Wednesday, February 24, 2010

KONFLIK NAJIB-MUHYIDDIN SATU PEMBOHONGAN


LKS mula memporak prandakan hubungan antara PM dengan TPM ,dengan membuat kenyataan terbuka supaya Muhyiddin membuat kenyataan sama ada menyokong gagasan 1Malaysia ataupun tidak. LKS memberi gambaran bahawa N-M sedang bermasa muka. Ini membuatkan negara berada dalam keadaan yang tidak stabil.

M dikatakan tidak sabar-sabar untuk menjadi PM. Benarkah atau itu pernah berlaku kepada DSAI ketika beliau TPM di zaman Tun Mahathir..?

Nampaknya PR ketandusan isu sehingga mewujudkan situasi sensasi kedua pemimpin ini...Masih awal M untuk ke jawatan PM. Lagipun M bukan seperti DSAI.

Saturday, February 20, 2010

KALAU RAKYAT KESUSAHAN, RAKYAT KENA MENCARI UMNO


Datuk seri Najib ketika merasmikan konvensyen Wanita kelmarin, tidak putus-putus menegur dan memberikan amanat perubahan kepada ahli Umno terutama Wanita dalam memastikan perubahan untuk menjadi juara rakyat akan dapat direalisasikan.

Datuk Najib mengingatkan seluruh ahli UMNO supaya menjadikan parti itu sebagai satu wadah penyelesaian masalah rakyat. Rakyat tidak harus mencarai pembangkang ketika menghadapi kerumitan hidup sebaliknya menjadikan UMNO sebagai pilihan nombor satu untuk mengadu dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

Peringatan ini sekallagi membuktikan bahawa Datuk Seri Najib benar-benar ingin melihat UMNO dan BN kembali menjadi parti terkuat dalam PRU 13 akan datang. Khabarnya, BN juga akan mengadakan KOnvesyen dalam beberapa hari mendatang ini.

Thursday, February 18, 2010

DSAI JANGAN LIBATKAN ORANG LUAR


sebagai rakyat biasa, saya turut merasa sedih atas perkembangan terbaru kes liwat DSAI...sedih kerana ada sudah tanda-tanda negara luar mahu ikut serta dalam perbicaraan itu. Sepatutnya, walau apa jua alasan yang diberikan DSAI tidak perlu membawa 'rakan-rakan' dari negara luar untuk membantu dan menggesa mahkamah menggugurkan kes liwatnya itu..

sebagai seorang ahli politik yang sudah bersedia untuk menjadi PM ,walaupun 16 Sept. sudah berlalu..DSAI harus menghadapinya dengan menggunakan segala upaya perundangan yang ada untuk menolak dakwaan itu.

Janganlah melibatkan negara luar.

Wednesday, February 17, 2010

PERARAKAN AGAMA DI JALANRAYA WAJAR DIKAJI SEMULA : DR.ASRI


Apabila isu perarakan Maulidur rasul membayangi pentadbiran LGE, maka ramai yang menyatakan pendirian mengenai isu ini. Ada yang begitu marah dan sakit hati, ada yang bersikap terbuka dan tidak kurang juga yang bersetuju atas faktor politik. Misalnya TGNA dalam kenyataannya menyifatkan sambutan Maulidur rasul sebagai tidak ada fadhilat. Seakan memberi lampu hijau kepada pembatalan perakan oleh LGE itu. Ada yang beranggapan bahawa komen TGNA itu adalah kompromi politik untuk menjaga hati rakan dalam pakatan Rakyat.


Terbaru pula ialah ulasan Dr. Asri iaitu bekas mufti Perlis yang mahu agar kerajaan mengkaji semula kebenaran perarakkan agama di jalan raya. Kenyataan itu secara rasmi dipaparkan oleh beliau dalam blog rasminya "MINDA TAJDID". Menurut Dr. Asri kajian kebenaran itu bukan sahaja kepada agama Islam tetapi juga meliputi semua agama termasuk, Hinddu, Budha dan Kristian dan juga agama-agama lain.


Ini katanya kerana, kebenaran menjalankan perarakkan di jalan raya boleh menyebabkan beberapa masalah timbul termasuk kesesakan lalu lintas ekoran penutupan jalan raya yang terlibat. Sementara itu katanya, ia juga mengganggu 'hak' orang lain dan keperluan menggunakan jalan terbabit seperti urusan kecemasan dan sebagainya.

Pandangan ini lebih terbuka dan secara logik tidak melibatkan kepentingan peribadi dan fahaman politik. seharusnya bukan sahaja perarakkan Maulidur rasul di jalan raya dikaji semula tetapi juga termasuk perarakkan di batu caves oleh agama Hinddu, tambah beliau lagi.


Sunday, February 14, 2010

MAULIDUR RASUL TIADA FADHILAT

Imbang Penuh
Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setipa tahun di negara ini, tidak mempunyai fadhilat seperti fadhilat di bulan ramadhan. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan isu pembatalan perarakan sempena maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Sudah menjadi tabiat kepada TGNA apabila selalu mengeluarkan kenyataan yang menjadi perhatian ulama dan umat Islam di negara ini. Kadangkala kenyataannya menimbulkan pelbagai tanggapan negatif selain ada juga yang merasakan agar kenyataan TGNA ini dapat diperjelaskan kepada umat Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakariah ketika mengulas kenyataan itu, menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang dilakukan di negara ini boleh mengeratkan tali silaturahim di kalangan umat Islam. Ia membawa banyak fadhilat kepada ummah selain menanamkan rasa kecintaan kepada nabi Muhammmad saw.

Tuesday, February 9, 2010

BLOGGER KOTA BELUD DIRUNDUNG MALANG


Apabila saya terbaca mengenai keluhan blogger muraikb mengenai perlunya blogger kb menulis dengan fakta, maka saya begitu bersetuju sebab itulah saya turut memaparkan idea penulisan muraikb dalam blog saya ini.

mungkin ada ketentuanya bahawa suatu ketika blog di kb begitu panas dengan cerita-cerita baru dan segar. Banyak sangat blogger di kb nie..tapi berapa ramai sahaja yang AKTIF menulis. Yang lainya sudah seakan tidak up date blog mereka. Banyak blog yang diistilahkan sebagai 'orang-orangan' ini yang sudah tidak berkongsi idea lagi. Ada yang suatu ketika dulu begitu sensasi tetapi akhirnya hilang tanpa di kesan.

Saya memikirkan kalau ada kemungkinan , seorang blogger mempunyai lebih dari satu blog, sehingga terjadi lambakan blog yang tidak bermenu dan tidak tersusun. Banyak idea murni yang boleh diperbincangkan tetapi, idea itu hilang bersama sepinya blogger yang entah ke mana perginya.

Ada juga blog yang hanya satu atau dua penulisan lepas itu, tidak berperanan lagi. Itulah akibatnya jika budaya blogging ini menjadi sekadar ikut-ikutan saja dan bukan atas keperluan memaparkan isu semasa dan masyarakat. Akibatnya blog mereka ditutup begitu sahaja. Apalah dah jadi dengan blogger KB sekarang ?


Saturday, February 6, 2010

BLOGGER KOTA BELUD PERLU FAKTA


Dalam dunia yang semakin canggih, ramai yang telah memanfaatkan kecanggihan dalam semua aspek terutama dalam dunia blog, tak kira di semanjung malaysia mahupun di sabah dan sarawak. rasa nya tak perlu cerita di semanjung kerana di sabah sahaja khususnya daerah kota belud yang juga di kenali sebagai pekan koboi, blogger sangat aktif dan memaparkan penulisan yang hangat dan terkini.

blogger yang ramai mempunyai isu yang banyak, ada yang menulis tanpa di pengaruhi emosi, menganalisis gerak geri kepolitikan dan ketirisan kepimpinan yang diwarisi dengan keturunan yang di pengaruhi keturunan dan suku bangsa. ramai blogger yang menentang kepimpinan semacam ini, kerana mereka berpendapat bahwa sesiapa sahaja layak menjadi seorang pemimpin jika melengkapi dan membatasi kecurangan di dalam menjiwai kepimpinan.

justeru itu, saya menyeruh roh penulisan para blogger kb semua supaya, memberi komen dan reaksi yang positif terhadap setiap permasalahan yang di hadapi, dengan kerjasama yang wujud antara blogger kb, nescaya masalah di tanggani dengan baik dan kreatif.

di dalam keaktifan para blogger kb ini, ada yang mengambil kesempatan untuk menyerang peribadi seseorang bagi melepaskan rasa ketidakpuashatian kepada seseorang, jika hal sebegini berlarutan maka institusi persahabatan antara kaum akan menjadi layu dan lesuh.

setiap penulisan yang di paparkan harus di pertanggungjawabkan, bukan di jadikan bebanan dan tangunggan kepada seseorang, mungkin kerana penulisan yang di paparkan mengaibkan peribadi seseorang mahu pun keluarga dan sahabat handai beliau, kerana itu, penulisan perlu lah telus dan berfaktah bukan gosip dan emosi yang di paparkan.

DIPETIK DARI :http://simuraikb.blogspot.com