Saturday, November 20, 2010

RAMAI GURU TIDAKPUAS HATI DENGAN ELAUN PERUMAHAN


Ramai guru tidak puas hati elaun perumahanPDFPrintE-mail
TAMBUNAN: Ramai yang ditemui khususnya guru yang berkhidmat di Sabah berasa tidak puas hati dengan elaun perumahan yang diberikan oleh kerajaan berbanding dengan elaun sama yang diterima oleh rakan-rakan sejawat mereka dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Seorang guru sekolah menengah yang enggan namanya didedahkan memberitahu Utusan Borneo bahawa elaun perumahan yang diterima terlalu rendah dan ianya perlu dikaji semula atau diseragam, sejajar kos sewa rumah masa kini yang mencecah antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.

“Beban sewa rumah amat terasa bagi mereka yang telah mendirikan rumah di tanah sendiri tetapi ditukarkan ke tempat yang jauh dan tidak disediakan rumah,” katanya.

“Perbezaan yang begitu besar ini patut tidak berlaku lagi dalam konsep 1Malaysia agar perasaan diskriminasi tidak wujud antara kakitangan dalam kementerian yang sama,” kata seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah.

“Elaun perumahan yang diberikan memang tidak seimbang dan praktikal jika diambil kira kos sara hidup yang jauh berbeza antara Sabah dengan Semenanjung atau Sarawak,” kata seorang guru sekolah jenis kerajaan di sini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Cawangan Sabah, Adun Mantigi berasa kesal disebabkan perkara tersebut telah banyak kali dikemukakan dalam surat khabar tetapi tiada tindakan positif diambil oleh kerajaan.

“Adakah ini yang dimaksudkan Sabah 'simpanan tetap' Barisan Nasional?”, katanya menambah bahawa rakyat Sabah perlu mempertahankan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang patut diberi layanan yang berpatutan atau sama rata.

Adakah kerajaan menggunakan integrasi nasional sebagai alasan memberikan guru-guru Semenanjung Malaysia dan Sarawak hidup senang di Sabah, dan ini tidak adil bagi kakitangan yang bertugas dalam satu kementerian?, soalnya yang berasa kecewa dengan perkara ini.

No comments: