Wednesday, July 23, 2014

TRAGEDI MH17 DUGAAN PALING BESAR







Berita sedih ini benar2 memberi tamparan hebat kepada rakyat Malaysia terutamanya Perdana Menteri kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kisah pesawat MH370 yang hilang pada 4 bulan yang lalu masih lagi diperbincangkan, kini timbul pula isu baru. Yang menyedihkan, khabarnya pesawat terbabit telah ditembak jatuh oleh pemberontak. Memang tak boleh diterima, kerana perbalahan antara Ukraine dan Russia, tapi Malaysia yang menjadi mangsa. Konon2nya Malaysia bukan sasaran mereka tetapi pesawat Russia tetapi pesawat Malysia berada di waktu yang salah, maka beginilah jadinya.......

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak segenap lapisan masyarakat supaya bersatu sebagai rakyat Malaysia dalam menangani ujian di sebalik tragedi nahas pesawat MH17.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekarang adalah masa yang tepat untuk membuktikan rakyat Malaysia bersatu padu bukannya bertelagah dan menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Kita telah mengharungi pelbagai ujian dan detik sukar sebelum ini. Marilah kita bersatu sebagai rakyat Malaysia dalam menangani ujian besar seperti ini.

"Serangan ke atas pesawat Malaysian Airlines (MAS) penerbangan MH17 bukan hanya serangan atau tindakan ganas terhadap Malaysia. Ia adalah serangan ke atas kemanusiaan dan kepada semua yang cintakan kedamaian," katanya dalam kenyataan di sini.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal disahkan terhempas di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Jumaat berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 telah ditembak jatuh.

Sambil merakamkan rasa simpati dan takziah kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal, Muhyiddin berharap pihak yang bertanggungjawab dapat segera dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman paling berat atas jenayah yang dilakukan.

Timbalan perdana menteri turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan Malaysia akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negara berkaitan serta agensi antarabangsa bagi membantu siasatan insiden itu.

"Dunia mahukan jawapan dan tindakan, tidak kira apa kosnya dan berapa lama usaha dan kudrat yang diperlukan, kita mahu dunia bersama kita bertindak dengan jelas dan tegas untuk membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan," katanya.

Kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal, Muhyiddin berharap mereka tabah mengharungi ujian itu sambil meminta rakyat Malaysia turut sama berkongsi kesedihan dan kepiluan keluarga mangsa.

Menurutnya kesedihan dan keperitan yang dirasai keluarga, waris dan rakan penumpang dan anak kapal MH17 adalah amat berat untuk dipikul sehingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

"Saya ucapkan takziah kepada anggota keluarga serta waris penumpang dan anak kapal. Saya pasti kerajaan dan rakyat negara ini akan bersama-sama membantu mereka dengan apa cara sekalipun dalam mengharungi pahit getir ini," katanya.

Daripada 298 penumpang MH17, seramai 43 orang adalah warganegara Malaysia. -








Ini peluru berpandu yang dikatakan telah menembak jatuh pesawat MH17






























Mereka yang bersikap biadap






Ini sudah pasti meruntun jiwa seorang ibu yang tidak sabar menanti insan tersayang pulang ke pangkuan untuk bersama2 meraikan Aidilfitri tidak lama lagi. Semoga ibu ini sabar dan redha dengan ketentuan Illahi......

No comments: