Saturday, February 19, 2011

LAGU IRANUN DAN NOSTALGIA KANAK-KANAK


saya masih ingat hingga sekarang lagu yang selalu saya nanyikan ketika zaman kanak-kanak, walaupun hingga kini saya belum tahu ertinya yang sebenar..dan setelah lebih 35 tahun, lagu ini saya perturunkan kepada anak-anak saya..walaupun mereka juga tidak fasih berbahasa Iranun, namun mereka suku menanyikan lagu ini...Bila mereka bertanyakan ertinya, saya hanya mampu tersenyum dan berkata..."papa pun tidak tahu maknanya"..

Sarabpi minurah
minurah barakatu
barakatu manusun
manusun dua ekog
dua ekog sapagi
pagi-pagi ah butai
tinimbuk ah butalai
tarungkup sa pekkuk.....

Wednesday, February 2, 2011

ADAKAH DOSA DAN PAHALA DALAM MENGUNDI PILIHANRAYA? Jawapan: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin




Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi. Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.

Zamani, Johor.

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Melalui demokrasi, rakyat dapat bersuara dan memilih orang yang mereka redha sebagai pemimpin. Pemimpin pula tidak begitu berani melakukan kezaliman dan penyelewengan disebabkan mereka tahu rakyat mempunyai hak dalam menentukan kedudukan mereka. Ini lebih baik dari sistem autocracy. Bahkan demokrasi yang adil akan lebih baik dari pentadbiran sesetengah para pemerintah dalam sejarah umat Islam pada zaman Umawiyyah, ‘Abbasiyyah dan selain mereka yang bersifat kuku besi dan bertindak tanpa menghormati hak rakyat. Untuk menjawab persoalan saudara tentang dosa dan pahala undian dalam pilihanraya, maka saya sebut perkara-perkara berikut;

1. Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.
2. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).
Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)
“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).
Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.
3. Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kalimat itu konteks demokrasi adalah undi dalam pilihanraya. Seseorang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.
4. Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).
Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.
5. Untuk menentukan kelayakan seseorang itu, maka secara umumnya hendaklah dilihat kepada dua ciri yang penting yang disebut oleh al-Quran al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa). Firman Allah: (maksudnya)
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
Dua ciri ini hendaklah dilihat dalam kerangka jawatan yang hendak diberikan. Jika jawatan itu membabitkan kewangan umpamanya, maka kemampuan dalam pengurusan kewangan dan digabungkan dengan nilai amanah dalam diri calon yang dilantik. Begitulah juga jawatan dalam bidang-bidang yang lain. Maka dilihat kemampuan calon dalam tanggungjawab yang hendak diberikan dan nilai amanah dalam dirinya.
6. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:
“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)
7. Ertinya, sebelum seseorang itu mengundi, dia hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman: (maksudnya)
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)
8. Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:
“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).
9. Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat.

Thursday, December 30, 2010

HARIMAU MALAYSIA


KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan bersedia untuk menyenaraikan skuad bola sepak dalam program Road to London 2012 berdasarkan kejayaan skuad Harimau Malaya merangkul kejuaran Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.



Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam waktu terdekat,



Jelas beliau, kementerian bersedia mempertimbangkan perkara tersebut setelah menyaksikan kebangkitan sukan bola sepak seperti menerusi kejayaan kelmarin dan prestasi membanggakan pada temasya Sukan SEA dan Asia lalu.




"Bagaimanapun, kita sedar pasukan yang memenangi Piala Suzuki semalam terdiri daripada pemain yang berusia 21, 22 malah ada yang berusia 19 tahun.





"Namun, dengan kejayaan itu, mengapa tidak (menyertakan sukan bola sepak dalam Road to London 2012)," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Pertunjukan Semua Seni Mempertahankan Diri (AMAEE) di sini, semalam.




AMAEE anjuran Kelab Putera 1Malaysia turut dihadiri Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.




Sementara itu, Ahmad Shabery menjelaskan penggunaan nama Harimau Malaya pada skuad bola sepak kebangsaan dipercayai berasal daripada nama saintifik spesies harimau itu yang terdapat di negara ini.





Justeru katanya, ia sama seperti penggunaan nama Harimau Bengaal di India ataupun Kucing Parsi atau Kucing Siam di negara lain.




"Bagaimanapun Kementerian sedia membincangkan perkara itu dengan pihak berkenaan bagi menjaga sensitiviti semua rakyat di negara ini," katanya.




Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim mahu penggunaan gelaran Harimau Malaya untuk skuad bola sepak kebangsaan ditukar kepada Harimau Malaysia, bagi memelihara aspirasi negara dan semangat 1Malaysia.

Monday, November 29, 2010

DATUK SHAFIE APDAL : BN TIDAK JANJI KOSONG


Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berjanji kosong dan sebagai bukti ia terus meningkatkan kemudahan asas di luar bandar khasnya di Sarawak, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.



"Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membangunkan kemudahan asas seperti kemudahan jalan raya, elektrik dan air di kawasan luar bandar termasuk di rumah-rumah panjang di Sarawak.



"Kita (BN) tidak pernah janji kosong, kita akan terus melaksana projek pembangunan infrastruktur untuk rakyat di luar bandar termasuk mereka di rumah-rumah panjang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya di sini Isnin.



Shafie berkata setakat tahun ini 60 kilometer jalan luar bandar telah disiapkan, 100 kilometer lagi masih dalam pembinaan daripada keseluruhan 224 kilometer jalan luar bandar yang akan dibina di seluruh Sarawak.



Menurutnya projek yang masih belum dapat disiapkan tahun ini kerana faktor cuaca akan disambung pada tahun depan.

Sunday, November 21, 2010

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA


Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.



Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!


Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Saturday, November 20, 2010

RAMAI GURU TIDAKPUAS HATI DENGAN ELAUN PERUMAHAN


Ramai guru tidak puas hati elaun perumahanPDFPrintE-mail
TAMBUNAN: Ramai yang ditemui khususnya guru yang berkhidmat di Sabah berasa tidak puas hati dengan elaun perumahan yang diberikan oleh kerajaan berbanding dengan elaun sama yang diterima oleh rakan-rakan sejawat mereka dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Seorang guru sekolah menengah yang enggan namanya didedahkan memberitahu Utusan Borneo bahawa elaun perumahan yang diterima terlalu rendah dan ianya perlu dikaji semula atau diseragam, sejajar kos sewa rumah masa kini yang mencecah antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.

“Beban sewa rumah amat terasa bagi mereka yang telah mendirikan rumah di tanah sendiri tetapi ditukarkan ke tempat yang jauh dan tidak disediakan rumah,” katanya.

“Perbezaan yang begitu besar ini patut tidak berlaku lagi dalam konsep 1Malaysia agar perasaan diskriminasi tidak wujud antara kakitangan dalam kementerian yang sama,” kata seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah.

“Elaun perumahan yang diberikan memang tidak seimbang dan praktikal jika diambil kira kos sara hidup yang jauh berbeza antara Sabah dengan Semenanjung atau Sarawak,” kata seorang guru sekolah jenis kerajaan di sini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Cawangan Sabah, Adun Mantigi berasa kesal disebabkan perkara tersebut telah banyak kali dikemukakan dalam surat khabar tetapi tiada tindakan positif diambil oleh kerajaan.

“Adakah ini yang dimaksudkan Sabah 'simpanan tetap' Barisan Nasional?”, katanya menambah bahawa rakyat Sabah perlu mempertahankan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang patut diberi layanan yang berpatutan atau sama rata.

Adakah kerajaan menggunakan integrasi nasional sebagai alasan memberikan guru-guru Semenanjung Malaysia dan Sarawak hidup senang di Sabah, dan ini tidak adil bagi kakitangan yang bertugas dalam satu kementerian?, soalnya yang berasa kecewa dengan perkara ini.

TEGURAN BUAT BLOGGER IRANUN


Saya tertarik dengan penulisan seorang blogger kota belud yang menyampaikan mesej Tan Sri Pandikar Amin kepada para blogger Iranun di daerah kota Belud. Penulisan itu boleh diikuti melalui

Mendalami bahasa irranun bagi saya sukar juga untuk menterjemahkan apa yang cuba di sampaikan oleh YDP speaker dewan rakyat ini kepada sebahagian bangsa nya yang di katakan menentang akan perjuangan nya dahulu dan sekarang. memperisterikan seorang wanita irranun memudahkan saya mencari dan memahami erti dan mesej yang cuba di sampaikan oleh TSPA kepada bangsa nya itu. bagi saya ini adalah mesej penting yang perlu di ambil berat oleh bangsa irranun kepada pemimpin bangsa seperti TSPA untuk kelansungan menyokong terus akan perjuangan bangsa.



