Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!
1 comment:
ya..tepat sekali..letih sekali dgn semua isu2 yang berbangkit akhir2 ini..terlalu banyak yang menyebarkan berita2 yang memualkan..akhirnya rakyat juga yg menjadi mangsa..tak kira pihak kerajaan atau pembangkang..kalau Allah turunkan bala tidaklah IA memilih sesiapa lagi..semua sekali akan terkena akibat kemungkaran yg kita lakukan..
Post a Comment