Tabika kg Kesapang ditengelami air banjir
Sejak dulu lagi ketika tahun 1980-an, ketika itu saya masih bersekolah di SMK Taun Gusi, setiap kali banjir, sekolah yang paling terjejas ialah SK Kesapang, Kota Belud, yang teletak di kawasan yang rendah dari aras sungai Tawadakan. Apa bila sahaja banjir, maka sekolah ini terjejas betul. Pihak sekolah terpaksa menutup sekolah ( cuti) akibat bangunan sekolah yang digenangi air lumpur. Kedudukan sekolah itu juga yang berada di bawah Jalanraya Kota Belud- Kudat, seolah-olah menjadi benteng untuk menakung air tatkala hujan turun tidak berhenti-henti.
Pihak kementerian Pendidikan dan melalui maklumat yang di salurkan oleh bahagian pembangunan Pejabat Pendiidikan daerah Kota Belud, seharusnya mengambil langkah proaktif dengan mencaroi tapak baru atau mencadangkan tapak yang sesuai kepada Jabatan pendidikan Sabah untuk dipertimbangkan. Namun jika tapak yang ada sekarang ini masih juga digunakan, ia perlu timbus dan ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Masalah yang berlarutan sekian lama ini, perlu diselesaikan dengan bantuan YB-YB atau wakil rakyat di Kota Belud. Barangkali selain ADUN TEMPASUK, YB Datuk Hj.MUsbah, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga boleh memainkan peranan dalam menyelesaikan perkara ini.
rumah orang kampung di Kesapang juga dilanda banjir.
Setelah hampir lebih 20 tahun , keadaan ini tidak jauh berbeza. Ketika saya pulang ke kampung pada banjir baru-baru ini, saya melalui jalan raya melintasi sekolah terbabit dan sah, sekolah itu ditenggelami air hingga ke paras pinggang. Terbayang saya keadaan pelajar yang bersekolah di Sekolah itu, selain daripada tidak selesa, mereka juga terdedah dengan bahaya ketika musim banjir begini.Pihak kementerian Pendidikan dan melalui maklumat yang di salurkan oleh bahagian pembangunan Pejabat Pendiidikan daerah Kota Belud, seharusnya mengambil langkah proaktif dengan mencaroi tapak baru atau mencadangkan tapak yang sesuai kepada Jabatan pendidikan Sabah untuk dipertimbangkan. Namun jika tapak yang ada sekarang ini masih juga digunakan, ia perlu timbus dan ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Masalah yang berlarutan sekian lama ini, perlu diselesaikan dengan bantuan YB-YB atau wakil rakyat di Kota Belud. Barangkali selain ADUN TEMPASUK, YB Datuk Hj.MUsbah, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga boleh memainkan peranan dalam menyelesaikan perkara ini.
No comments:
Post a Comment