Tuesday, October 25, 2011

ORANG KOTA BELUD MAHU JADI YB DAN DAPATKAN PROJEK


MAJLIS hariraya seharusnya acara bersilaturahim antara sesama warga, samada antara rakyat biasa, antara pemimpin atau pemimpin dengan pemimpin. Namun, setiap acara jika tiada ucapan, rasanya sesuatu majlis tidak sempurna.



Demikian juga pada satu majlis Hariraya yang berlangsung di Kota Belud, seminggu selepas semua umat islam selamat berjamaah di seluruh masjid dan surau bersembayang dua rakaat sunat idul fitri.Dalam majlis tersebut, seorang pemimpin diminta berucap sempena majlis tersebut; isinya adalah; "Orang Kota Belud hanya ada dua cita-cita: Mahu menjadi wakil rakyat dan atau mencari projek daripada kerajaan".


Sepintas lalu, apa yang dikatakan pemimpin itu adalah benar, kerana untuk menjadi kaya cepat, maka apabila menjadi wakil rakyat atau mendapat projek daripada kerajaan. Persepsi apabila menjadi YB maka akan jadi kaya, mempunyai bukti yang nyata, demikian juga mereka yang mendapat projek, dengan cepat status meningkat.



Sebenarnya untuk menjadi kaya, bukannya apabila menjadi Yang Berhormat atau mendapat projek; yang menjadikan orang cepat kaya adalah apabila peluang perniagaan terbuka luas. Sebagai contoh, kebanyakkan mereka yang kaya di pekan-pekan atau bandar-bandar, bukan kerana mereka itu menjadi wakil rakyat atau mendapat projek, akan tetapi melalui peluang perniagaan yang ada tersedia. Peluang perniangaan akan mudah tersedia, apabila ada permintaan, ertinya penduduk atau rakyat mempunyai wang sehingga dayabeli rakyat kuat.Tugas kerajaan melalui pemimpinnya adalah bagaimana mencipta agar rakyat mempunyai wang. Atas sebab itu, infrastruktur yang mengarah kepada peluang perlu disediakan. Syarikat swasta tidak mampu mengadakannya, apatah lagi rakyat biasa.


Di Kota Belud misalnya, apabila infrastruktur yang mendukung agar penduduknya dapat menguasakan tanah pertanian mereka dengan mudah tersedia, maka dengan sendirinya boleh melahirkan peluang-peluang yang membolehkan enterprenur cepat kaya. Ini tidak, penduduk terpaksa membiarkan tanah pertanian mereka tidak produktif, atas sebab infra yang tidak tersedia.Kerana sifat homogen antara penduduk demikian, maka apabila ada seorang yang terpilih menjadi wakil rakyat, kemudian tiba-tiba jadi kaya atau ada seorang yang mendapat projek; kemudian jadi kaya, maka, sifat homogen itu menjadi cita-cita oleh setiap orang yang menganggap dirinya berpotensi.




Sebenarnya bukan silap mereka yang berpotensi itu, akan tetapi naluri manusia pada tempat itu adalah demikian. Mereka tiada pilihan, melainkan mesti jadi YB atau dapat projek untuk jadi kaya, kerana peluang lain masih tertutup.Yang boleh membuka peluang adalah kerajaan, kerana kerajaan mempunyai wang. Namun, kerajaan tidak akan dapat membuka peluang, jika pemimpin tempatan tidak mempunyai visi dan perancangan. Rakyat tidak boleh berharap pada kakitangan kerajaan untuk membuka peluang, kerana sifat mereka yang terbiasa dengan arahan "Top-bottom"; jarang yang berfikiran "bottom-up" approach; kerana keterhadan mereka dalam merancang.


Berasaskan senario di atas, atas sebab itu, Kota Belud mempunyai senarai rakyat yang miskin, malah untuk kategori miskin tegar, Kota Belud adalah pemegang piala.Sepatutnya Kota Belud tidak perlu berada dalam kategori daerah miskin, jika perancangan pembangunan yang berupa infra telah dibuat oleh para pemimpin tempatan.Apa kurangnya Kota Belud? Kota Belud pernah melahirkan tiga orang Ketua Menteri Sabah, menteri-menteri termasuk menteri kewangan, pertanian dan Kerjaraya. Malah Kota Belud, melahirkan pemimpin nasional, termasuk menteri di peringkat persekutuan.Dimana silapnya? pertama-kononya penduduk Kota Belud sukar diatur, kedua faktor kemiskinan adalah Bank Votes semasa pilihanraya.



Terlalu sukar memerlihara jati diri dan pendirian semasa pilihanraya, apabila 99 peratus dalam benak pemilih adalah periuk nasi. Para pemimpin veteran atau yang sedang naik,telah terpahat dibenak mereka, bahawa siapapun boleh mereka takluki semasa pilihanraya, dengan kekuatan wang. Atas sebab itu, selama sepenggal digunakan oleh para pemimpin itu untuk mengumpul wang untuk digunakan semasa pilihanraya.Atas faktor apa mereka boleh berjaya mendapat undi melalui wang? atas sebab faktor kemisikinan.



Cuba bayangkan, jika N.7 Tempasuk, N.8 Usukan dan N. Kedamaian atau P.169 Kota Belud itu, berada di Wilayah Kuala Lumpur, bertimbunpun wang ringgit ditaburkan, apabila parti atau calon itu tidak disukai, pasti akan kalah.Akibat faktor kemiskinanlah, maka Kota Belud, hingga kini merupakan bank votes parti dan pemimpin tertentu.Kapan kah penduduk Kota Belud boleh merdeka semasa pilihanraya? jawabnya apabila penduduk Kota Belud mempunyai sumber pendapatan yang mapan.


Faktor inilah yang sebenarnya menakutkan para pemimpin Kota Belud, atas sebab itu mereka bangga apabila Kota Belud terus miskin. Fikir-fikirkan lah.

p/S : ADA KEBENARANNYA APA YANG DITULIS OLEH BLOGGER INI.

No comments: