Thursday, May 28, 2009

Iranun ,suatu penjenamaan semula.

Setelah hampir seminggu saya berehat untuk menulis, hati saya kembali tergerak membawa saudara-saudara menyelami 'jatuh bangun' masyarakat Iranun dalam organisasi sosial di Sabah.Satu perbincangan 'awal' yang mungkin membuka 'pintu' kepada perbincangan yang lebih besar dan tersusun.Justeru saya merasakan sudah sampai masanya masyarakat Iranun digerakkan dalam satu 'Fikrah' yang membina.Menurut teori William I.Thomas, seorang ahli sosiologi yang mendukung teori sosiologi interaksi, beliau mengatakan bahawa sifat kebergantungan antara individu dengan lingkungan sosialnya telah membawa kepada keinginan manusia untuk Merasa aman dalam ruang sosialnya.
Malahan beliau percaya bahawa terdapat definisi subjektif yang penting yang ada di antara stimulus dan tindak balas. Jadi, meminjam 'semangat' ini, saya cuba untuk memulakan tunas perbincangan ini melalui instrumen “pemerhatian’ dan 'kebergantungan' saya dengan sosial masyarakat Iranun selama ini.Menurut Tuner (1994) semua manusia ini dilahirkan sebagai ahli sosiologi kerana manusia katanya sentiasa menganalisis tingkah laku dan pengalaman-pengalaman interpersonal dengan orang lain dalam keadaan yang teratur. Penganalisisan inilah yang saya maksudkan sebagai,pemerhatian, pengamatan yang cukup mendalam, tidak cukup merasa simpati bahkan empeti dengan nasib dan ‘future’ bangsa Iranun ini.

Seperti penulisan saya yang lalu, fokusnya tampak jelas dan ringkas, memperkatakan perihal masyarakat Iranun dalam soal-soal kepolitikan dan juga isu keterpinggiran masyarakat ini dalam arus pemodenan.Namun saya mengakui bahawa dalam penulisan yang terdahulu saya hanya membuat ‘kritikan sosial” kepada susunlapis masyarakat Iranun, tanpa memberikan jalan dan penyelesaian.Persoalan demi persoalan saya lontarkan untuk dijawab oleh mereka yang merasakan ‘berdarah” Iranun.Fenomena itulah yang membuatkan saya terfikir menulis artikel ini ;Iranun suatu penjenamaan semula.

Sekali lagi saya mendambakan agar”idea” artikel ini diwar-warkan kepada seluruh masyarakat Iranun dengan harapan membawa satu sinar cahaya dalam terowong yang panjang. Apakah yang saya maksudkan dengan “penjenamaan” itu ? Apakah selama ini Iranun tidak ada “jenama”?? Atau belum cukupkah Iranun dikenali, justeru perlu dijenamakan? Barangkali juga penjenamaan ini bertujuan untuk mewujudkan generasi penyambung Iranun yang beridentitikan baru?.atau perlukah perbelanjaan yang banyak untuk menjenamakan Iranun???.....saya juga merasakan banyak persoalan yang akan timbul bilamana membaca artikel ini...Apa saja tanggapan yang lahir dari “minda sedar” saudara-saudara, saya terima dengan setulusnya...kerana yang harapkan ialah ‘kesan’ dan bukannya ‘matlamat’.

Menurut Krathwohl(1964) aras ke 4 dalam taksonomi Afektif ialah ‘Organisasi’ yang membawa maksud bahawa manusia boleh mengumpulkan nilai-nilai yang berlainan, menyelesaikan konflik antara nilai-nilai itu dan kemudian membina satu sistem nilai yang konsisten. Pendekatan ‘aras’ini membawa saya kepada satu ‘bayangan’ bahawa masyarakat Iranun punya nilai hidup yang pelbagai.Saya mengatakan demikian kerana saya sendiri wujud ‘perkongsian’ nilai dengan masyarakat Iranun. Bukan setakat ‘kesantunan berbahasa’ malahan ‘penggredan’ budaya pun menunjukkan masyarakt Iranun punya nilai yang tinggi.Persoalanya kenapa perlu dijenamkan???

Inilah yang akan saya garap secara tuntas,berlatarkan ‘penjenamaan’ ini.

Kalau kita mentelaah lebih luas tentang ketamadunan negara bangsa masa lampau, kita dapati seluruh tamadun manusia yang tidak mengizinkan ‘penjenamaan’ akan hancur dan binasa...Kita dapati tamadun China masa lampau, gagal bertahan setelah mengamalkan ‘dasar tutup pintu’ kepada kuasa-kuasa asing.Menutup ‘minda’ dan ‘budaya’ daripada arus globalisasi bukan sahaja meletakkan sesuatu bangsa itu jauh ‘terpinggir’ tetapi juga akan menyekat ‘penjenamaan’ yang berlaku... Inilah yang saya khuatiri akan berlaku kepada ‘bangsa’ saya...

Secara ‘pandang sedar’ saya berpendirian bahawa masyarakat Iranun perlu berubah dari segi ‘epistemologi ‘dan ‘arkologi’...untuk menjenamakan semula bangsa ini agar dapat bersaing dengan suku lain terutama di Sabah. Sebenarnya sudah lama isu ‘penjenamaan’ sesuatu bangsa itu diperbincangkan di peringkat nasional, sebab itulah lahir ungkapan ‘melayu glokal’.Namun dalam persepsi suku minoriti Iranun, isu ini masih baru, bahkan masih belum ada penulisan-penulisan yang saya ketemu membincangkan perihal penjenamaan ini...Di awal perenggan ini saya memperkatakan mengenai anjakan ‘epistemologi’ yang saya maksudkan ialah mengenai falsafah keilmuan. Masyarakat Iranun masih ketinggalan dalam institusi keilmuan, biarpun ramai yang merasakan sudah cukup ‘cerdik pandai’ yang dilahirkan sedekad yang lalu.Pada dasarnya, pencapaian akademik itu yang jadi ukuran, sedangkan cara fikir dan perlontaran idea tidak diambilkira....justeru itu saya merasakan bila anjakan ilmu berlaku, maka ‘penjenamaan’ masyarakat Iranun akan terjadi....kenapa saya katakan demikian? Kerana ilmu adalah tunjang kepada ‘pandang dunia’ masyarakat yang bertamadun...Persoalan yang ingin saya lontarkan...bagaimana kesedaran betapa pentingnya ilmu di kalangan masyarakat Iranun?..Bukankah Selepas ‘Dark Ages’ masyarakat barat menuntut perubahan dari segi’pandang ilmu’ mereka?...

Perubahan kedua yang perlu dilakukan ialah perubahan ‘arkologi’ iaitu perubahan ‘nilai’ hidup yang lebih menyeluruh.Saya berikan satu situasi yang berkaitan dengan nilai masyarakat Iranun yang saya pasti berkait juga dengan institusi ilmu seperti yang saya sebutkan..Dalam masyarakat Iranun perkataan ‘Pawallah’ membawa satu imej yang negatif iaitu..perbincangan kedai kopi yang tidak berkesudahan dan dilakukan tanpa matlamat dan tidak memikirkan kesan....

Sedangkan aktiviti ‘pawallah’ itu adalah satu nilai yang perlu dipupuk diperingkat awal lagi...Cuma cara dan kaedah perlu ‘dijenamakan’ ertinya perlu diubah. Suasana ‘pawallah’ yang lebih teratur,berhemah dan berlandaskan kepada prinsip keilmuan itu akan mewujudkan masyarakat Iranun yang ‘celik’ ilmu dan mengutamakan prinsip kebenaran dalam sesuatu perbincangan. “sihat’ atau tidak...Pawallah itu terletak kepada ‘nilai’ yang saya katakan tadi.Proses pertukaran dan penggabungjalinan idea dalam sesi pawallah akan memahirkan ‘kemantikan’ seseorang pedebat itu... Contoh yang saya berikan ini hanya sekelumit nilai yang ada pada masyarakat Iranun, namun saya merasakan cukup untuk difikirkan supaya ‘Penjenamaan’ ini berlaku dan akhirnya ‘pandang dunia’ suku ini akan berubah....harapan ini saya sandarkan kepada pejuang bangsa Iranun....bangun! dan gerakkan misi penjenamaan ini..

Friday, May 22, 2009

River Pollution

Since several year, has the government campaign launch "Love River "in countries which encompasses various efforts monitor, conserve, wash and beautify condition of river. Nevertheless, belakangan this, river pollution issue increased further serious until Natural Resources and Environment Minister, produce a sense of disappointment its because not exist impact that can flattered on great state our river.
His problem is invisible any action effectively made. Those who staying river environment such as plant entrepreneur, food stall dealer and also home resident still regarded river as place to channel rubbish and all sorts of waste want to be thrown.

Local authority (PBT) and state government need holding various events involving public and industry. Public support and private would be vital if campaign love river required telling. Feeling love river which flowed through they residence or town stay is theirs also need to be nurtured. Only by way like this, new would arise feeling love their river is own thereby they also striving conserve its of contaminated. Whatever its most rivers and valley region continued to be hit pollution. In fact pollution level to several river stem go from bad to worse to be forced categorised as already 'dead'.
River on the whole its is is important environment element to mankind. Immemorial, human having familiarity with river because river function as transport equipment and relationship, source of water supply for domestic and agriculture and source of protein to mankind. Hence, small wonder why ancient city and most modern city grow and grow in river estuaries.For example, first city placing such as Uruk, Eridu and Ur which appears in history of the human civilization about 6000 years first (4000 SM) in Mesopotamiadan Babylon were built in fertile valley disaliri by Tigris River and SungaiEuphrates (Mocionis & Parillo 1998 ).

realize the importance river to mankind a statistics had been made by Jabatan Perairan's Director General and Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, on river position in our country which actually increasingly aggravated.. From total 120 districts river valley monitored Jabatan Alam Sekitar (COAT) his pollution position deteriorating from year to year. In year 2002, is still 63 river categorised as clean, but a year after only remain 58 still clean river. In 2002, 43 river considered already polluted while a year after polluted river number increasing to 53. However, total rivers experience gross pollution stay nine stem only in 2003 compared to 14 before then. No known what is ?.

DR.Zambry MB Perak...

Keputusan mahkamah Rayuan mengumumkan Dr.Zambry sebagai MB Perak yang sah, tidak mengejutkan banyak pihak.Ini kerana bersandarkan kepada hujah-hujah perundangan, peguam Dr. Zambry berjaya menyakinkan hakim Mahkamah Rayuan bahawa perlantikan Dr. Zambry sebagai MB oleh Sultan Azlan Syah (Sultan Perak ) adalah sah dan mengikut lunas undang-undang tubuh negeri Perak. Dengan keputusan terbaru ini, bermakna DUN Perak tidak akan dibubarkan, dan pilihanraya tidak akan berlaku...Walaupunh begitu, peguam YB Datuk Seri Nizar, memaklumkan akan membuat rayuan di mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan mahkamah Rayuan itu. Inilah kelebihan sistem perundangan di negara kita, semua orang tanpa mengira fahaman politik berhak untuk mencari keadilan tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Cuma, saya terfikir, macam mana pula kalau Mahkamah Persekutuan mengumumkan Datuk Seri Nizar sebagai MB Perak....apakah ada lagi saluran undang-undang yang boleh diambil oleh BN untuk mencabar keputusan itu...kita tunggu dan lihat....

Thursday, May 21, 2009

Antara Kecerdasan Dan Kejayaan

Bagi orang awam, dua perkara diatas adalah perkara biasa.Namun, bagi pakar yang mengkaji bidang kecerdasan manusia, dua perkara itu adalah sesuatu yang luar biasa. Ia dianggap luar biasa kerana ternyata pelajar atau penuntut yang pintar di sekolah belum tentu menjadi orang yang berjaya di dalam masyarakat.Dalam erti kata lain, kejayaan dalam hidup tidak hanya ditentukan oleh keputusan peperiksaan atau CGPA seseorang.
Perkara paling tragik mengenai kaitan antara kecerdasan dan kejayaan boleh dilihat pada seorang cerdik pandai iaitu Theodore John Kaczynski. Dia merupakan seorang genius matematik lulusan Harvard University dan Michigan University, yang juga digelar Unabomber. Dengan bom yang diciptanya sendiri, dia membunuh 3 orang, mencederakan 23 orang, dan merancang keganasan ini selama 17 tahun. Keganasan yang dilakukannya selama puluhan tahun itu tidak dapat dibandingkan dengan kebijaksanaannya. Sewaktu berusia 15 tahun, dia tamat sekolah menengah. Pada usia 16 tahun, dia memperolehi biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke Harvard University. Pada usia 20tahun, dia berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dan pada usia 21 tahun, dia memperolehi gelaran doktor matematik.
Minda cerdik ini kaya dengan formula matematik.Kemampuannya sungguh mengagumkan.'Ted' selalu menggunakan daya imaginasinya... kata bekas pensyarahnya. Walaupun rumit sesuatu masalah matematik itu pasti dapat diselesaikannya. sayangnya kehebatan dalam bidang matematik tidak diiringi dengan kemampuannya dalam membina hubungan sosial.Ted tidak mampu menjalin hubungan sosial dengan orang lain.Ted adalah orang pintar yang jahat. dia boleh disamakan dengan orang-orang pintar yang sengaja menghasilkan penemuan bagi membunuh orang lain.
Di sekeliling kita, terdapat ramai "ted" yang wujud dalam pelbagai jenis dan bentuk. Para cerdik pandai di sekolah ataupun di pusat pengajian tinggi sebahagiannya mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi sehingga tidak mampu dilaksanakan.Mereka ini merupakan tokoh-tokoh yang di kagumi oleh ramai orang. Sebahagian besar orang mengagumi Thomas Edison daripada peninju Muhammad Ali. Ini tidak salah, namun ia membuktikan kurangnya penghargaan kepada kemampuan lain yang dimiliki oleh setiap orang yang berlainan.
Cuba saudara teliti syarat bagi memohon Jawatan sebagai seorang pegawai seperti yang ditetapkan oleh sebuah Jabatan Kerajaan.Ia pernah dimuatkan dalam sebuah akhbar harian nasional: "memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, CGPA lebih daripada 3.0, pengalaman bekerja tidak kurang daripada 1 tahun, dan keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki ijazah dalam bidang kemanusiaan." Syarat seumpama ini biasa dikenakan bagi permohonan mana-mana Jawatan Pegawai sekalipun. Ia wujud kerana anggapan dan harapan berlebihan yang disandarkan pada kecederasan matematik.Ia juga menunjukkan seolah-olah wujud hubungan secara langsung di antara CGPA 3.0 dengan mutu kerja. Syarat seumpama ini secara tidak langsung merugikan mereka yang memiliki CGPA kurang daripada 2.0 tetapi mempunyai kecederasan lain yang lebih menonjol.

(di petik dari: Revolusi IQ.EQ.SQ, Taufik Pasiak )

Siapa MB Perak???

Setelah lebih 100 hari pergolakan politik di Perak, hari ini Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan "kerusi" MB itu miliki siapa????. Keputusan ini dijangka akan diketahui pada jam 3.30 petang...Walaupun keputusan awal mahkamah Tinggi, memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Nizar sebagai MB Perak yang sah, tetapi Dr. Zamry akhirnya mendapat perintah Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu...ekoran daripada rayuannya. Pergolakan ini nampaknya mungkin akan berlarutan, meskipun masing-masing mengambil jalan 'Undang-undang" untuk menyelesaikannya. Jangan pula nanti berlaku "gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati di tengah-tengah". Harapan kita ialah semoga keputusan pada petang ini diterima oleh masyarakat Perak. Cukuplah sampai di sini...akhirilah kemelut ini dengan perasaan 'Muhibbah" diantara dua belah pihak.

Wednesday, May 20, 2009

politik satu perspektif

Definisi Politik
Menurut kamus dewan edisi ke-4 terbitan 2005, politik di takrifkan sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Berasal daripada perkataan Arab, Siasah yang membawa maksud ilmu kenegaraan. Dalam dunia politik Islam, istilah politik di sebut sebagai Siasah syariyyah iaitu membawa maksud yang lebih menyeluruh dalam hala-hal yang bersangkutan dengan aktiviti mengurusi atau mengatur perkara mengikut landasan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.Jadi, makna siasah tersebut telah diterapkan pada pengurusan dan perlatihan orang yang diurus. Lalu, adalah tidak keterlaluan kalau ianya dihubungkaitkan dengan pengaturcaraan urusan-urusan asasi manusia itu sendiri. Perlaku atau tabiat dalam pengurusan itu dikenali sebagai ahli politik ( siasiyun ) atau politikus dalam bahasa Indonesia.

Dalam tradisi budaya bangsa Arab, perkataan Ulil Amri ( pemimpin ) adalah orang yang berperanan sebagai ketua dalam hal pengurusan modal insan termasuklah mengatur dan menjaga kebajikan orang yang di bawah pimpinannya.Dalam hal bernegara maka skop tugas dan peranan ulil amri itu lebih besar dan mencabar.Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "adalah bagi bani Israil, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya).Ketika kewafatan seorang nabi, nabi yang lain akan datang menggantinya.Tidak ada nabi selepasku, namun akan ada banyak para khalifah" ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pengurusan kemasyarakatan

Jika politik itu antara lainnya adalah berkaitan dengan pengurusan sosial, maka ruang keterhadan pengertian politik ternyata tiada batasnya,kerana persoalan mengurustadbir manusia itu juga tiada had dan sempadanya. Jadi, berkecimpung dalam politik itu bererti memerhati,mengamati, memantau, meneroka dan mengambil tahu kemaslahatan manusia.kalau di rujuk dari perspektif Islam, ternyata ia berhubung dengan kemashalatan kaum muslimin antaranya dengan cara menghindarkan kezaliman penguasa kepada orang Islam dan mengelakkan kejahatan musuh kafir daripada mereka.Oelh yang demikian peranan ahli politik itu termasuklah menasihati pemimpin yang menyalahgunakan kuasa serta memerangi kekufuran jika berlaku.Sabda Nabi s.a.w " sesiapa saja yang bangun pagi dengan gapainnya bukan kerana Allah maka ia bukanlah hamba Allah, dan sesiapa saja yang bangun pagi namun tidak mempedulikan urusan kaum muslimin lain maka ia bukan dari golongan mereka" ( Riwayat Al-Hakim )

Rasulullah s.a.w di tanya oleh seorang sahabat tentang apa yang paling utama berkaitan dengan Jihad? maka jawab Nabi s.a.w kalimah yang benar yang disampaikan pada penguasa.

Politik dikotori

Prinsip politik yang bersandarkan kepada wahyu dan kebenaran selalu dilupakan oleh pengiat politik.Jadilah politik itu bersifat kotor, bercampur dengan kedustaan, tipu daya, kepentingan diri, mengaut keuntungan dan ditutupi oleh sifat hiprokrit dan kepuraan. Tambah sakit lagi bila berlaku penyelewengan prinsip perjuangan iaitu berkiblatkan kepada fahaman sekularisme,maxisme dan banyak lagi fahaman ciptaan manusia. Sedangkan dalam pengurusan manusia seluruhnya telah ditentukan oleh Allah SWT. melalui pesuruhnya Nabi Muhammad SAW. Pandangan bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur adalah pandangan yang salah kerana kesan langsung daripada itu akan mewujudkan penguasa yang sentiasa memusuhi rakyatnya.

Pekan Kota Belud Sesak atau disesakkan

Sesekali pulang bercuti di daerah kelahiran Kota Belud, mengimbau kembali memori di awal remaja....setelah hampir 11 tahun saya meninggalkan daerah ini, banyak perubahan yang berlaku....saya mengikuti perkembangan ini kerana dalam setahun paling kurang saya pulang bercuti sebanyak 4 kali, ertinya daerah ini masih dihati saya,...keligatan kenderaan di dada pekan ini cukup menarik perhatian saya...kerana ianya tidak banyak berubah...kenderaan "pic up" masih menjadi trend pengangkutan penumpang di daerah kota belud....seingat saya hampir 40 tahun yang lepas....benar-benar tidak banyak berubah....hanya ketara perbezaannya ialah kesesakkan yang setiap kali berlaku di daerah ini. Pemerhatian saya, kesesakkan ini berlaku pada sebelah pagi dan petang....ada juga pada waktu puncak iaitu sekitar jam 12.00 tengahari...Timbul dalam benak saya apakah taraf hidup warga pekan ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam masa 10 tahun terkebelakang ini.??

Tapi dari pengamatan saya, pembangunan pekan kota belud ini bergerak perlahan....kalau dibandingkan dengan pekan Semporna, tempat di mana saya merantau selama hampir 11 tahun....Nampaknya langkah mengatasi kesesakan di pekan kota belud dengan membina jalan raya yang melangkaui pekan ini tidak berjaya, kerana dari penamatan saya kenderaan yang menyumbang kepada kesesakan ini bukannya kenderaan luar yang datang dari arah Kota Kinabalu dan Kudat serta Kota Marudu...tetapi dari kenderaan masyarakat tempatan yang berulang alik setiap hari ke pekan ini dengan membawa sarat urusan perbadi masing-masing...Jadi, apa 'rasional' di sebalik pembinaan jalan raya alternatif yang saya sebutkan tadi ????? dari satu segi mungkin menguntungkan penduduk setempat kerana berlaku proses pengambilan tanah yang terlibat dalam pembinaan jalan raya ini ....Namun setahu saya nilai tanah di kota belud tidaklah semahal nilai tanah di Tuaran...lagipun tanah pertanian berapa sajalah nilainya?....Malahan apa yang saya nampak...pekan kota belud semakin menjadi 'pekan mati" kerana warga dari daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas tidak berpeluang berkunjung atau singgah di pekan ini ketika dalam perjalanan ke Kota Kinabalu....Sekali lagi saya terfikir....apakah 'waras" keputusan itu?...Apa yang nyata..pembinaan jalan raya alternatif itu, tidak langsung menyelesaikan kesesakan di pekan ini...

Keputusan membina refelika atau tugu " kuda" di depan 'Raund about " di tengah-tengah pekan ini juga mengundang seribu persoalan di benak saya...Apa tidaknya, setahu saya logo yang digunakan oleh Majlis Daerah Kota Belud ialah gambar Kerbau/lembu....Apakah 'Kuda" itu satu 'Trade mark" baru bagi daerah Kota Belud??....Tambahan lagi bagi pengunjung yang 'First time" datang ke Kota Belud, tugu kuda ini tentu mendapat"Perhatian"..pada waktu yang sama mereka akan memperlahankan kenderaan mereka dan ini juga menyumbang kepada kesesakan di pekan kecil ini.... Begitu juga pembangunan yang tidak terancang adalah penyumbang kepada masalah ini....lihat saja pembangunan bandar di daerah ini....kebanyakkannya di buat di sebelah kampung Kota Belud...sedangkan banyak kawasan yang luas lagi di sebelah kampung Pirasan, kampung Bobot atau di sebelah Jalan menuju ke Kota Kinabalu.( Taman Nikmat ).....Harus di ingat kesilapan perancangan pembangunan masa kini akan menimpa musibah pada generasi akan datang.....

Bercerita tentang "kelembapan " pembangunan di daerah Kota Belud, saya terfikir untuk membandingkan dengan daerah Semporna...kerana 11 tahun saya berada di daerah ini, banyak pengalaman yang saya perolehi....saya cukup menghormati Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Afdhal kerana saya merasakan beliau cukup perhatin dengan keperluan masyarakat peribumi asal di daerah Semporna iaitu suku kaum Bajau...Ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan...daerah Semporna 'berubah wajah" dengan pembinaan pangkalan TLDM yang sekaligus merangsang aktiviti ekonomi di daerah ini....itu belum lagi soal-soal yang bersangkutan dengan 'keselamatan"....Begitu juga ketika beliau Dalam KEKWA...'Regata Lepa-Lepa" menjadi satu acara tahunan yang bertaraf antarabangsa,...Setiap bulan April...Daerah Semporna menjadi tumpuan dunia....keunikan yang cukup memukau....Setelah beliau berpindah ke KHEP, satu cawangan pejabat kementerian berkenaan telah di wujudkan di daerah ini berperanan untuk memantau 'naik turun' harga barangan...itu antara lain kewibawaan 'besar' yang ditunjukkan oleh ahli parlimen Semporna ini....

Tetapi di daerah Kota Belud...hal-hal sebegini setahu saya tidak berlaku...mungkin saya terlepas pandang tetapi itulah hakikatnya....Kota belud suatu ketika dulu...punya Ketua Menteri, tetapi yang saya ingat hanya Jalan raya Tuaran-Kota Belud yang menjadi mercu tandanya.....sedangkan keperluan asas masyarakat setempat tidak diambil perhatian....kenapa saya katakan... lihat saja kawasan Usukan dan sekitarnya.....Tamau, Pantai Emas, Kota Bungan, Pintasan, Dan banyak lagi...hingga kini masalah bekalan air bersih menjadi masalah besar.....Penduduk lebih suka mengambil jalan sendiri dengan mengorek telaga atau ada yang agak moden teknologinya "menarik" air dari bawah tanah.....Sedangkan masalah air ini sudah berlarutan seingat saya hampir 40 tahun...Ada paip yang disalurkan tetapi tidak ada air dan terlalu usang dan berusia hampir 30 tahun....( bersambung)

Betulkah Iranun terpinggir?????

Kalau sebelum ini saya mendedahkan bagaimana orang Iranun alpa kepada prinsip perjuangan 'kepolitikkan' dan mengutamakan kepentingan peribadi dari suvival bangsa sendiri.Dalam tulisan ini, saya cuba menyingkap bagaimana kesan kepada kealpaan itu, setelah sedekad akhirnya Suku minoriti ini seakan 'terpinggir' dari pemodenan dan pembangunan....betul atau tidak, mari bersama saya membincangkan isu 'keterpinggiran' ini dalam ruang lingkup keilmiahan yang bersandarkan kepada bukti-bukti yang saya paparkan.....melalui penulisan ini, mungkin menyinggung banyak pihak, tetapi apa yang saya harapkan ialah 'keterbukaan' kita menerima atau menolaknya. Mungkin saja penulisan ini tidak menyelami sebenar isu 'keterpinggiran' ini namun sebagai permulaan, ia cukup bermakna untuk membuka 'gelanggang' perbincangan yang lebih terurus sifatnya...

Menurut buku 'Iranun ' Sejarah Dan adat Tradisi' yang ditulis oleh Datu Bandira Datu Alang, suku Iranun asalnya adalah dari kepulauan Filipina,...iaitu dari pulau Mindanao .Penempatan awal ialah di teluk Illana. Satu suku yang bersifat berani, perantau, ahli pedagang dan arif dalam soal-soal pelayaran. Perkataan "Iranun" itupun dikatakan bermaksud "berkasih-kasihan", menggambarkan suku ini bersifat penyayang terutama kepada bangsanya.

Sejak dulu lagi, penempatan masyarakat Iranun adalah di pinggir laut di sepanjang daerah Kota Belud.Antaranya Tamau, pantai emas, Rampayan Ulu, Rampayan Laut, nanamun, Pintasan, dan banyak lagi....Biarpun suku ini merupakan golongan minoriti di Sabah, tetapi suku ini ternyata menyumbang besar dalam mewarnai liku-liku politik di negeri di bawah bayu ini....Keterlibatan suku Iranun ini dalam kancah politik nampaknya sesuatu yang cukup sinonim dengan pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat ini. Apa tidaknya, melalui politiklah ramai cendekiawan Iranun mendapat tempat, paling tidaknya pun sebagai "pengikut" setia kepada pemimpin yang bukan dari suku Iranun.Biasanya politik dilihat lebih besar impaknya terhadap kehidupan masayarkat Iranun jika di bandingkan dalam aspek lain seperti ekonomi dan sosial. Kenapa?? mungkin kerana tabiat dan perilaku masyarakat ini yang suka mengurustabdir aspek kehidupan masyarakat lain...memang tidak dinafikan bahawa di kalangan masyarakat Iranun itu ada yang berfikiran kedepan dan dapat meniti arus kemodenan....Justeru dikalangan masyarakat bajau terutamanya, golongan cendekiawan ( terdiri daripada golongan berumur ) turut mendapat tempat dan penghormatan.....Dari sudut yang paling ikhlas ,...fenomena kepimpinan ini ada baiknya...tetapi yang paling rumitnya ialah masyarakat Iranun "terlalu" berpolitik sehingga jauh terpinggir dari soal ekonomi dan peningkatan taraf hidup.

Mungkin permasalahan ini menimbulkan kegusaran di hati ramai masyarakt Iranun, kita lihat bersama senario yang bakal saya paparkan, kemudiannya buat perhitungan waras dan matang, sama ada benar atau sengaja "dibenarkan". Memang dari dulu lagi orang Iranun terkenal sebagai petani/pesawah dan juga nelayan kerana petempatan mereka seperti yang saya sebutkan awal tadi ialah di pesisir pantai daerah Kota Belud... Namun lebih dari 30 tahun, persoalan yang wajar di cari jawapannya ialah: berapa orang Iranun yang berjaya menjadi seorang petani moden? atau berapa orang yang berjaya menjadi nelayan yang mampu mengaut keuntungan yang lumayan ?dan persoalan yang paling besar berapa orang Iranun yang bertaraf 'Millione'? .....Kenapa???? Salahkah melontarkan persoalan yang sebegini besar kepada pemimpin Iranun??...Secara jujurnya...jawapan kepada persoalan itu ada pada semua orang Iranun.

Kemudiannya kita hadkan pula persoalan itu kepada pembangunan petempatan suku Iranun. Kalau kita menerobos terus kepada persoalan ini, kita seakan tidak terkejut langsung kalau saya mengatakan bahawa tidak "wajar " di abad ini, yang selalu kita katakan "alaf Baru" masih wujud petempatan yang terpinggir dari arus pemodenan....Usahlah dikatakan hal keinternetan kerana masih ada yang kebaru-baruan, tetapi kita sempitkan lagi skop ini kepada keperluan asas yang ada di perkampungan Iranun. Saya berfikir bahawa ramai yang bersetuju kepada saya, bila saya menyatakan bahawa masyarakat Iranun masih berjuang untuk ketentuan keselesaan hidup generasi mereka. Berapa ramai pemimpin Iranun yang benar-benar merasai denyut nadi dan jerit payah bangsanya????...Berapa ramai yang berkedudukan dalam soal pengaturcaraan ekonomi yang "turun padang" mengurus dan menunjukajar bangsanya dalam perusahaan dan peningkatan taraf hidup???? dan berapa ramai yang benar-benar ikhlas mengambil tahu akan kekurangan keperluan asas yang berlaku di perkampungan Iranun???? Sudah terlalu lama hal-hal ini tidak diperdebatkan diperingkat persatuan ataupun di Warung kopi...Kenapa??? Inilah 'Misteri" yang sukar diungkai...bukannya 'Misteri Nusantara".

Jadi, perlukah kita marah dan tersinggung bila persoalan :terpinggirkah Iranun??? ditimbulkan.Begitu ramai golongan terpelajar dari masyarakat Iranun yang seakan-akan "merestui" fenomena mengaibkan ini...kerana mereka sendiripun masih mencari erti prinsip perjuangan mendaulatkan bangsa mereka....apa puncanya? secara jujurnya lagi saya berpendapat...kerana tidak ada "nukleas" yang bertindak sebagai ketua dalam mengumpul minda-minda ' tidur" ini, sehingga segala idea dan semangat hilang begitu saja....( bersambung )

Tuesday, May 19, 2009

Iranun,politik dan dipolitikkan.

Setelah membaca coretan editor di laman blog Paikankb dan batu gadung, saya seakan terasa keikhlasan mereka mencerna idea "membuka minda " suku Iranun dalam soal-soal "kepolitikan' terutama dalam halatuju politikus-politikus Iranun yang secara mata kasarnya seakan terbelenggu oleh prinsip dan keprinsipan dalam kepartian. Setelah sedekad suku minoriti ini bergelumang dalam kancah politik di Sabah secara jujurnya saya melihat tidak ada yang patut dibanggakan sangat. Kerana kita seakan berada dalam arus yang maha kuat, "bertahan" pun hanyut, mengikut pun hanyut. Tidak ada satu penanda aras yang boleh membuktikan bahawa masyarakat Iranun terkedepan daripada masyarakat etnik lain di Sabah. Kalau kita merasa bangga dan megah hanya dengan satu atau dua orang pemimpin suku Iranun yang menempa nama dalam pesada kepolitikan di Malaysia, jangan kita lupa masyarakat lain pun telah melahirkan bilangan pemimpin yang lebih ramai dari itu. Jadi, apalah sangat nak di banggakan.....Malahan masyarakat Iranun masih "hanyut" dalam gelombang politikawan-politikawan yang nyata lebih hebat dan tersusun. Nah, betullah apa yang dikatakan oleh Batu gadung dan Paikankb......ke mana hala tuju politik Iranun?????...Saya selalu menggunakan perkataan dengan izin "world View" dalam hal-hal yang bersangkutan dengan survival kepolitikan masyarakat Iranun, kerana saya merasakan "pandang dunia" masyarakat Iranun dulu tidak jauh beza dengan yang ada sekarang....Kenapa???..sedangkan dalam masyarakat Iranun itu telah lahir pelbagai demensi keakademikan.....kita ada peguam, doktor, ahli farmasi,usahawan, pegawai tinggi kerajaan....ahli poltik berwibawa....,,,bahkan ratusan siswazah-siswazah Iranun dari pelbagai bidang sama ada dari luar negara atau dari IPTA...telah berjaya di lahirkan. namun Iranun masih lagi "dipolitikkan".... Pertimbangan dan kewarasan dalam menentukan prinsip perjuangan,,, itu yang tidak dimiliki oleh kebanyakan politikus-politikus Iranun...bahkan kesejagatan idea dan karisma kepimpinan yang sepatutnya di kembangkan tidak diambil perhatian..... pokok pisang pun, kalau di cantas berulang kali...akan menghasilkan buah yang tidak seberapa.... Itulah hakikatnya...'Pandang Dunia' masyarakat Iranun dalam hal kepartian...tidak diperhalusi oleh kepentingan suku minoriti ini secara jangka panjangnya...apa yang ada banyak kepada kepentingan peribadi dan suku sakat yang cukup terhad sifatnya.... sejak dulu lagi..saya mengharapkan akan ada politikus Iranun yang tidak seperti "tikus"...hanya kelihatan pada masa -masa tertentu, dan takut pada waktu-waktu tertentu....Bila???..Apa yang menakutkan saya ialah, lama kelamaan, tidak akan ada lagi medan ilmiah yang membicarakan kepolitikan suku Iranun secara lebih waras sifatnya dan mendalam keperibadian Iranunnya.... dan kalau ini yang berlaku...Siapa yang malu?...bukan mereka dan keluarga mereka...tetapi seluruh masyarakat Iranun akan merasa' kebejatannya'.Bertindaklah sebelum semuanya itu berlaku....

BN tidak meletakkan calon di Penanti

Keputusan BN tidak meletakkan calon dalam pilihanraya Dun Penanti bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, kerana sebelum BN mengadakan mesyuarat tertinggi, PM telahpun membayangkan tidak akan "mengikut rentak tari" pihak pembangkang. Mungkinkah ini yang dikatakan oleh UMNO sebagai satu 'Tranforamasi"?.Atau barangkali ini juga adalah manifestasi kepada ungkapan 'rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan" ?. Bagi pemerhati politik tanah air, keputusan ini adalah satu keputusan yang menyonsang arus ekosistem politik negara. Pun begitu bagi yang lebih liberal, melihat inilah satu tranformasi baru dalam kepolitikan di negara ini. Sepanjang hampir 50 tahun, BN tidak pernah gentar menghadapi apa juga kemungkinan yang bakal terjadi dalam gelanggang pilihanraya yang dihakimi oleh rakyat. Tapi bagi KM Pulau Pinang, keputusan tidak meletak calon dalam pilihanraya ini adalah sesuatu yang biasa kerana BN pernah tidak menyertai pilihanraya pada tahun 1957 di Mengelembu.Tinggal lagi, bagi rakyat jelata, keputusan ini akan menjadi satu "tanda tanya" akan kewarasan di sebaliknya.Biarlah PM dan BN yang tahu akan "kewarasan" itu.

Saturday, May 16, 2009

Kes kedua Influenza A ( H1N1 )

Semalam sekali lagi rakyat Malysia di maklumkan bahawa negara telah mencatatkan kes kedua Influenza A (H1N1) semalam selepas seorang pelajar perempuan yang pulang dari Amerika Syarikat (AS) disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Mangsa pertama yang disahkan dijangkiti virus ini adalah pelajar lelaki berusia 21 tahun yang dikatakan rakan kepada pelajar perempuan berkenaan dan kedua-duanya menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 yang sama dari AS.Langkah kerajaan mengumumkan statistik terkini laporan jangkitan virus ini amat-amat dialukan.Selain memberi penerangan kepada masyarakat ia juga sebagai langkah berjaga-jaga kerajaan dalam usaha mengekang jangkitan virus ini. Adalah wajar rakyat di negara ini membatalkan lawatan ke negara-negara yang mencatat jangkitan yang tinggi virus H1N1 ini terutama AS. Walaupun PM mengatakan belum sampai ketahap menghalang rakyat negara ini ke luar negara, tetapi atas kesedaran dan usaha menghalang merebaknya virus ini yang dikatakan boleh merebak melalui aktiviti manusia, seperti pernafasan dan sebagainya, wajarlah setiap individu mengambil peranan penting dengan tidak mengunjungi negara-negara yang terlibat dalam penyebaran virus ini.

Friday, May 15, 2009

krisis politik di perak

saya rasa terpanggil untuk membicarakan kemelut politik di perak ini apabila saya membaca beberapa artikel di laman blog batu gadung menyatakan keperhatinan beliau dalam krisis kepimpinan yang berlaku di perak. apa yang nyata kemelut ini perlu di tamatkan segera demi kepentingan rakyat di Perak dan juga demi maruah negara. apakah kita berani menyatakan bahawa negara kita terlepas daripada teropong masayarakt dunia luar? Atau apakah kita setuju bahawa krisis di Perak hanya merupakan isu dalaman? atau apakah juga kisah Sang Rajuna Tapa berulang dalam lingkaran sejarah?Atau Hang Jebat moden telah kembali menguasai pesada politik tanahair? persoalan ini perlu diulas dengan lebih mendalam dalam suasana ilmiah yang menguntungkan semua pihak.Apa-apapun sikap dan pendirian untuk membawa pihak istana untuk mendendangkan propaganda politik adalah satu langkah sumbang yang keterlaluan. Raja atau sultan adalah payung yang sentiasa memayungi rakyat jelata, berada dalam ruang lingkup kesederhanaan dan dilihat sebagai institusi "suci " menyelesaikan kebuntuan yang dihadapi oleh Sang Demang Lebar daun...... Kita seakan mengimbau sejarah silam apabila "keadilan" tidak tertegak dengan sesungguhnya, maka akan lahirlah "jebat" sebagai wira.....dan berlakulah pelanggaran "wadaat"...menang jadi arang, kalah akan hancur menjadi debu....Kembalikan kepada "rakyat"untuk menentukan gelombang politik di Perak....kerana...yang diperintah adalah "rakyat" dan kerajaan adalah "rakyat" ......

Saturday, May 9, 2009

Hubungan Etnik Meruncing Di Awal Era Darurat

Salah satu strategi ekonomi yang diamalkan oleh British ketika menjajah tanah Melayu ialah dasar membawa masuk golongan migran yang terdiri daripada kaum China dan kaum India. Golongan migran ini dibawa masuk untuk berkerja dalam sektor-sektor ekonomi yang tertentu. Bagi kaum China sektor perlombongan dan perniagaan runcit menjadi pekerjaan utama , manakala orang-orang India pula terlibat dalam sektor perladangan.Pada masa yang sama British menjalankan dasar “pecah dan perintah” bukan sahaja dalam konteks politik, tetapi juga dalam konteks ekonomi dan sosial dengan memperkenalkan ekonomi mengikut kaum.

