Tuesday, October 25, 2011

ORANG KOTA BELUD MAHU JADI YB DAN DAPATKAN PROJEK


MAJLIS hariraya seharusnya acara bersilaturahim antara sesama warga, samada antara rakyat biasa, antara pemimpin atau pemimpin dengan pemimpin. Namun, setiap acara jika tiada ucapan, rasanya sesuatu majlis tidak sempurna.



Demikian juga pada satu majlis Hariraya yang berlangsung di Kota Belud, seminggu selepas semua umat islam selamat berjamaah di seluruh masjid dan surau bersembayang dua rakaat sunat idul fitri.Dalam majlis tersebut, seorang pemimpin diminta berucap sempena majlis tersebut; isinya adalah; "Orang Kota Belud hanya ada dua cita-cita: Mahu menjadi wakil rakyat dan atau mencari projek daripada kerajaan".


Sepintas lalu, apa yang dikatakan pemimpin itu adalah benar, kerana untuk menjadi kaya cepat, maka apabila menjadi wakil rakyat atau mendapat projek daripada kerajaan. Persepsi apabila menjadi YB maka akan jadi kaya, mempunyai bukti yang nyata, demikian juga mereka yang mendapat projek, dengan cepat status meningkat.



Sebenarnya untuk menjadi kaya, bukannya apabila menjadi Yang Berhormat atau mendapat projek; yang menjadikan orang cepat kaya adalah apabila peluang perniagaan terbuka luas. Sebagai contoh, kebanyakkan mereka yang kaya di pekan-pekan atau bandar-bandar, bukan kerana mereka itu menjadi wakil rakyat atau mendapat projek, akan tetapi melalui peluang perniagaan yang ada tersedia. Peluang perniangaan akan mudah tersedia, apabila ada permintaan, ertinya penduduk atau rakyat mempunyai wang sehingga dayabeli rakyat kuat.Tugas kerajaan melalui pemimpinnya adalah bagaimana mencipta agar rakyat mempunyai wang. Atas sebab itu, infrastruktur yang mengarah kepada peluang perlu disediakan. Syarikat swasta tidak mampu mengadakannya, apatah lagi rakyat biasa.


Di Kota Belud misalnya, apabila infrastruktur yang mendukung agar penduduknya dapat menguasakan tanah pertanian mereka dengan mudah tersedia, maka dengan sendirinya boleh melahirkan peluang-peluang yang membolehkan enterprenur cepat kaya. Ini tidak, penduduk terpaksa membiarkan tanah pertanian mereka tidak produktif, atas sebab infra yang tidak tersedia.Kerana sifat homogen antara penduduk demikian, maka apabila ada seorang yang terpilih menjadi wakil rakyat, kemudian tiba-tiba jadi kaya atau ada seorang yang mendapat projek; kemudian jadi kaya, maka, sifat homogen itu menjadi cita-cita oleh setiap orang yang menganggap dirinya berpotensi.




Sebenarnya bukan silap mereka yang berpotensi itu, akan tetapi naluri manusia pada tempat itu adalah demikian. Mereka tiada pilihan, melainkan mesti jadi YB atau dapat projek untuk jadi kaya, kerana peluang lain masih tertutup.Yang boleh membuka peluang adalah kerajaan, kerana kerajaan mempunyai wang. Namun, kerajaan tidak akan dapat membuka peluang, jika pemimpin tempatan tidak mempunyai visi dan perancangan. Rakyat tidak boleh berharap pada kakitangan kerajaan untuk membuka peluang, kerana sifat mereka yang terbiasa dengan arahan "Top-bottom"; jarang yang berfikiran "bottom-up" approach; kerana keterhadan mereka dalam merancang.


Berasaskan senario di atas, atas sebab itu, Kota Belud mempunyai senarai rakyat yang miskin, malah untuk kategori miskin tegar, Kota Belud adalah pemegang piala.Sepatutnya Kota Belud tidak perlu berada dalam kategori daerah miskin, jika perancangan pembangunan yang berupa infra telah dibuat oleh para pemimpin tempatan.Apa kurangnya Kota Belud? Kota Belud pernah melahirkan tiga orang Ketua Menteri Sabah, menteri-menteri termasuk menteri kewangan, pertanian dan Kerjaraya. Malah Kota Belud, melahirkan pemimpin nasional, termasuk menteri di peringkat persekutuan.Dimana silapnya? pertama-kononya penduduk Kota Belud sukar diatur, kedua faktor kemiskinan adalah Bank Votes semasa pilihanraya.



