mendapat nafas baru. Sebegitu, kerana salah satu sifat DSAI dalam kepolitikkannya ialah 'kemudahlenturannya" atau fleksiblety pandangannya yang boleh menyatukan ratusan malahan ribuan penyokong muda untuk memihak kepadanya. Namun pandangan itu....mungkin meleset kerana sekarang PAKATAN Semacam "retak menanti belah".

TINDAKAN DAP kedah keluar dari PAKATAN RAKYAT , bukan sesuatu yang harus dipandang ringan, apatah lagi tindakan itu dikatakan diambil berikutan tindakan kerajaan negeri Pimpinan PAS yang tidak menghormati pandangan parti berkenaan terutama dalam isu merobohkan kandang Khinzir di negeri itu. Perbuatan DAP Kedah ini, walaupun dikatakan oleh LIM GUAN ENG sebagai tidak sah dan perlu dibincangkan diperingkat pusat, namun ia satu tamparan hebat kepada PAKATAN RAKYAT yang selama ini menyembunyikan fakta bahawa wujud "ketidaklenturan idea dan fahaman" antara mereka. Seperti biasa, sebagai 'pembelaan diri diluar mahkamah rakyat", PKR menyalahkan Media Massa yang konon mengembar-gemburkan isu itu. Di Pihak PAS Kedah, pula berpura-pura tidak tahu menahu, sedangkan isu itu berlaku dalam 'selimut' politik negeri itu. Sebelum inipun kita dapat melihat bahawa dalam isu Kerajaan Perpaduan, PAKATAN RAKYAT tidak ada kesepakatan politik. TGHA..mencetuskan idea murni itu..tetapi PKR dan DAP mengakui tidak pernah dibawa berbincang tentang hal-hal yang berkait dengan titik bengik kerajaan perpaduan itu. Sekali lagi PAKATAN RAKYAT cuba menyembunyikan keretakkan pakatan mereka. Nasib baik DSAI dapat melenturkan rotan ketengangan itu dan akhirnya isu kerajaan Perpaduan ditolak secara totalnya. "kemudahlenturan' DSAI ini nampaknya tidak bertahan lama...kerana DAP Kedah Keluar Dari PAKATAN RAKYAT!.

Apakah Pilihanraya kecil Manek Urai ini akan memburaikan keretakan PAKATAN RAKYAT itu.? Biarpun atas kertas. UBN sukar untuk menang, tetapi ternyata masih ada harapan...kerana dalam politik semua yang berlaku ibarat misteri!

Thursday, July 2, 2009

KISAH SEORANG JUTAWAN


Seorang jutawan yang sedang bersiar-siar dengan kapal mewahnya telah terhenti perjalanannya apabila kapal mewahnya itu mengalami kerosakkan di tengah-tengah laut. Sudah hampir 2 hari kapalnya itu rosak.Dan bermacam-macam sudah mekanik datang untuk memperbaiki kapalnya itu tetapi semuanya gagal.Oleh kerana terlalu lama menunggu, maka si Jutawan pun memanggil pembantunya.

“ Kau carikan seorang mekanik yang pakar dan saya sanggup membayarnya ,berapa saja yang dia mahu, dengan syarat kapal saya ini dapat diperbaiki”… Kata Si Jutawan itu, sambil meyedut cerut mahal di bibirnya dan kemudian melepaskan asap cerut itu perlahan-lahan… Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya, seolah-olah begitulah juga kusut fikirannya, setelah beberapa kali kapalnya itu gagal diperbaiki.

“baikilah tuan, saya akan turun mencarinya”…Balas pembantunya itu..

Setelah menunggu sehari suntuk akhirnya pembantu jutawan itu datang dengan seorang mekanik yang berpakaian lusuh dan kotor. Melihat mekanik itu jutawan tersebut berkata.

“ Oi ! kau ni mekanik kah atau pengemis”?...

“Mekanik tuan”.. Balas mekanik itu dengan sopan.

“ baiklah, kau tengokkan kapal saya ni…apa masalahnya, segala kos saya bayar, asalkan kapal ini boleh hidup “… Jutawan itu berkata sambil beredar meninggalkan mekanik dan pembantunya di luar kapal itu.

Si Pembantu, itupun membawa mekanik tersebut di bahagian enjin . Setelah sampai di bahagian enjin itu, si mekanik itupun mendekapkan telinganya di bahagian hadapan enjin tersebut sambil menyuruh si pembantu menghidupkan enjin. Seperti biasa enjin itu gagal dihidupkan.

Kemudiannya si mekanik itu mengeluarkan, tukul dari peti peralatannya dan kemudian datang di bahagian hadapan enjin itu,lalu mengetuk bahagian itu dengan kuat menggunakan tukul tersebut. Kemudian dia bangun dan beredar. Pembantu itupun merasa pelik dengan gelagat si mekanik itu..

“Ini bukan kasih bagus, ini mengkasih jahanam”…Bisik hati kecil pembantu jutawan itu.

Setelah sampai di atas kapal, mekanik itupun menyuruh Pembantu Jutawan itu menghidupkan enjin . Hanya sekali percubaan sahaja, enjin kapal itu pun hidup. Si Jutawan yang berada dalam kabinnya terkejut dan gembira mendengar enjin kapalnya dapat dihidupkan. Itupun tidak kurang dari 10 minit. Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikirannya .Jutawan itu bergegas keluar dan menemui mekanik tersebut.

“Terima kasih,! Berapa upahnya”? kata si Jutawan.

“ Nanti ! saya hantar bil besok, tuan”.. kata mekanik itu ringkas. Sambil beredar dan kemudian turun dari kapal berkenaan.

Setelah keesokkan harinya setelah menerima bil dari mekanik itu, punya terkejut Jutawan berkenaan.

“ $ 1 juta dolar US”…Kata jutawan itu, sambil berteriak kepada pembantunya.

“Betulkah, bil ni $ 1 juta dolar US”? bilangnya dengan pembantunya.

“ Saya di tipu, tak kanlah hanya satu ketukan, upahnya $ 1 Juta dolar US..Ini satu penipunan, dan saya tidak akan membayarnya”..sambung jutawan itu.

Setelah pembantu menemui mekanik itu untuk tujuan berunding, namun mekanik itu tetap juga mengatakan bahawa memang kos atau upah perkhidmatannya membaiki enjin kapal itu bernilai $ 1 juta dolar US. Setelah gagal memujuk mekanik itu, pembantu itu pun pulang ke kapal dan memaklumkan kepada tuannya.

“ Dia tidak mahu bertolak-ansur tuan, mekanik itu tetap mahu juga upahnya $ 1 Juta dolar US”..kata pembantu itu.

Si Jutawan itu pun tetap juga berkeras untuk tidak membayar bil yang pada perkiraannya itu sebagai satu penipuan. Setelah beberapa kali pembantu dan mekanik itu berurusan dan berbincang dengan mekanik itu ,tetapi tidak juga menemui keputusan bersama. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju supaya pertelingkahan mereka itu dirujuk di mahkamah.

Beberapa bulan kemudian, akhirnya kedua-dua pihak bertemu di mahkamah dan ketika di hadapan hakim. Jutawan itu berkata,

“ yang Arif, mekanik ini cuba menipu saya, dengan meminta upah memperbaiki enjin kapal saya yang rosak dengan nilai $ 1 Juta Dolar US, sedangkan dia hanya mengetuk bahagian enjin kapal itu dan ia tidak sampai 10 minit pun, masa yang diambilnya..sebab itu saya enggan membayarnya kerana saya merasakan upah yang dimintanya itu tidak setimpal dengan kerja yang dibuatnya…” terangnya dengan panjang lebar..

Setelah mendengar penjelasan Jutawan itu, hakim meminta mekanik itu untuk memberikan penjelasan pula.

Kata Mekanik itu .” Yang Arif, apa yang dikatakan oleh Jutawan itu benar, saya telah membaiki enjin kapalnya yang rosak itu dengan satu ketukan di bahagian enjin ,dan hanya lebih kurang 10 minit masa yang saya perlukan untuk membaiki enjin itu….tetapi Yang Arif…Upah yang saya minta untuk satu ketukan itu hanya $ 90 dolar US, sahaja, yang selebihnya itu adalah upah atau caj kerana pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki membolehkan saya tahu dimana bahagian enjin perlu diketuk…Semua orang pun pandai mengetuk tapi tidak semua orang yang tahu di mana patut di ketuk…hanya saya yang tahu..dan pengetahuan saya itu terlalu mahal nilainya….” Ulas mekanik itu dengan selamba.

Setelah mendengar penjelasan kedua-duanya, akhirnya hakim memutuskan supaya Jutawan membayar sejumlah seperti yang tertera di dalam bil yang diberikan oleh mekanik itu dulu. Akhirnya mekanik itu menjadi jutawan.

P/S.. Apakah pengajaran dari cerita ini ?? Lu fikirlah sendiri!!!!

Wednesday, July 1, 2009

TEKA -TEKI KENAPA KAPAL


Perjuangan mendaulatkan agama,bangsa dan negara..suatu perjuangan yang murni..namun ternyata perjuangan itu ada pancarobanya.Ibarat kapal...mengharungi ombak besar adalah cabaran utamanya sebelum sampai ke destinasinya.Di dalam kapal itu banyak jenis lapisan masyarakat yang menumpangnya biarpun masing-masing punya alasan dan tujuan yang berbeza.Soal pengendalian kapal itu diserahkan kepada nakhoda dengan juak-juaknya.Ada yang bersikap 'bisu' dengan pengendalian kapal ini, yang penting sampai ke destinasi. tapi ada juga yang mengambil sikap 'ambil tahu'.Bukan tidak yakin kepada nakhoda tetapi untuk pengetahuan dan pengalaman. Orang sebegini lebih baik dari yang mula-mula tadi.

Ada pula yang 'tunjuk'pandai..menunjukkan kebolehan sehingga membelakangkan nasihat nakhoda.Ada juga yang berdiam diri tetapi berniat jahat...konsep 'kalau kapal ada masalah biar sama-sama tidak sampai ke destinasi". Orang begini berfikiran negatif dan tidak memikirkan keselamatan diri dan orang lain.terlalu pentingkan diri.Ada pula yang berusaha menebuk kapal itu dari dalam supaya kapal itu karam dan tidak sampai ke pelabuhan.Ada yang menebuk terus-terusan, ada yang perlahan dan berbagai-bagai cara lagi digunakan. Nakhoda tidak ambil tahu, kerana dia sibuk mengemudi kapalnya.

Ada juga yang meragui kebolehan nakhoda kapal..macam-macam soalan dibangkitkan...kenapa dia yang jadi nakhoda?..Apalah sangat kemahiran dan pengalamannya? Fikirlah dulu sebelum merestui dia jadi nakhoda...antara bisikkan yang selalu menghantuinya...Membawa orang lain sama berfikiran macam dia..Kategori orang begini amat merbahaya..kerana dalam diam dia adalah 'pemusnah ' kapal itu.Kalau yang menebuk boleh dilihat dan ditegur tetapi orang sebegini susah dikenalpasti kerana bertopengkan pengetahuan dan kemahirannya...


Orang di pelabuhan pula berteka teki adakah kapal itu sampai atau tidak? Tiada kerosakkan kah sewaktu dalam perjalanan? selamatkan penumpangnya?..Teka teki itu tidak akan terjawab sehinggalah kapal itu selamat berlabuh.
Persoalannya.....Berjayakah kapal itu sampai ke pelabuhan? Fikirkanlah!


IRANUN :Pelapis Pemimpin (kapal Layar Perjuangan)


Tulisan saya yang pertama mengenai Iranun:Pelapis Pemimpin ,cukup mendapat 'perhatian' dari rakan-rakan blogger yang lain.Tidak kurang juga yang memberikan pandangan secara sinis dan ada juga yang memberikan pandangan secara matang dalam membicarakan isu ini."Perhatian"yang diberikan ini tidak sehebat perhatian yang diberikan terhadap penulisan saya sebelum ini mengenai kaum Iranun yang menyentuh tentang 'jatuh dan bangun'nya suku minoriti ini. ( Rujuk: Iranun :politik dan dipolitikkan, Iranun: Suatu Penjenamaan Semula, Iranun: Betulkah terpinggir?,Iranun dan Pasar Ikan Kota Belud).

