Friday, March 15, 2013

GURU HINA PASUKAN KESELAMATAN DI TAHAN



Seorang guru di Kelantan ditahan polis pada pukul 7 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh kerana menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, suspek yang mengajar Pendidikan Seni di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini ditahan di bawah Seksyen 4 (1) (a), Akta Hasutan.

"Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 37 tahun itu mengaku mempunyai penyakit mental tetapi sudah lebih lima bulan tidak makan ubat.

"Dia juga pernah ditahan dua kali sebelum ini atas kesalahan membuat kecoh di tempat awam," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, kali terakhir suspek ditahan polis adalah pada tahun 2009 kerana mengamuk dan mengganggu ketenteraman awam.

Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut.

No comments: