Beberapa bulan yang lepas, blog Depu-depu telah memaparkan perihal kenyataan Datuk Rahman Dahlan, ahli parlimen Kota Belud mengenai projek belakan air bersih di pekan kota belud. Berita itu turut dipaparkan dalam blog Gempur Sabah. Dan apabila membaca coretan sdr Azrone yang terpampang dalam blognya "kaban Menteo" mengenai permasalahan penduduk kampung Kesapang dan sekitarnya yang dilaporkan menghadapi masalah mendapatkan bekalan air terawat, justeru mereka menggunakan telaga tiub yang airnya berlumpur dan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk, maka saya juga terfikir bahawa Ahli Parlimen itu melalui Pejabat Perhubungan perlu mengadakan kajian mengenai hal ini.
Adalah lebih baik mempunyai rekod kampung-kampung yang masih belum mempunyai bekalan air bersih. Antaranya ialah termasuklah kampung saya ,Kampung Tamau, Pintasan, Merabau dan sekitarnya seperti yang dipaparkan oleh Sdr Azrone.
KOTA BELUD: Lebih 300 penduduk Kampung Kesapang, di sini mahu Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Jabatan Kesihatan negeri membuat analisis tahap kebersihan air perigi tiub yang mereka gunakan, sama ada selamat atau sebaliknya.
Ini kerana mereka mendakwa kesan kekotoran air perigi berkenaan boleh dilihat pada lumut di bahagian dalam dan luar tangki air yang digunakan untuk menadah air perigi berkenaan.
Seorang penduduk Kampung Kesapang, Salam Gibang, 50, mendakwa air perigi berkenaan dari sumber Sungai Kesapang dan Sungai Tawadakan yang dikhuatiri dicemari racun serangga, baja pertanian dan najis ternakan menyebabkan keruh dan berkeladak.
Katanya, perigi tiub dibimbangi akan menyedut air di persekitaran termasuk dari dua sungai terbabit, selain dari saluran najis penduduk setempat.
Beliau berkata, sebab itulah penduduk mahu JBA dan Jabatan Kesihatan negeri membuat analisis tahap kebersihan air itu secepat mungkin demi kepentingan rakyat sejajar gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan .
"Sudah lama kami menanti bekalan air paip, malangnya batang paip ada sejak lebih 10 tahun lalu tetapi air tiada dan penduduk setempat hanya membayar `angin'," katanya.
Baru-baru ini, Seliu-liu melaporkan ada penduduk Kampung Kesapang, Labuan, Wakap, Tanjung Pasir, Tanjung Wakap dan Pintasan, di sini yang menghidap penyakit kulit dan tulang dipercayai kesan penggunaan air perigi tiub.
Perigi tiub beroperasi melalui kaedah menyedut air di bawah tanah dengan menggunakan generator. Air dari perigi berkenaan kemudian disalurkan ke tangki untuk simpanan mereka.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengumumkan Loji Pemprosesan Air Bersih Bayayat yang siap hujung tahun lalu dan Loji Pemprosesan Air Kota Belud yang baru dinaiktaraf sudah beroperasi sejak awal tahun ini dengan kemampuan membekalkan kapasiti 33 juta liter air sehari berbanding keperluan 30 juta liter sehari.
Seorang penduduk Kampung Wakap, Sain Suntoh, 48, turut mendakwa ada penduduk kampung itu yang menghidap penyakit kulit kerana menggunkan air perigi tiub, selain tangki turut berlumut di bahagian dalam dan luar.
Katanya, hampir semua penduduk menggunakan perigi tiub menghadapi masalah tangki berlumut termasuk di Kampung Labuan, Tanjung Wakap dan Tanjung Pasir.
Katanya, seperti penduduk Kampung Kesapang, mereka juga turut mahu JBA dan Jabatan Kesihatan negeri menganalisis air berkenaan sama ada boleh digunakan atau sebaliknya.
"Kami juga hairan kerana saluran paip di Kampung Wakap dan Labuan tiada air biarpun diuar-uarkan dua loji penapisan air di daerah ini mampu membekalkan air melebihi permintaan penduduk.
"Hujung tahun lalu, kami mendengar ia berpunca saluran paip bocor, namun setahun berlalu masalah itu gagal diatasi sehingga kami terpaksa bergantung kepada air yang dikhuatiri tahap kebesihannya yang mungkin menjejaskan kesihatan," katanya.

2 comments:
saudara depu-depu,
kalau soal paip dikampung dusun sudah beres oleh kerajaan, cuma dikg tamau sahaja tidak dipedulikan oleh kerajaan, saya difahamkan perkara ini berlaku disebabkan ketakutan pemimpin besar kepada hj.manshor dikampung tamau itu, bila saya tanya betul-betul kenapa hj.manshor ini ditakuti mereka menjawab para-para kaki dia besar, boleh bikin dayung kalau dayung perahu patah.................
Sdr Depu-depu..
Masalah air ini sudah lama berlaku..ramai yg menyifatkan itu sebagai kegagalan TSP dan DSSK tetapi bila mrk dijanjikan oleh pemimpin luar kemudian tidak ditunaikan mrk rasa itu lebih baik dari pemimpin yg dikatakan gagal itu..mcmana nak bawapembangunan di KB kalau mentaliti masyarakat sebegini..
Post a Comment