Wednesday, May 5, 2010

MAZIDUL - 999, MENYELAMATKAN PELACUR DI TAWAU


Selain daripada kota Kinabalu, dan Sandakan, Tawau juga adalah merupakan daerah besar di Sabah yang dilaporkan tempat berlakunya 'pemerdagangan manusia" untuk tujuan pelacuran. Daerah Tawau yang meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar berkongsi sempadan dengan kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi laut sulu di timur dan laut sulawesi di selatan. Ini memungkinkan berlakunya kebanjiran pendatang dari negara jiran Indonesia. Antara pelabuhan yang terkenal dan berdekatan dengan tanah besar Tawau ialah di Tarakan.




Senario dan kedudukan geografi ini telah menyebabkan ramai PATI di Tawau adalah dari Indonesia. Ini telah membawa kepada beberapa kes sosial seperti pelacuran. Menyoroti paparan cerita dari blog seorang wartawan rancangan TV3, 999 sdr Mazidul Akmal Sidik, ia cukup mendebarkan kerana seperti yang dilaporkan oleh beliau, bahawa dia dan penerbit rancangan itu telah melakukan satu misi menyelamat 2 orang pelacur Tika dan Tina warga Indonesia yang berasal dari Surabaya. Terlibat dalam skandal pelacuran di Tawau kerana di tipu kononnya di tawarkan berkerja di sebuah restoran, Namun dilacurkan apabila gagal membayar kos perjalanan sebanyak RM5000.




sekalung tahniah buat sdr MAZIDUL dan krew 999 yang telah melepaskan pelacur ini dari kancah maksiat. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi pengajaran kepada banyak pihak dalam usaha membenteras gejala pelacuran di daerah ini.

No comments: