Monday, August 15, 2011

SUNAT WITIR

Bilakah Qunut Sembahyang Witir?

Menurut pendapat yang shahih sunat membaca doa qunut witir khusus pada pertengahan akhir bulan Ramadhan iaitu bermula daripada 16 haribulan sehingga akhir Ramadhan. Doa itu dibaca selepas bangkit daripada rukuk dan di akhir rakaat sembahyang jika dikerjakan lebih dari satu rakaat sembahyang witir. Adapun jika seseorang itu hanya mengerjakan sembahyang witir satu rakaat, maka bacalah doa qunut itu pada rakaat tersebut.

Doa qunut witir itu sama bacaannya dengan doa qunut subuh akan tetapi sunat digabungkan doa itu dengan qunut Sayyidina ‘Umar Radhiallallahu ‘anhu iaitu yang ertinya :

"Ya Allah, sesungguhnya kami mohon pertolonganMu, kami mohon pengampunanMu, kami mohon pertunjukMu. kami beriman denganMu, kami berserah kepadaMu, kami memujiMu dengan kebaikan semuanya, kami bersyukur dan kami tidak ingkar terhadapMu, kami buang dan tinggalkan sesiapa yang derhaka kepadaMu.

Ya Allah, Engkaulah yang kami sembah, dan kepadaMu kami tunaikan sembahyang dan melakukan sujud, kepadaMu kami bersegera dan bergegas untuk berkhidmat, kami harapkan rahmatMu, kami takut kepada azabMu, sesungguhnya azabMu adalah terlalu amat dahsyat dan ianya menimpa atas orang-orang kafir.

Ya Allah, azabkanlah orang kafir ahli kitab yang menghalang kami daripada mengikuti jalanMu dan mereka yang mendustakan rasul-rasulMu serta membunuh pengikut-pengikutMu.

Ya Allah, ampunilah orang-orang mukmin, mukminat, muslimin dan muslimat. Perbaikilah perhubungan dikalangan sesama mereka, jinakilah hati-hati mereka serta jadikan dalam hati-hati mereka itu iman dan hikmat, teguhkanlah mereka di dalam agama RasulMu, kurniakanlah kepada mereka kekuatan untuk menyempurnakan janjiMu yang Engkau perintahkan mereka untuk menunaikannya, tolonglah mereka terhadap musuhMu dan musuh mereka, wahai Tuhan yang maha benar, jadikanlah kami daripada mereka (orang-orang yang Engkau redhai)."

Menurut ar-Ruyani, berkata Ibnu al-Qas ditambah dalam qunut itu doa yang terkandung dalam surah al-Baqarah iaitu yang tafsirnya:

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Surah al-Baqarah: 286)

Dalam hal doa qunut subuh dan doa Sayyidina ‘Umar ini, manakah yang afdhal di dahulukan? Menurut Imam an-Nawawi bacaan doa qunut subuh itu adalah lebih afdhal di dahulukan berbanding dengan doa Sayyidina ‘Umar, kerana doa qunut subuh itu sabit daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Raudhah at-Thalibin: 1/329-330)

Apabila seseorang itu meninggalkan bacaan doa qunut witir pada separuh terakhir Ramadhan sama ada dengan senghaja atau terlupa, nescaya disunatkan baginya untuk melakukan sujud sahwi.

Namun jika seseorang itu membaca doa qunut pada selain separuh terakhir Ramadhan serta tidak lama ber‘itidal di dalam sembahyang witir, maka makruh hukumnya dan disunatkan pula ke atasnya untuk melakukan sujud sahwi kerana membaca doa qunut bukan pada tempatnya yang disunatkan. Adapun jika lama dia ber‘itidal dengan senghaja dan tahu itu haram maka batal sembahyangnya, jika ianya tidak mengetahui yang itu haram, maka tidak batal sembahyang dan disunatkan melakukan sujud sahwi. (Mughni al-Muhtaj: 1/305)

Bolehkah Sembahyang Witir Dengan Berjemaah?

Di antara sembahyang-sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah itu ialah sembahyang witir. Akan tetapi sembahyang witir itu disunatkan berjemaah hanya khusus pada bulan Ramadhan sahaja. Ini kerana sembahyang tarawihdisunatkan berjemaah di dalamnya demikianlah juga dengan sembahyang witir.

Mengqadha Sembahyang Witir

Sembahyang witir itu termasuk di dalam sembahyang-sembahyang sunat yang berwaktu seperti sembahyang dhuha, hari raya, rawatib seperti sembahyang sunat zohor dan sebagainya. Dalam hal ini menurut qaul jadid adalah disunatkan mengqadha sembahyang witir yang telah pun luput daripada waktunya sebagaimana mengqadha sembahyang fardhu. (Majmuk: 4/43-44)Mereka berdalilkan dengan hadis-hadis yang shahih di antaranya, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sesiapa tidak sembahyang dua rakaat fajar sehingga terbit matahari maka sembahyanglah"

(Hadis riwayat Baihaqi)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

"Sesiapa yang tidur atau lupa mengerjakan sembahyang witir maka sembahyanglah apabila dia ingatkannya."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Bolehkah Sembahyang Sunat Lain Selepas Witir

Apabila seseorang itu sudah mengerjakan sembahyang witir, kemudian dia hendak mengerjakan sembahyang sunat yang lainnya seperti sunat tahajjud, hukumnya adalah harus dan tidak makruh perbuatannya itu. Akan tetapi bolehkah dia mengulangi sembahyang witirnya itu? Dalam hal ini, sembahyang witirnya yang awal itu tidak terhapus. Oleh yang demikian janganlah diulangi sembahyang witirnya itu, akan tetapi bolehlah dia mengerjakan apa saja sembahyang yang syaf‘an (genap) jika dia mahu. (Majmuk: 4/22,32)

Dalam sebuah hadis Thalq bin ‘Ali daripada ayahnya berkata yang maksudnya :

"Saya pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Tiada dua witir dalam satu malam."

