Saturday, March 2, 2013

PENGIKUT SULTAN SULU ENGGAN UNDUR DIRI

MANILA - Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa mereka menyerah diri.

Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III kira-kira jam 5 pagi semalam.

"Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau dalam mesejnya.

Semalam kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina merayu dan memberi amaran agar menyerah diri susulan insiden kelmarin.

Mereka berkubu sejak 9 Februari lalu.

SUMBER : SINAR HARIAN

LAPORAN TERKINI SERANGAN DI SEMPORNA

TARIKH : 3/3/2013 JAM 7.38 PAGI.INFO DARI SEMPORNA.

Setelah semalaman saya berusaha menghubungi balai Poli Semorna untuk mendapat maklumat  akhirnya pada pagi ini saya dapat menghubungi balai polis Semporna sebentar tadi untuk mendapatkan gambaran keadaan sebenar di Semporna. Dari maklumat yang diberikan, kawasan yang terlibat masih di kepung Polis.Ada kemungkinan mereka telah berjaya melarikan diri. pihak berkuasa menyarankan agar orang awam berhati-hati terutama apabila mendapati keadaan yang mencurigakan di HARAP DAPAT MELAPORKAN SEGERA DI BALAI POLIS BERHAMPIRAN.

Laporan Berita Astro Awani menyebut bilangan yang mengalami kecederaan tidak melebihi 10 orang. Ini kira ramai jugalah dan bermakna tragedi serangan hendap penceroboh di Semporna itu dikira besar juga.Kita berharap agar pihak keselamatan dapat menyelesaikan pencerobohan ini dengan baik dan segera demi keselamatan orang awam.

Untuk mendapatkan laporan terkini dan sahih ikuti melalui FCB Datu Deu-Depu

LAPORAN TERKINI DARI KG TANDUO, LAHAD DATU

Jam 7.30 pagi 3/3/2013 INFO DARI KG TANDOU LAHAD DATU.

Saya dimaklumkan melalui SMS oleh adik Sepupu (komando- A long papin Kb) yang kini berada di LD dan terlibat dalam operasi keselamatan sebentar tadi, PEPERANGAN TELAH BERLAKU JAM 2 PAGI. LAPORAN TIDAK ADA KORBAN DARI KEDUA-DUA BELAH PIHAK SETAKAT INI. doakan pasukan keselamatan dan orang AWAM SELAMAT.

LAPORAN TERKINI DI SEMPORNA, KUNAK DAN LAHAD DATU DAN INSIDEN PENCEROBOHAN TENTERA SULU (3)

3.54 pagi 3/3/2013 INFO DARI KUNAK

Keadaan daerah Kunak yang bersempadan dengan Semporna dan lahad datu masih dalam keadaan aman dan tidak ada tanda-tanda serangan penceroboh akan berlaku seseprti yang dilaporkan dalam fcb.Walau bagaimana pun semua diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Seorang rakan yang tinggal di Kg getah Kunak memaklumkan kepada saya melalui SMS. Adik Sepupu (komando)yang diterbangkan khas dari KL ke Tawau malam tadi yang kini dalam perjalanan ke Lahad Datu melalui daerah Kunak juga menyatakan yang sama. KUNAK masih selamat dan tidak ada serangan. JANGAN KITA TERPEDAYA DENGAN KHABAR-KHABAR ANGIN. MARILAH KITA SEMUA BERDOA AGAR DAERAH DAN NEGERI KITA SELAMAT DARI ANGKARA PENCEROBOHAN TERANCANG INI.

KEPADA ADIK A Long Papin Kb, berhati-hati ketika menjalankan misi keselamatan negara. Didoakan supaya selamat.Amin Ya raball Alamin!

LAPORAN UTUSAN MENGENAI SERANGAN DI SEMPORNA

12.46 mlm. INFO dari Semporna:

SEMPORNA 2 Mac - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.

Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.

Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing. - UTUSAN

YA ALLAH SELAMATKAN KAMI DARI MALAPETAKA TERANCANG INI.AMIN!!!

PERKEMBANGAN TERKINI DI SEMPORNA, KUNAK DAN LAHAD DATU DAN INSIDEN PENCEROBOHAN TENTERA SULU ( 2)

Maklumat Sahih dari Kg Tandou Lahad Datu:
Jam 10.13 2/3/2013 mlm saya menghubungi kakak Sepupu saya yang masih berada di Felda Sahabat 16 iaitu kira-kira 6 Km dari tempat kejadian persembunyian kumpulan penceroboh untuk mendapatkan kepastian keadaan di sana>

SMS: "ikut cerita malam ni, diaorang mula perang sudah.Kami pun berjaga-jaga mana tau di suruh pindah kan. Yang kami dengar sekarang polis di sini disimpan di belakang sudah.askar barisan depan .sekarang pun heli berleger-legar di kawasan rumah kami:

PERKEMBANGAN TERKINI DI SEMPORNA, KUNAK DAN LAHAD DATU DAN INSIDEN PENCEROBOHAN TENTERA SULU ( 1)

2/3/2013. 7.00 MALAM

Kejadian tembak menembak berlaku di kg Simunul Semporna. saya confrmkn tanya kawan2 yang tinggal di sekitar pekan mengesahkan kejadian itu petang tadi.saya cuba menghubungi balai polis Semporna untuk mendapatkan maklumat shahih namun tidak berjawab.Doakan semoga kejadian sprti yg berlaku di LD Tidak berulang.

Pelbagai versi cerita di paparkan dalam laman media sosial FCB. Dan akhirnya PDRM mengeluarkan kenyataan berikut:

Kenyataan terkini YDH Ketua Polis Negara menerusi laman twitternya beliau berkata " saya mengesahkan ada kejadian tembak menembak berlaku susulan satu pemeriksaan oleh pihak polis keatas sebuah permis di kampung Seri Jaya Siminul, Semporna kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Pemeriksaan atau siasatan polis dilakukan untuk mengesahkan samada mereka ini terlibat dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini jumlah mereka yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit tidak lebih daripada 10 orang.
Dalam kejadian tembak menembak tersebut ada beberapa orang anggota polis yang cedera, butiran terperinci akan dimaklumkan kemudian." katanya.

SEMPORNA DI SERANG.SEORANG ANGGOTA POLIS TERBUNUH



SEMPORNA 2 Mac - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.

Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.

Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ.

"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

"Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.

Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.

Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan.

Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.