Terlalu sukar memerlihara jati diri dan pendirian semasa pilihanraya, apabila 99 peratus dalam benak pemilih adalah periuk nasi. Para pemimpin veteran atau yang sedang naik,telah terpahat dibenak mereka, bahawa siapapun boleh mereka takluki semasa pilihanraya, dengan kekuatan wang. Atas sebab itu, selama sepenggal digunakan oleh para pemimpin itu untuk mengumpul wang untuk digunakan semasa pilihanraya.Atas faktor apa mereka boleh berjaya mendapat undi melalui wang? atas sebab faktor kemisikinan.



Cuba bayangkan, jika N.7 Tempasuk, N.8 Usukan dan N. Kedamaian atau P.169 Kota Belud itu, berada di Wilayah Kuala Lumpur, bertimbunpun wang ringgit ditaburkan, apabila parti atau calon itu tidak disukai, pasti akan kalah.Akibat faktor kemiskinanlah, maka Kota Belud, hingga kini merupakan bank votes parti dan pemimpin tertentu.Kapan kah penduduk Kota Belud boleh merdeka semasa pilihanraya? jawabnya apabila penduduk Kota Belud mempunyai sumber pendapatan yang mapan.


Faktor inilah yang sebenarnya menakutkan para pemimpin Kota Belud, atas sebab itu mereka bangga apabila Kota Belud terus miskin. Fikir-fikirkan lah.

p/S : ADA KEBENARANNYA APA YANG DITULIS OLEH BLOGGER INI.

PENAWAR KANSER TAHAP LEWAT DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Terdapat harapan baru untuk pesakit kanser di Malaysia.

Sebuah vaksin yang terkenal bagi merawat kanser tahap lewat hampir semua jenis kanser kecuali leukemia kini diperolehi di negara ini.

Vaksin Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV), yang hanya didapati di Jepun sebelum ini, mampu memusnahkan sarang sel mikroskop dan kecil, sekali gus mencegah sebarang serangan kanser berulang.

Vaksin tersebut ditemui pada 2005 oleh pakar perubatan dan penyelidik Jepun, Dr Kenichiro Hasumi dan HITV merupakan imunoterapi yang menghasilkan sel aktif pesakit sendiri bagi metastatik atau pesakit tahap lewat kanser.

Ia berdasarkan imunologi yang dihasilkan secara semula jadi oleh sistem keimunan manusia dan kemampuan mudah suai bagi memerangi penyakit.

Dr Hasumi, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyelidikan Antarabangsa Hasumi di Amerika Syarikat, telah mengabdikan lebih 40 tahun hidupnya untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.

Bercakap pada sidang media di sini Isnin, Dr Hasumi berkata terapi itu bersama kombinasi radioterapi amat berkesan bagi pesakit yang menderita kanser tahap lewat.

"Penggunaan TomoTherapy (sejenis terapi radiasi) adalah penting dalam protokol ini. Ia boleh mensasar dengan tepat kanser tumor dalam satu sapuan manakala mengurangkan pendedahan radiasi kepada tisu-tisu sekitarnya," katanya.

Rawatan itu termasuk tuaian sel imun dari pesakit, mengkulturnya dalam makmal supaya menjadi sel dendrit, sel yang mempunyai cabang-cabang unjuran badan sel dan kemudian memasukkan semula ke badan pesakit menerusi suntikan ke dalam tumor.

Rawatan HITV mengambil masa kira-kira tiga minggu dengan 10 hari daripadanya merupakan rawatan sebenar.

Selepas rawatan itu, pesakit berkenaan kemudian diperiksa dengan imbasan PET-CT secara berskala bagi memantau rosot kembali kanser.

Ketika rawatan itu hanya diperolehi di Jepun, seramai sembilan pesakit Malaysia yang menderita kanser tahap lewat pelbagai jenis kanser mengambil keputusan untuk mencuba rawatan itu.

Lima daripada mereka telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sepenuhnya.

Mereka termasuk Goh Sai Wah, 58, seorang bukan perokok yang dikesan menghadapi kanser paru-paru tahap lewat dengan merebak ke bahagian tulang belakang dan tulang pada Mei tahun lepas.

Beliau menjalani terapi HITV di Jepun pada 30 Okt tahun lepas dan dalam pemeriksaan susulan enam minggu kemudian, hampir kesemua sel kanser telah hilang.

Kini, selepas 365 hari kemudian, wanita itu masih hidup dan sihat.