Era darurat di tanah Melayu 1948-1951 telah menyaksikan pelbagai peristiwa pahit telah berlaku. Antaranya ialah berkaitan dengan semangat perkauman yang tidak dibendung dan malahan menjadi amat kritikal antara kaum Melayu, China dan India.Antara peristiwa yang menjadi pencetus kepada hubungan etnik yang meruncing dalam era darurat ini ialah gerakan memisahkan Pulau Pinang daripada Persekutuan Tanah Melayu. Gerakan dilancarkan oleh beberapa persatuan negeri yang bertujuan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai “Singapura II”. Sebagai golongan minoriti di Pulau Pinang, Orang Melayu menentang keras gerakan pemisahan ini. Akhirnya pada Januari 1949, lebih daripada 2,000 orang Melayu telah mengadakan tunjuk perasaan sebagai bantahan kepada gerakan pemisahan ini.

Faktor kedua yang menyumbang kepada wujudnya hubungan etnik yang meruncing dalam era darurat ialah keengganan sesetengah pemuda Cina untuk menyertai Pasukan Khas Perkhidmatan Kebangsaan yang ditubuhkan pada Disember 1950. Pasukan ini pada asasnya bertujuan untuk melawan PKM dan merapatkan hubungan antara Melayu dan Cina.Kengganan orang Cina ini telah menimbulkan prejudis di kalangan orang Melayu terutama dalam soal berkaitan dengan kesetiaan kepada Negara.

Rancangan Bringgs iaitu penempatan semula setinggan Cina di luar Bandar pinggir hutan telah menjadi factor tercetusnya hubungan etnik yang meruncing antara kaum Cina dan Melayu pada awal era darurat. Ini kerana penempatan masyarakat Cina ini melibatkan pengambilan Tanah Simpanan Melayu sebagai kawasan perkampungan tanpa pampas an yang sepatutnya.Penempatan ini pula dilengkapi dengan kemudahan asas berbanding dengan penempatan orang Melayu.Akibatnya timbul rasa tidak puas hati dikalangan orang Melayu dan ini merumitkan lagi hubungan etnik yang sedia ada.

Faktor lain ialah dasar British ketika darurat. British membelanjakan wang yang banyak untuk menghapuskan komunis dan memujuk masyarakat Cina untuk menyokong British. Sedangkan pada waktu yang sama British mengabaikan orang Melayu dan India terutama dalam soal kemiskinan dan ekonomi.Selain itu kegagalan Onn Jaafar membuka keahlian UMNO kepada bukan melayu turut mengagalkan usaha merapatkan hubungan etnik di tanah Melayu.

Aplikasi Teknologi Dalam Pendidikan

1. Pengenalan.

Sistem pendidikan di Malaysia pada abad ini telah mengalami satu perubahan yang amat ketara khususnya dari aspek penggunaan teknologi moden yang serba canggih.Alam dan senario pendidikan juga telah mengalami proses yang begitu pantas yang telah diperkenalkan kepada setiap pelosok tenaga pengajar yang berada di Malaysia.Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan teknologi baru telah diperkenalkan kepada guru-guru. Kini sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan teknologi moden makin mendapat sambutan di kalangan pelajar kerana minat terhadap teknologi yang mendalam.

Oleh yang demikian, teknologi multimedia boleh menjanjikan potensi besar dalam merubah gaya pembelajaran seseorang pelajar.Ini dapat dilihat melalui proses pembelajaran yang melibatkan bagaimana seseorang pelajar memperolehi sesuatu maklumat atau fakta,cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya.Para pendidik telah mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran multimedia.Ini adalah bertujuan untuk membentuk pengetahuan pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka ilmu multimedia serta menguasainya dengan lebih mendalam.

Justeru itu,para pendidik melalui sistem pendidikan di Negara ini, memainkan peranan yang penting dalam membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan multimedia. Sumber maklumat serta rujukan bukan lagi berkiblatkan buku teks semata-mata akan tetapi lebih luas daripada itu yang lebih bersifat global. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas.Bersesuaian dengan pepatah ‘ilmu tanpa sempadan’.

Definisi Sains Dan Teknologi

Sains adalah salah satu perkataan dan sebutan yang berasal daripada bahasa Latin,scinetia yang membawa maksud mendapatkan ilmu dan maklumat dan juga seperti proses untuk memperolehi maklumat yang lain. Sains bermula dengan pengalaman dan diikuti dengan memperolehi hasil dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara dalam sesuatu pemerhatian perlulah melihatnya dengan teliti,mengukurnya,membuat uji kaji dan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Kebiasaannya sesuatu fakta Sains boleh diukur secara nyata dan jelas melalui beberapa formula yang dikenalp pasti lebih awal. Sebab itulah kesan daripada ilmu Sains ini ialah penciptaan alat-alat moden yang dikenali sebagai “Teknologi”.

Mereka yang melakukan proses-proses Sains ini digelar ahli sains. Mereka ,perlulah lebih berhati-hati dalam menerangkan perihal atau sesuatu yang dikaji. Setiap ahli sains sentiasa berlumba-lumba untuk mencari penjelasan yang lebih menarik melalui pengulangan eksperimen yang dijalankan bertujuan mendapatakan hasil yang lebih ringkas, mudah dan murah. Ini adalah bertujuan untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Dunia ini, telah menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam duniawi,badan manusia atau binatang mahu pun angkasa lepas. Sains merupakan satu proses yang berterusan.Oleh yang demikian perlu difahami bahawa apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa satu ratus tahun lagi.

Manakala Perkataan “Teknologi” Menurut Wikipedia Bahasa Melayu,merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan,mesin,bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi sentiasa sinonim dengan daya cipta atau rekaan yang berteraskan beberapa disiplin sains yang melibatkan proses terkini. Walau bagaimanapun,rekaan lama bukanlah pula teknologi yang ketinggalan seperti proses pembuatan tayar yang masih menunjukkan daya cipta yang menggunakan teknologi.

Maksud yang kedua ialah teknologi dirujuk sebagai satu proses pembangunan atau penggunaan alatan dalam bidang ekonomi, di mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Teknologi bukan sahaja berkembang tetapi juga boleh mengalami perubahan secara drastik atau perlahan, ia bergantung kepada tahap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh seseorang. Oleh yang demikian,teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal seseorang individu itu berubah.

Manakala takrifan teknologi yang digunapakai di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Pengaplikasian ilmu sains ini perlu seimbang dari semua aspek kehidupan manusia, tidak sahaja berkaitan dengan aspek ekonomi tetapi juga meliputi pengaplikasian dari aspek pembangunan maklumat, pembangunan social dan akhlak serta pengaplikasian dalam pembangunan pentabdiran dan pengurusan. Justeru itu Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha mencungkil bakat dan kemahiran pelajar dalam bidang sains dan teknologi ini melalui beberapa program seperti pertandingan rekacipta dan inovasi, selain daripada pemyelidikan dan pembangunan dalam bidang bioteknologi yang dijalankan oleh institusi pengajaian awam dan juga pihak swasta.

Teknologi Terkini Yang Akan Diaplikasikan Dalam Bidang Pendidikan.

Dalam arena bidang pendidikan, teknologi memainkan peranan penting khususnya dari aspek pengaplikasian melalui sistem penyampaian pengajaran. Sistem penyampaian adalah salah satu kaedah pemerolehan maklumat daripada sumber (Guru ) ke penerima maklumat iaitu pelajar yang bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran. Teknologi bukan sahaja memudahkan pengaliran maklumat tersebut bahkan juga membantu dalam proses pemahaman dan berupaya menarik minat pelajar. Isi pengajaran yang ingin di sampaikan oleh seseorang guru akan mudah difahami oleh pelajar dengan lebih berkesan melalui penggunaan alat-alat teknologi semasa disamping menjimatkan kos dan masa.

Terdapat pelbagai bahan yang boleh dikategorikan sebagai bahan sumber teknologi pendidikan dan didapati pengkategorian ini selari dengan media teknologi terkini. Pengklasifikasian teknologi ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Teknologi yang berasaskan jenis-jenis bahan yang bercetak dan teknologi yang berasaskan jenis-jenis bahan bukan bercetak.

