Monday, August 15, 2011

BACA INI KISAH BENAR DI SANDAKAN

kubur kat kampung batu 10, Sandakan
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai
> > pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
> > berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan
> > kepala.
> >
> >
> > Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya
> > di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah
> > mereka.
> >
> >
> > " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.
> > " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak >> dia ?" kata Jaimi, kawan saya.
> >
> >
> > " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah,"
> > jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
> >
> >
> >
> > " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung
> > Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi
> > lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang
> > tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
> >
> >
> > " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita
> > lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
> >
> >
> > Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam
> > adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur
> > belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama
> > kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia
> > dan sakit pula enggan memberikannya wang.
> >
> >
> > " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.
> >
> >
> > " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya,
> > perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah
> > bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
> >
> >
> > " Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,"
> > kata gadis itu.
> >
> >
> > " Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
> >
> >
> > " RM 20 aja !" si gadis berkata.
> >
> >
> > " Tak ada ," jawab ibunya.
> >
> >
> > " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
> >
> >
> > " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
> > tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mau dengar! "
> >
> >
> > " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
> > kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi
> > kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
> >
> >
> > Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya
> > ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.." katanya
> > perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
> >
> >
> > Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
> > Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
> > di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana
> > sunyi sepi.
> >
> >
> > Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
> > terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke
> > pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.
> >
> >
> > Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi
> > tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui
> > jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang
> > bekerja di luar.
> >
> >
> > Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul
> > 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya
> > nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak
> > terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat
> > Bantu.
> >
> >
> > " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta
> > jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
> > kubur."
> >
> >
> > Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut
> > jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat
> > mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
> >
> >
> > Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam
> > lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
> > tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si
> > gadis mula cemas.
> >
> >
> > " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
> >
> >
> > " Apa pasal," Si ayah bertanya.
> >
> >
> > " Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian
> > cemas.
> >
> >
> > Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang
> > demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
> >
> >
> > " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak
> > naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
> >
> >
> > Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis
> > tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk
> > menariknya keluar, juga tidak berhasil.
> > " Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis
> > memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
> >
> >
> > Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba
> > menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap
> > terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
> >
> >
> > " Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata
> > si gadis sambil meratap.
> > " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ,
> > ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal
> > mengeluarkan anaknya itu.
> > Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi
> > tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
> >
> >
> > " Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis .
> > Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak
> > boleh di empang lagi.
> >
> >
> > " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida
> > menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil
> > memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
> >
> >
> > Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di
> > tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
> > Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu
> > lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut
> > perlu di kambus.
> >
> >
> > " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat
> > lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam
> > mana ?
> > " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
> >
> >
> > "Habis anak saya ?" tanya si bapa.
> >
> >
> > " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali,
> > mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.
> >
> >
> > Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara
> > pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
> > Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
> > menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
> >
> >
> > Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila
> > talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
> > meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang
> > ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
> >
> >
> > " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar
> > sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
> > Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
> >
> >
> > " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang
> > motosikal masing-masing menuju ke kubur.
> >
> >
> > Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah
> > kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju
> > kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai
> > yang sedang bersesak-sesak.
> >
> >
> > Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan
> > paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
> > depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh
> > meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
> > kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
> >
> >
> > Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis
> > berkenaan adalah kenalan saya.
> > " Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan
> > saya memanggilnya mengangkat tangan.
> >
> >
> > " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia
> > datang ke arah saya.
> >
> >
> > " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya
> > perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan
> > kanan khuatir ada orang yang tahu.
> >
> >
> > " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.
> > Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah,
> > saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie
> > seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya
> > berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak
> > sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
> >
> >
> > selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai
> > ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang
> > polis memerhatikan kedatangan saya.
> >
> >
> > Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu
> > supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang
> > berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan
> > bibirnya ke arah sebuah kubur.
> >
> >
> > Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya
> > lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
> > teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
> > merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada
> > emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."
> >
> >
> > Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata
> > yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada
> > arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
> > saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
> >
> >
> > saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
> > Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
> > menyelamatkan gadis berkenaan.
> >
> >
> > " Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
> > menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
> > tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
> > terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
> >
> >
> > Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka ,
> > cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.
> >
> >
> > Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama,
> > dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.
> >
> >
> > Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja
> > kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
> > mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran
> > lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya
> > Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
> >
> >
> > Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan
> > adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi
> > seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.
> >
> >
> > Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan
> > itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
> > kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar > > berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu
> > bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu
> > terpaksa di tolak.
> >
> >
> > Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak
> > tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara
> > dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan
> > malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya
> > terngiang-ngiang di telinga.
> >
> >
> > Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun
> > minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya
> > masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah
> > di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat
> > besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
> >
> >
> > Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di
> > beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida
> > menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
> >
> >
> > Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
> > mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
> > tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
> > bercerita.
> >
> >
> > Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida
> > meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
> > kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin
> > juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih
> > sangat dengan apa yang di lakukannya.
> >
> >
> > Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
> > barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di
> > sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
> >
> >
> > Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
> > melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
> > derhaka.
__________________

No comments: