Sunday, September 6, 2009

SIASAT PATI : GHAFFUR


Masalah PATI di sabah bukan lagi perkara baru, malahan sudah berlaku puluhan tahun lagi. Pelbagai suara dan gesaan dari rakyat sabah sendiri, supaya kerajaan Pusat mengambil beberapa langkah dan pendekatan untuk mengatasi permasalahan ini. Sempadan kedaulatan Sabah masih juga boleh dibolosi. Isu PATI inilah antara lain yang menjadi sebab SAPP keluar dari BN.Dan suatu ketika dulu PBS juga memperjuangkan agenda yang sama..membenteras kemasukkan PATI di negeri ini. Namun agenda itu semacam terhenti sejak PBS kembali dalam BN.Terbaru rakyat Sabah dikejutkan dengan kenyataan Timbalan ketua PKR Sabah, Datuk Kong Hong Ming yang mendakwa bahawa berlaku pendaftaran kerakyatan PATI di kawasan Kalabakan Tengah oleh JPN. Isu ini mendapat perhatian wakil rakyat di kawasan berkenaan, Datuk Ghaffur Salleh.

TAWAU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu memberi penjelasan berhu- bung dakwaan terdapat usaha daripada jabatan itu mendaftarkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Kampung Kalabakan Tengah pada bulan lepas, seperti yang didakwa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, ini kerana beliau sendiri turut menerima aduan tentang perkara yang sama daripada penduduk kampung itu ketika menghadiri majlis berbuka puasa di kampung itu minggu lalu.

Menurutnya, dakwaan itu secara tidak langsung menimbulkan kerisauan kepada penduduk dan masyarakat tempatan, apatah lagi apabila ia melibatkan pemberian hak kewarganegaraan kepada penduduk asing yang tidak berkelayakan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua PKR Sabah, Datuk Kong Hong Ming yang mendakwa wujudnya usaha mendaftarkan PATI di Kg. Kalabakan Tengah bagi mendapatkan MyKad seperti yang disiarkan oleh media massa.

Dalam kenyataan itu, Kong memberitahu bahawa ramai PATI dari luar telah dibawa ke kampung terbabit menggunakan bas dan teksi untuk mendaftar di dalam operasi yang didakwanya dijalankan oleh 15 kakitangan JPN yang didatangkan dari Tawau dan Kota Kinabalu.

Menurut Kong, seorang saksi juga mendakwa bahawa Ketua Kampung di kampung itu turut mengenakan bayaran RM50 bagi mengesahkan bahawa PATI yang ingin mendaftar di dalam operasi itu adalah dikenali olehnya ataupun memang berasal dari kampung terbabit.


4 comments:

Hajin said...

Inilah akibatnya tidak ada penguatkuasaan terhadap peraturan sebelum ini. Peraturan pendafteran mereka letak di bawah tapak kaki.

kelapa mawar said...

Salam sdr Depu-depu..

Lama saya tak menziarah...
Isu PATI ini mempunyai kaitan dgn undang2..suatu ketika Najib pernah umumkan akan menguatkuasakan undang-undang tetapi kemudiannya diam..kenapa..ah?

DEPU-DEPU said...

salam sdr hajjin..

Terima kasih atas kunjungan sdr..Kadang-kadang undang2 dibuat untuk memudahkan golongan tertentu yang suka mengambil kesempatan...dah 52 tahun negara merdeka...isu taraf kewarganegaraan masih menjadi masalah...

DEPU-DEPU said...

Salamkembali sdri KM..

Thanks kerana memberikan pandangan. Najib sibuk agaknya..