Bagi teknologi bahan yang bercetak adalah seperti terbitan berkala, buku bukan fiksyen, buku fiksyen dan gambarfoto.Manakala bagi teknologi jenis bukan bercetak pula adalah seperti perkakasan yang merangkumi bahan pendengaran (audio),bahan tayang seperti ‘overhead projecter’ dan bahan bukan tayang seperti papan magnet,imej printer dan banyak lagi.Selain daripada itu juga,perisian dan bahan tiga dimensi juga diklasifikasikan sebagai bahan teknologi jenis yang bukan bercetak.

Alatan audio-visual adalah kenderaan yang menyalur mesej pendengaran dan visual melalui kaedah mekanikal atau elektronik.Teknologi ini adalah merupakan salah satu teknologi yang berfungsi sebagai alatan audio-visual yang membentang mesej yang distruktur secara lelurus. Melalui teknologi ini, pelajar boleh mengawal akan kelajuan atau urutan penyampaian untuk menambahkan kepada kefahaman mesej yang ingin disampaikan kepada pelajar yang lain.

Penggunaan media seperti video dan animasi adalah juga turut merupakan teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam mempersembahkan proses ujikaji atau eksperimen untuk membolehkan pelajar memahami dan seterusnya menguasai konsep yang diperlukan dengan lebih mudah. Justeru itu, setiap aktivti atau eksperiman yang ingin diujikaji yang melibatkan tindak balas bahan kimia berbahaya boleh dilaksanakan dengan selamat tanpa memudaratkan kesihatan.Kos penyelenggaraan atau pelaksanaan ujikaji yang mahal juga dapat ditangani menerusi penggunaan aplikasi multimedia yang berteknologi tinggi.

Teknologi berasaskan komputer adalah merupakan peralatan teknologi terkini yang mendapat tempat dalam penyaluran maklumat terutama dalam pengajaran dan pembelajaran. Komputer bukan sahaja bertindak sebagai pemudahcara dengan menyimpan maklumat elektronik secara digital dan meyampaikannya melalui mikropemprosesan pada peranti paparan tetapi juga mampu dijadikan sebagai tempat penyimpanan makulmat dalam jangka panjang selain selamat dan mudah digunakan. Walaupun capaian rawak secara tidak berturut akan tetapi melalui teknologi ini,kebanyakan interaksi berasaskan komputer dikatakan lebih efisien dan berpusatkan pelajar. Menyedari kegunaan teknologi komputer dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran telah menambahbaik kemudahan asas di sekolah-sekolah luar Bandar supaya teknologi komputer ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran. Makmal-makmal komputer telah dibina dan peruntukan ICT telah ditambah. Ini adalah ekoran daripada hasrat kerajaan yang ingin melihat generasi pelajar adalah celik komputer.

Teknologi bersepadu merupakan penggabungan ciri-ciri teknologi dengan menggunakan pelbagai format di bawah kawalan mikropemproses. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia adalah merupakan komponen yang melalui proses pembelajaran dengan efisien secara interaktif. Pembelajaran melalui penggunaan laman web dan internet merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna.Ciri-ciri pengajaran berasakan web adalah lebih berkesan berbanding pengajaran konvensional.Ini terbukti apabila pengajaran berasaskan web melalui kaedah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan hipermedia mampu disampaikan kepada pelajar tanpa linear.

Pengaplikasian Teori-Teori Dalam Pengajaran Yang Berasaskan Teknologi Terkini.

Melalui teori Behavioris,model reka bentuk pengajaran Siknner adalah berasaskan tiga prinsip iaitu maklumat dalam langkah-langkah kecil yang menambah,penglibatan aktif pelajar dan pengukuhan respon yang tepat. Secara langsung teori Behavioris melalui kaedah Skinner boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer lelurus atau bercabang. Ini kerana dengan penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar akan terlibat secara langsung dalam penerokaan maklumat dan pengendalian peralatan komputer. Penglibatan ini adalah bersesuaian dengan prinsip teori ini yang berkhendakkan sesorang pelajar mendapat maklumat sendiri atau secara kendiri.

Manakala teori-teori kognitif tentang pembelajaran menjadikan pengaruh kognitif dalam pembelajaran menjadi kuat terhadap reka bentuk pengajaran sistematik dengan berpandukan kepada ciri-ciri pelajar sebagai asas reka bentuk dan perkembangan serta penentuan strategi instrauksi yang selari dengan penilaian formatif sebagai ciri utama reka bentuk instruksi yang baik. Dalam penggunaan alat-alat teknologi misalnya, berfiungsi sebagai medium untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi ternyata menyumbang kepada pekembangan kognitif pelajar. Bukan itu sahaja aktiviti pembelajaran yang dirancang secara sistematik dan teratur akan memudahkan pelajar dan guru membuat penilaian tentang keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Pelajar akan dirangsang untuk meneroka maklumat yang dikehendaki secara mendalam dalam dunia teknologi. Bahkan maklumat dikatakan berasa di hujung jari pelajar. Kemudahan yang diperolehi ini sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kognitif pelajar.

Perbezaan pandangan kognitif daripada Behavioris adalah pelajar memproses secara mental dengan aktif apa yang diterima dan merespon dalam pelbagai cara mengikut perbezaan individu.Teori kognitif juga memberi penegasan terhadap struktur pengetahuan dan strategi metakognitif bagi tujuan penyelesaian masalah dan perubahan dalam reka bentuk persekitaran untuk memudahkan gelintiran dan dialog telah membawa amalan reka bentuk kepada bidang pandangan konstruktivis.Prinsip pembelajaran kontraktivisma adalah merupakan kaedah pembelajaran yang melibatkan proses pembelajaran daripada pengalaman.Justeri itu,pembelajaran pelajar yang berfokuskan kepada bidang-bidang yang melibatkan pengggunaan teknologi terkini khususnya internet dan laman web adalah merupakan pembelajaran pelajar melalui pengalaman sendiri. Merasai sendiri pengalaman dalam pembelajaran akan lebih memberikan kesan kepada kehidupan pelajar. Isi pelajaran bukan sahaja dapat difahami dengan mudah tetapi juga maklumat tersebut boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Dengan ini matlamat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif serta sensitif dengan keperluan kehidupannya akan dapat dicapai dengan mudah dan berkesan. Perkembangan Jasmani, rohani dan mental akan berjalan dengan seiring kea rah melahirkan pelajar yang seimbang dan manusia yang berguna kepada diri dan masyarakatnya.

Oleh yang demikian,teori behavioris,teori kognitif dan teori konstruktivisma adalah beberapa teori yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran yang berpandukan teknologi-teknologi terkini yang serba canggih.Justeru itu,untuk mempastikan pembelajaran wujud para pendidik seharusnya sedar tugas pembelajaran yang terlibat.Ini membolehkan setiap guru memfokuskan ketiga-tiga teori ini dalam pengaplikasian pengajaran dan pembelajaran.Contohnya,melalui teori Behavioris lebih cenderung untuk penguasaan pengetahuan am “mengetahui apa?”.Manakala teori kognitif pula diaplikasikan bagi kaedah penyelesaian masalah di mana fakta dan peraturan tertakrif diguna dalam konteks atau tempoh masa yang berbeza “mengetahui bagaimana?”

Aplikasi multimedia dan komunikasi sinkroni atau taksinkroni oleh web dan lebuh raya elektronik boleh membekalkan adunan yang baik bagi pendekatan mungkin berjaya sebaik sahaja warga pendidik memahami dan mengguna pakai prinsip-prinsip di belakang prespektif teori pembelajaran. Walau bagaimanapun pengetahuan dan kemahiran yang tinggi diperlukan ketika mengendalikan peralatan multimedia ini. Sewajarnya setiap pendidik memepersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran agar tidak menghadapi masalah dan kerumitan ketika menggunakan peralatan canggih ini. Kesungguhan kerajaan melatih dan mengeluarkan warga pendidik yang celik ICT perlu diambil kesempatan oleh para guru untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran sebagai menyahut hasrat kerajaan ini.

Kesimpulan.