Alasanya cukup mudah, sebelum ini saya hanya membingkiskan perihal masyarakat Iranun secara keseluruhannya, tanpa menyentuh orang-perseorangan sama ada pemimpin politik suku ini atau pemimpin masyarakatnya. Berlain benar dengan penulisan kali ini yang terus merujuk kepada individu tertentu yang saya katakan sebagai sandaran pemimpin pelapis Iranun.Mungkin ada yang beranggapan bahawa soal-soal kepimpinan Iranun ini dilihat lebih kesukuan, namun jauh lebih dari itu, kerana pemimpin Iranun bukan hanya dalam konteks masyarakatnya tetapi juga menyelami konteks bangsa-bangsa lain di Kota Belud. Tulisan ini mendapat reaksi berbeza dari pelbagai pihak...Batu Gadung.Blogsport, Paikankb.blogsport,Mapait Tantu, Sambal Belacan, Dari Sabah,DayangWulan,Abdnaddin (kalau tak silap pertimbanganlah), dan juga pengkritik berwibawa, penulis berpengalaman sdr Musli Oli serta beberapa orang yang lain yang begitu setia dan bertanggungjawab dalam memberikan buah fikiran.Mereka inilah antara yang memberikan perhatian yang benar-benar membuatkan saya begitu teruja membicarakan perihal pelapis pemimpin Iranun ini. terima kasih yang tidak terhingga dengan perhatian kalian...

Saya terfikir, Apakah sudah sampai masanya, masyarakat Iranun 'membincangkan' isu ini? atau mungkin disebaliknya.Adakah 'perhatian' itu diberikan lantaran 'tokoh' yang saya tonjolkan itu? Atau apakah kerana ada dendam kesumat terhadap tokoh ini? atau adakah tokoh lain yang lebih berkelayakan? atau ada yang rasa jijik mendengar isu ini? ...Pelbagai persoalan yang bermain terus di benak saya. Seperti juga saudara-saudara blogger yang lain, saya tidak dapat membaca apa yang bermain di fikiran saudara-saudara semua...seperti mana saudara tidak akan dapat membaca 'perkiraan' saya.

Apa yang jelas ialah, pada hemat saya sudah sampai masanya kita harus 'membuka' mata dan hati masyarakat Iranun tentang halatuju kepimpinan suku ini. Tidak ada niat untuk mempersenda kepimpinan Iranun. Jauh sekali untuk menuding jari kepada mana-mana individu lantaran 'kegagalan' mempersiapkan suku ini dengan pemimpin pelapis.Biarpun lebih 40 tahun, Iranun sudah melibatkan diri dalam kepolitikan di sabah, namun setelah generasi -generasi alaf baru 'menawarkan' diri membincangkan isu kepimpinan Iranun ini..maka barulah kita nampak bahawa Iranun terlalu 'leka dan selesa' dengan kedudukan mereka sehinga lupa dan alpa dengan masa depan generasi pewaris ini...

'Penonjolan' seseorang tokoh menjadi agenda dalam soal-soal kepimpinan. Biarpun pada penulisan sebelumnya saya juga mengakui bahawa masih ramai tokoh anak Iranun yang boleh dikedepankan tetapi tokoh-tokoh ini masih 'bersembunyi' dalam saf-saf masyarakatnya. Kalau ada pun yang cuba-cuba kedepan, ada orang dan kumpulan tertentu yang 'menekan' dan tidak memberikan peluang untuk mengilap bakat kepimpinan itu. Bahkan tokoh yang saya sebut-sebut ini pun pernah melalui perkara yang sama...sebab itulah saya katakan bahawa tokoh-tokoh pemimpin muda Iranun...matlamatnya adalah sama ingin membela bangsanya!...mungkin tokoh sandaran ini boleh diketengahkan.