Salam, sekanu a manga'datu agu manga Pandikar,

Inun bes giaya a Iranun aya bangsa a igkaguad a bangsa a salakau ka dapai su pagarih yan ig'kaguad yan.

Ilaian yu man su kabara akal yu, gini a sarita yu aya a pegkabatia a langun a bangsa a pembantai sa langun eng'gu'la'ula'an a pamimpin a Iranun, i sabaut iran na mang'a lalung tanu a mang'a Iranun.

Kagia mang'a warau agu mang'a rarang'it ba a mang'a Iranun aya a, inu da a mang'a akal tanu. Mata'tampar rikitanu su ka'pamunu tanu.

Dapai su ta'i a manuk pedtidau'un tanu.

Ilai'en yu man a ka'lala'lungan tanu. Yang sa benar yan kena aki si Pandikar i sateruu tanu. Sekaian anan rampii tanu. Ya tanu sa'teruu su tauu a lain.

Na, edtaruu an yu ku raken, antuna i pandapat yu sa kaputusan a pilihan raya sa Tampasuk giya a babagu utu. Kena langun a kaban a undi a Iranun tumiaban ruun su pembangkang - calon yu a manga Iranun. Maana yan, na mitimu agu mia'isa den su Iranun, tapi kainu su Calon a Iranun tiaban? Sabab yan na madakel aki su bangsa a lain.

Gianan man aki i pikiren tanu!.

Y la. Tagu en tanu lah, ma isa-isa tanu, i puru tanu su sa katau a wata a Iranun a bagu sa parti a UMNO. Tapi paka idsa aku. Majamin tanu bahawa si aki utu mapilii a calon a UMNO?

Dapai man su katurunan i Tun Mustapha agu si DSSK a bagas a Ketua Manteri biunuh a politik yan a sateruu u bangsa yu.

Si Pandikar pen i makagaus!

O'gaid ayau tanu den pakalendu'en su sarita. Amai ka manga'warau kanu (ka manga'a ngaran yu aya na tanan den a mang'a pandikar) edtutuna tanu aki. Bitiara'an tanu su kapiyaan.

Talau aku man aya atau, tapi kun mipipantag ku kapiya'an a bangsa, dapai atuna i manusia a peg'kan sataau karawan ku edtuna.

O'gaid mautu den o manga'datu ku. ebpagapa'an eken su sembang yu.

Na, pananalamat en tanu su kapia'an a bangsa.

Salam,

Su pagarih yu a malaa i tindeg sa bangsa.

Pa'Min

Friday, November 19, 2010

TAWARAN SEKS DAN POLITIK


BERLIN – Seorang pengacara televisyen Jerman dan aktivis anti nuklear, Charlotte Roche menawarkan diri untuk melakukan hubungan seks dengan Presiden negaranya yang sudah beristeri jika undang-undang kontroversi untuk melanjutkan jangka hayat 17 reaktor nuklear Jerman dimansuhkan, lapor sebuah akhbar.


Pengacara berusia 32 tahun yang pernah menerima anugerah tertinggi kewartawanan Jerman itu berkata, dia bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan Presiden Jerman, Christian Wulff jika beliau berjaya menghalang pelaksanaan undang-undang tersebut.“Saya menawarkan untuk tidur bersamanya jika dia tidak menandatangani undang-undang itu,” kata Roche dalam satu temu bual dengan majalah Der Spiegel.


Wanita itu menyatakan, beliau telah berbincang mengenai perkara ini dengan suaminya yang tidak menghalang tawaran tersebut. "Suami saya telah menyetujuinya. Tinggal urusan first lady iaitu Bettina isteri kepada Presiden Jerman saja sekarang," ujarnya menunjukkan kemantapan keputusannya.


