Dalam kehidupan moden yang mencabar hari ini, kita tidak dapat lari dari menghadapi tekanan atau stress. Ini sedikit sebanyak memberi impak besar dalam kehidupan harian kita. Stress bukan sahaja melibatkan emosi dan ketenangan tetapi juga boleh menyebabkan penyakit kronik seperti strok dan serangan jantung. Berikut adalah tips untuk menangani stress.
TIPS- TIPS MUDAH MENANGANI STRESS
1) Teknik Pernafasan
Apabila menghadapi stress secara tiba-tiba atau mendadak, pertama sekali haruslah bertenang dan berkata "Rileks" pada diri sendiri. Kemudian melakukan pernafasan 5-3-8. tarik nafas dalam kiraan 5, tahan nafas dalam kiraan 3 dan lepas nafas dari mulut perlahan-lahan dalam kiraan 8. Lakukan tiga kali sehingga anda berasa lega. Seterusnya minum segelas air kosong.
2) Teknik Shiatsu ( Self Massage)
Teknik ini mudah dilakukan di mana-mana sekiranya tahap stress anda mula memberi kesan ketegangan kepada sistem biologi badan anda. Anda mula berasa pening, badan rasa lemah, tidak bermaya dan terasa penat. Gunakan jari-jemari anda dan letakkan di atas kepala dan ramas di atas ubun-ubun kepala untuk melegakan di bahagian kepala. Seterusnya gunakan jari-jemari anda dan pusing kedua-dua tangan ke tempat leher belakang anda dan tekan di bahagian poin seperti gambarajah di bawah. Buat beberapa kali hingga anda berasa sedikit lega.
3) Pemusatan Tumpuan (Imagery Technique + Self Talk)
Teknik ini adalah bagi melegakan pemikiran yang berserabut dan terlalu banyak berfikir yang menjadi punca tekanan berlaku. Pejamkan mata anda, dan tarik nafas dengan menggunakan kaedah 5-3-8. Seterusnya beri arahan kepada minda tanpa berkata-kata. Contohnya “ saya seorang yang cekap dan bagus. Saya tidak perlu stress atau takut dengan bermacam-macam perkara. Sekarang saya nak balik rumah dan tenangkan fikiran. Keluarga sedang menunggu dengan perasaan gembira. Jadi saya perlu luangkan masa dengan mereka dengan hati yang ikhlas dan penuh ceria. Saya boleh lakukan!’ buka mata dan teruskan apa yang diarah tadi.
4) Pemakanan dan Senaman yang seimbang
Banyakkan meminum air kosong setiap hari. Menurut pakar diet dan pemakanan, satu liter air diperlukan bagi setiap 20 kg berat manusia. Jadi sekiranya berat anda 60 kg badan yang ideal memerlukan 3 liter air sehari untuk berfungsi dengan baik dan jauh dari penyakit. Vitamin C dari Buah Oren amat baik untuk mengurangkan serotonin dalam badan yang memberi tekanan kepada saraf-saraf dan hormon dalam badan. Banyak memakan buah-buahan segar yang mengandungi zink, magnesium dan B complex. Bersenamlah mengikut kemampuan diri, tahap umur dan kesihatan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu seperti berjalan kaki, menaiki tangga dan berbasikal.
No comments:
Post a Comment