Ada juga tanggapan bahawa sebelum menonjolkan pemimpin, perkara asas yang perlu dilihat ialah sumbangannya kepada masyarakatnya...Pendapat ini asasnya benar...tetapi masih terbuka ruang untuk diperdebatkan kerana sumbangan itu bersifat subjektif dan 'normally' semua manusia itu ada sumbangannya. Seperti kata-kata sdr Musli dalam komen terbarunya di DayangWulan...bahawa beliaupun pernah membantu seorang wanita dari suku Iranun yang memerlukan bantuan melanjutkan pelajaran...Ini pun suatu sumbangan! Tanhiah ! sdr Musli!..
Namun adakah "sumbangan" merupakan kriteria utama dalam memilih pemimpin?... Jawapannya secara tulusnya ,TIDAK. Apa yang menjadi percaturan ialah 'kemampuan' tokoh tersebut. Dan "kemampuan" itu pun besar ruangnya untuk diperhalusi...Secara jujurnya atas prinsip politik yang matang, saya melihat Sdr.Roslan Manshor ada kemampuan itu...dari segi ideanya, gerakan sosialnya, penglibatan dalam politik dan banyak lagi . Soal sumbangan itu datang kemudian...yang penting ialah peluang yang kita berikan...Sewajarnya sebagai manusia biasa, beliau tidak terlepas dari kelemahan dan kesilapan....tetapi itu semua bersifat relatif, ertinya boleh diperbaiki...

Kita semua adalah pemimpin, dan setiap pemimpin ada kelemahan yang perlu diperbaiki.Saya melihat terutama dalam masyarakat Iranun, sekiranya ada 'tunas' baru muncul dalam kepimpinan, maka masyarakat akan 'memandang' dari jauh. Tidak ada "support sosial" yang diberikan..Malahan ada yang turut meragui kebolehan itu... Jika inilah menjadi 'trend' sesuatu masyarakat, maka tidak akan ada lagi pemimpin yang bakal dilahirkan.Bagi pemimpin-pemimpin Iranun yang lain....tunjuk ajar dan perhatian perlu diberikan supaya tunas-tunas ini membesar dan seterusnya memberikan faedah kepada masyarakat Iranun.

Salah satu ciri politik haprak, kotor dan menjijikkan ialah tidak suka melihat pencapaian seseorang dalam kerjaya politiknya. Pelbagai strategi kotor dan mengaibkan akan dirancang untuk menjatuhkan orang tersebut. Suasana politik ini, nampaknya mula menular dalam politik suku Iranun...perasaan dengki dan meragui sesorang yang ikhlas memperjuangkan bangsanya dilihat permulaan awal kepada fahaman haprak ini. Merasa bahawa '; sama ada masyarakat akan rugi sekiranya tidak memilih pemimpin yang dicadangkan...suatu persoalan yang dikategorikan sebagi 'meragui". Kerana secara lebih terbuka, saya berpendirian bahawa melontarkan permasalahan sebegitu tidak ada penghujungnya. Setiap orang dari kita mempunyai peranan tersendiri...Ketiadaan kita sedikit sebanyak..akan merugikan masyarakat kita. Mungkin kita merasakan bahawa peranan kita dalam masyarakat terlalu kecil, tetapi perlu diingat bahawa titis-titis air itu boleh memecahkan batu yang keras. kalau anda seorang cikgu, anda punya tanggungjawab dan peranan...kalau anak seorang ibu sekalipun, anda juga ada peranan...masyarakat akan rugi jika anda tidak ada!...

Jadi persoalannya kita semua ada peranan masing-masing..hanya cuma tinggal kita membuka minda dengan luas melihat pentingnya peranan kita itu....Perlu ada pertimbangan dan kejujuran.Bagi masyarakat Iranun...Ini hanya satu permulaan....dan tindakan seterusnya ialah ada pada anda..sama ada terus melabuhkan layar atau sebaliknya!..Kerana kapal tidak akan menunggu anda...berfikirlah!