Peruntukan undang-undang untuk memanjangkan hayat 17 buah reaktor nuklear yang berusia lebih 12 tahun itu sepatutnya berakhir pada tahun 2020. Undang-undang itu diwujudkan oleh pentadbiran terdahulu dan diluluskan oleh dewan rendah Parlimen Jerman, Bundestag seminggu lalu.


Namun, pemerintah memutuskan bahawa undang-undang baru itu tidak memerlukan kelulusan dewan tertinggi, Bundesrat, dan ia hanya memerlukan tandatangan Wulff untuk disahkan sebagai undang-undang. Roche menjadi popular di Jerman selepas beliau muncul buat kali pertama pada 1988 di televisyen.
Beliau menjadi penganjur tunjuk perasaan bagi menentang pemindahan 123 tan sisa buangan radioaktif dengan menggunakan kereta api di utara Jerman pada minggu lalu.


Apa dah nak jadi? Adakah ini lambang kemodenan hidup seorang yang bernama manusia. Kalaulah zaman dahulu-kala adanya persembahan wanita kepada Gunung Berapi, Sungai Nil, Lembah Puaka dan sebagainya dengan alasaan ianya sebagai korban demi kesejahteraan rakyat semua atau demi mengelak daripada ditimpa bencana. Bagi mereka tempat-tempat demikian sebagai pemilik kuasa yang perlu diberi sembahan korban setiap tahun.

Raja-raja atau pemimpin dahulu-kala juga diberi persembahan wanita cantik bagi memenuhi kebuasan nafsu mereka demi kesejahteraan hidup dengan pangkat dan kemewahan.


Di zaman jahiliyyah Mekah dahulu sebelum diutuskan Rasulullah Saw, penduduk jahiliyyah menganggap wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat semata. wanita hanyalah sebagai barang dagangan yang dapat dijual beli. Mereka tidak memiliki hak peribadi mahupun hak sosial termasuklah hak untuk mewarisi. Sebab itulah mereka sanggup membunuh anak perempuaan mereka hidup-hidup kerana menganggap kelahiran anak wanita itu sial.

Sistem perkahwinan yang berlangsung adalah tidak adil dan tidak didasarkan kepada sesuatu hukum. Tiadanya had bilangan isteri yang boleh dikahwini. Jika dia diceraikan, maka sah bagi putera suaminya untuk mengahwininya.. Jika suaminya mati, penggantinya boleh mengambil hak atas wanita seperti barang-barang lainnya, dan menyatakan pemilik wanita itu dengan melemparkan tudung ke kepalanya.

Antara jenis-jenis perkahwinan di zaman jahiliyyah apabila Si suami berkata kepada isterinya, bila si isteri itu suci dari haidnya “Pergilah engkau kepada si anu dan ambillah keturunannya”, lalu si suami itu tidak mensetubuhi isterinya itu sehingga didapatinya bahawa si isteri itu telah mengandung hasil perhubungan jenis dengan orang yang disuruh ambil keturunannya itu. Dan bila nyata bahawa si isteri telah benar-benar mengandung barulah si suami itu mensetubuhi isterinya itu semula. Perkahwinan jenis ini dinamakan ‘kahwin mencari anak pintar’. Kebiasaanya lelaki yang hendak diambil bakanya itu adalah pemimpin-pemimpin mereka. Wanita dianggap seperti lembu atau kambing untuk dikacuk mengambil baka.

Sehingga datanglah islam yang meletakkan nilai dan tamaddun manusia selayaknya sebagai khalifah Allah diatas mukabumi ini. Adanya adab. Adanya akhlak. Adanya batas sempadan yang membezakan antara manusia dan haiwan.
“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan auratnya, kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) … ” Surah An Nur:31.

Amat heran kini apabila manusia kini berpusing semula ke era kegelapan dan jahiliyyah. Hidup kembali sebagai status binatang. Mereka menjadikan hawa nafsu dan syahwat sebagai pedoman. Mengamalkan seks bebas, bertukar-tukar suami dan isteri, pelacuraan yang diurus oleh suami yang menjadi bapak ayam, adanya penjualan sperma dan Bank Mani untuk baka pilihan, adanya ibu tumpang, pembuangan bayi dan sebagainya.

Inilah tanda-tanda kiamat. Amat malang apabila persoalan ini dilontarkan, adanya individu muslim berkata… biasalah tu!!!