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Penutup

Sembahyang witir itu bukan hanya disunatkan pada bulan Ramadhan sahaja. Bahkan ianya disunatkan selain bulan Ramadhan. Dalam makna yang lain, Ia sunat dikerjakan pada setiap malam tidak mengira sama ada pada bulan Ramadhan atau di bulan-bulan yang lain.

Ianya mempunyai fadhilat-fadhilat tertentu sehinggakan sembahyang ini menjadi wajib ke atas diri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berdasarkan hadis yang disebutkan sebelum ini. Di antara fadhilat-fadhilat sembahyang witir itu, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla telah menambahkan bagi kamu satu sembahyang, iaitu lebih baik untuk kamu daripada humrin ni‘am (semulia-mulia harta di sisi orang-orang Arab), itulah sembahyang witir. Allah jadikannya (sembahyang witir) untuk kamu di antara Isya’ hingga terbit fajar."

(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

"Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid."

(Hadis riwayat at-Thabrani)

Oleh yang demikian sayugia jangan ditinggalkan sembahyang witir itu, kerjakanlah walaupun hanya sedikit rakaatnya akan tetapi berterusan, kerana amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :

"Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: "Amalan yang berterusan walaupun sedikit."

(Hadis riwayat Bukhari)

Sunday, August 14, 2011

Nabi Sulaiman a.s. dan Seekor Semut




Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.


Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. YaAllah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s.kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagiAllah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.



Suatu hari Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu". Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.

Lee Chong Wei Kalah


lee chong wei vs lin dan bwf 2011 (Keputusan) BWF World Champions 2011 Datuk Lee Chong Wei Tewas!Harapan hanya tinggal harapan.Niat Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi kejuaraan dunia BWF World Badminton 2011 berkecai selepas pertarungan sengit dengan seteru No.1, Lin Dan dalam penentuan set ketiga.

Pada set pertama, Datuk Lee Chong Wei bermula garang dan sentiasa mendahului Lin Dan untuk memenangi set pertama dengan mata 22-20.Namun begitu, tumpuan beliau agak terjejas dengan kebangkitan Lin Dan melalui strategi agresifnya dalam menyerang, yang membuatkan Datuk Lee Chong Wei membuat beberapa kesilapan mudah dan set kedua dimenangi Lin Dan dengan mata 21-14.

lin dan bwf 2011 (Keputusan) BWF World Champions 2011 Datuk Lee Chong Wei Tewas!Pada set penentuan, pertarungan yang paling sengit dapat disaksikan oleh peminat badminton dunia dan tempatan di antara 2 jaguh badminton dunia ini.Masing-masing tidak mahu mengaku kalah dan Datuk Lee Chong Wei mendapat semula motivasi yang diperlukan sehingga memaksa mata terikat pada 19-19.

Kesilapan daripada Lin Dan hampir sahaja membuatkan Datuk Lee Chong Wei merakamkan sejarah peribadi dan juga Malaysia sebagai anak watan pertama yang memenangi kejuaraan dunia.Namun Lin Dan yang tidak mahu mengaku kalah, terus merapati kedudukan walaupun 2 kali berada di belakang Lee Chong Wei untuk kejuaraan.

Akhirnya, hasil kesilapan mudah Datuk Lee Chong Wei dihadapan jaring sebanyak 2 kali, menobatkan kejuaraan kepada Lin Dan dengan mata 23-21.Untuk makluman, ini merupakan kejuaraan kali ke-4 buat Lin dan untuk “title” kejuaraan dunia.

RIZAL YANG INSAF

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.


Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Saturday, August 13, 2011

BIDADARI UNTUK UMAR R.A.

BIDADARI UNTUK UMAR R.A.

Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah s.a.w. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang wara, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah s.a.w. , "Wahai Rasulullah s.a.w. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya".Rasulullah s.a.w. menjawab, "Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah s.w.t. berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya.



Rasulullah s.a.w. seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. dimi'rajkan menghadap Allah s.w.t. malaikat Jibril a.s. memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. taman-taman surga. Rasulullah s.a.w. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s., "Wahai Jibril, bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril a.s. menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah s.w.t. maka saat itu juga Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

Hadiah Perpisahan Guru Besar


Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

Friday, August 12, 2011

RASULULLAH S.A.W. MENDATANGI KAFILAH DAGANG


RASULULLAH S.A.W. MENDATANGI KAFILAH DAGANG

Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilahÏ akan datang mendekati kota Mekkah. Rasulullah s.a.w. melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Nabi Muhammad s.a.w.langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah s.a.w. menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain. Rasulullah s.a.w. mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam rombongan tersebut. Beliau, Rasulullah s.a.w. telah diizinkan.Rasulullah s.a.w. mulailah berdakwah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah s.a.w. telah sampaikan kebesaran Allah s.w.t. dan mengajak mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari Rasulullah s.a.w. , Rasulullah s.a.w. pun meminta izin kepada pimpinan rombongan untuk pulang kembali ke Mekkah. Rasulullah s.a.w. kembali ke kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota Mekkah sejauh satu hari satu malam perjalanan. Rasulullah s.a.w. hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah Laalilaahaillallaah dan selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.

Thursday, August 11, 2011

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagiRasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelangNabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.


Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.


Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.