Dr Hasumi berkata oleh kerana kanser tahap lewat adalah tahap yang amat sukar untuk dipulihkan, beliau berharap pada masa depan, terdapat inovasi untuk menyembuhkan kanser tahap awal.

Rawatan terapi HITV di Jepun memerlukan kos kira-kira RM200,000 dan sekiranya di Malaysia, ia hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM150,000. Rawatan terapi itu kini diperolehi di Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru tetapi pengamal perubatan kini sedang rancak mencuba untuk memperkenalkan HITV di semua hospital di Lembah Klang dalam usaha memberi harapan baru kepada pesakit kanser tahap lewat.

LAPORAN AUDIT NEGARA 2010


Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 oleh Tan Sri Amrin Buang telah didedahkan kepada umum. Kebiasaan integriti Laporan Ketua Audit Negara tidak bias, bebas daripada pengaruh politik, tiada unsur prejudis kepada mana-mana pihak. Yang betul dipuji dan salah akan dibentang & dibongkarkan berasaskan bukti yang sahih melalui kaedah pengauditan yang profesional yang akhirnya diharapkan dapat memberikan “nilai tambah” kepada akaundibiliti pengurusan awam…..

Seperti laporan Ketua Audit Negara sebelum-sebelum ini, antara beberapa pendedahan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah didedahkan setakat ini dan telah berjaya menarik perhatian umumsetakat ini ialah :

1) 19 daripada 47 syarikat-syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM0.71 bilion (RM710,000,000)

Oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008. Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.

Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd. Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.

2) 9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan operasi dengan jumlah RM3.73 billion.

Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

4) Kutipan cukai meningkat sebanyak RM1.01 billion menjadi RM159.65 billion berbanding tahun 2009.

5) Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM407.1 billion berbanding RM362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi

6) Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Antaranya :

  • Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM1.98 juta
  • El Ranco Country Club (13 ekor) : RM2.48 juta
  • Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM0.58 juta
  • Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor dengan nilai RM0.62 juta

Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :

  • Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)
  • Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga kuda)
  • Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua kuda)
  • Universiti Putra Malaysia (tiga kuda)
  • Universiti Teknologi Malaysia (dua kuda)
  • Majlis Sukan Terengganu (dua kuda)
  • Royal Terengganu Endurance Stable (lapan kuda)
7) Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 (denda) tapi hanya mampu mengutip RM23,792.56. Kalau ikut Laporan ketua Audit Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) punya perbelanjaan boleh tahan juga “makannya”. Sebagai contoh :
  • RM56,350 untuk hanya sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam ( harga pasaran RM1,940)
  • RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
  • RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga paasaran RM3,428)
icon cool (BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2010. Apa Respon Kerajaan Selepas Ini? 96% daripada 341 penerima bantuan perumahan dikategorikan sebagai golongan miskin tegar “dikira tidak layak” kerana mereka tidak berdaftar dengan e-Kasih atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SSPKR). Namun, mereka diberi bantuan perumahan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Program Bantuan Perumahan (PBR). Tetapi ada yang tidak layak diberikan bantuan…9) Kedudukan kewangan di Pulau Pinang telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010 yang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

  • Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion m
  • Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta
  • Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta
  • Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 jutal atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

10) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru yang telah gagal ujian jalan termasuklah kegagalan spesifikasi seperti di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm

11) Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan

12) Mata telah ditegur supaya membelanjakan peruntukkan sebanyak RM54 juta dengan cara yang betul. Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah :

  • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
  • Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  • Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Beberapa kelemahan & penyelewangan telah didedahkan kepada umum. Persoalannya sekarang ini, apakah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab sekarang ini untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan ini? AdakahMenteri-menteri yang berkenaan dikenakan surat tunjuk sebab? Penalti? Atau setakat hanya bahas di Parlimen, dan terus berbahasa akhirnya senyap sahaja selepas ituakhirnya tutup laporan. Adakah begitu pengakhirannya?

Sebab apa yang kami lihat Laporan Ketua Audit Negara terus didedahkan saban tahun, tetapi yang jadi masalahnya masih tak nampak lagi tindakan lanjut yang serius daripada kerajaan. Sebaliknya, semakin sewenang-wenangnya untuk berbelanja. Bertambah buruk lagi, apabila hutang negara Malaysia semakin melambung tinggi.

P/S : Apa pandangan anda dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010 kali ini?

Tuesday, October 4, 2011

Dr M: Belanjawan Pakatan ibarat poket kosong


"Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada."Itu jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.
"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 hari ini."Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak.

Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya."Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.- Bernama