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai jenis teknologi yang dipalikasikan dalam dunia pendidikan masa kini. Antara yang menjadi tumpuan ialah pengaplikasian teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini perlu mendapat kerjasama dari semua pihak termasuklah warga pendidik dan masyarakat keseluruhannya. Hanya pelajar yang celik ICT sahaja yang akan mampu mengaplikasikan teknologi dalam pembelajaran mereka. Justeru

PERKEMBANGAN PENGGUNAAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN.

Kritikan Jurnal ini adalah berdasarkan kepada tulisan En. Amat Juhari Moain, yang bertajuk “ PERKEMBANGAN PENGGUNAAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU” . Diterbitkan dalam JURNAL DEWAN BAHASA, JILID 36 BIL.11. NOVEMBER 1992. TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP).

Secara umumnya, tulisan beliau ini membincangkan mengenai perkembangan penggunaan beberapa jenis tulisan yang pernah digunakan dalam bahasa Melayu.Menurut beliau, terdapat lima jenis tulisan yang pernah digunakan dalam bahasa Melayu iaitu tulisan dari India, tulisan Rencong, tulisan Jawa, tulisan Arab atau Jawi dan tulisan Rumi. Beberapa pendapat tokoh-tokoh sejarah dan bahasa yang telah membuat pernyelidikan dalam bidang ini turut dikemukakan berdasarkan prasasti-prasasti yang ditemui. Perkembangan tulisan-tulisan ini telah menarik minat penulis untuk membuat ulasan terhadap penulisan ini.

RINGKASAN.

Secara ringkasnya, Jurnal yang ditulis oleh En.Amat Juhari Moain ini mengupas persoalan mengenai evolusi atau perkembangan penggunaan tulisan dalam bahasa Melayu sekitar abad ke 4 M hinggalah kini. Penggunaan tulisan dari India merupakan tulisan terawal yang dapat dikesan diikuti tulisan Rencong, tulisan Jawa, tulisan Arab atau Jawi dan yang terakhir tulisan Rumi. Tulisan-tulisan ini telah mempengaruhi bahasa Melayu mengikut zaman masing-masing.Tulisan dari India di kesan pada abad ke 4 M berdasarkan beberapa penemuan Prasasti yang membuktikan penggunaan tulisan ini. Contohnya, Prasasti yang ditemui di Kutai, Kalimantan menggunakan tulisan jenis ini tetapi dalam bahasa Sanskrit. Selain itu Prasasti di Sajamerta, Jawa Tengah bertarikh awal abad ke -7 M, Prasasti Manjusyrigraha di Candi Sewu ( 792 M) dan beberapa prasasti lagi yang turut di jumpai di sekitar kepulauan Jawa.

Manakala prasasti yang berbahasa Melayu pula ditemui di kepulauan Sumatera, terutama pada zaman kerajaan Sriwijaya. Antaranya seperti Prasasti Telaga Batu dan Prasasti Talang Tuwo di Palembang ( 684 M ), Prasasti Kota Kapur di Pulau Bangka ( 686 M),dan beberapa lagi prasasti yang turut di temui di beberapa bahagaian Selatan dan barat Sumatera serta di Aceh. Di Semenanjung dan Selatan Thai juga di temui beberapa prasasti termasuklah di Manila dan Vietnam yang bertarikh abad ke-9 M.

Tulisan Rencong banyak dipengaruhi oleh tulisan dari India dan banyak digunakan di Sumatera.Walau bagaimanapun, bentuki tulisan ini berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain mengikut konteks dan budaya penggunaannya.Contoh-contoh tulisan ini ialah seperti tulisan Batak Karo,Batak Toba,Mandailing,Minangkabau Asli dan lain-lain.Tulisan jenis ini juga telah dikesan di Sulawesi dan Filipina di sekitar Teluk Manila. Ianya ditulis pada kepingan buluh, kayu dan dilorek pada kepingan logam. Dalam bahasa Melayu, tulisan Rencong ini dikesan digunakan dalam bahan sastera Melayu Klasik.

Tulisan Jawa, juga dikatakan berasal daripada tulisan India. Prasasti bahasa Jawa yang telah dikesan adalah bertarikh abad ke-8 M.Tulisan yang digunakan adalah tulisan kawi yang berasal dari India.Walaupun, kesusasteraan Jawa banyak ditulis menggunakan tulisan India tetapi bahasa yang digunakan adalah bahasa Jawa kuno. Jadi tidak hairanlah jika bahasa Jawa ini kaya dengan hasil kesusasteraan sehingga bahan bahasa Melayu pun ditulis menggunakan tulisan Jawa.

Penggunaan tulisan Arab atau Jawi dalam bahasa Melayu pula berlaku semasa kemasukan agama Islam di Tanah Melayu. Menurut ahli sejarah, tulisan ini berasal daripada tulisan orang-orang Fonisia purba dan telah berkembang dari satu peringkat ke satu peringkat sehingga zaman kebangkitan Islam. Justeru itu kedatangan Islam di kepulauan Nusantara telah menyebabkan penggunaan tulisan Jawi secara meluas. Beberapa artifak tinggalan sejarah ditemui di Asia Tenggara yang membuktikan penggunaan jenis tulisan ini.Tulisan Arab yang tertua di temui di Tanah Perkuburan Langgar, Alor Setar, Kedah bertarikh 290H bersamaan dengan 910 M berupa batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam.Selain daripada itu terdapat juga beberapa batu nisan yang ditemui di Pahang, Selatan Vitenam dan Brunei. Namun begitu, kesemua tulisan ini masih lagi dalam bahasa Arab.

Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H bersamaan dengan 1303 M telah membuktikan bahawa tulisan Arab dalam bahasa Melayu atau tulisan Jawi telah digunakan sebagai tulisan undang-undang setempat. Apa yang jelasnya, penggunaan tulisan Jawi ini telah tersebar dalam zaman bahasa Melayu Klasik. Sehingga pada zaman itu tulisan Jawi digunakan secara meluas di kepulauan Nusantara. Banyak kitab-kitab agama yang ditulis menggunakan tulisan Jawi ini, dijadikan rujukan sehingga ke hari ini. Pendeknya, tulisan Jawi ini telah mencatat zaman kegemilangannya sehingga mampu mempengaruhi budaya dan tamadun Melayu sejak kedatangan Islam sehingga ke zaman ini.

Penjajahan orang-orang Barat di kepulauan Melayu telah membawa bersama pengenalan tulisan Rumi. David Barbosa adalah orang yang pertama menggunakan tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. Pada tahun 1521, catatan mengenai daftar kata Melayu-Barat telah dibuat oleh Antonio Pigafetta. Penyusunan kamus Melayu-belanda telah bermula pada tahun 1598. Manakala kamus Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu pada tahun 1701 M. Ini adalah kerana bahasa Melayu pada waktu itu digunakan untuk tujuan ekonomi semata-mata. Justeru itu sistem ejaan Belanda dan Inggeris telah menguasai tulisan dalam bahasa Melayu.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah meletakkan Tanah Melayu di bawah kekuasaan Inggeris. Ini telah membawa perubahan besar dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Inggeris menggunakan sistem ejaan Wilkinson ( 1902 ) .Manakala Indonesia yang diletakkan di bawah kekuasaan Belanda ,menggunakan sistem ejaan Van Ophuijsen (1901). Pengenalan sistem pendidikan penjajah yang disesuaikan dengan kehendak dan politik penjajahan mereka telah membawa kepada penggunaan tulisan Rumi dan penyisihan kepada tulisan Jawi. Di Indonesia, Belanda telah menjadikan kepelbagaian suku bangsa sebagai alasan untuk memperkenalkan sistem tulisan Rumi dan melenyapkan tulisan Jawi. Akhirnya matlamat ini berjaya dicapai apabila penggunaan tulisan Jawi mengalami kegelapan dan hanya digunakan oleh sekelompok kecil masyarakat Indonesia. Berbeza, di Malaysia tulisan Jawi pada waktu itu masih dapat bertahan dan masih digunakan di Sekolah Agama Rakyat. Selain itu beberapa majalah agama dan surat khabar masih diterbitkan dalam tulisan Jawi. Namun selepas Akta Bahasa 1963 diluluskan, tulisan Rumi telah dijadikan tulisan rasmi bahasa Melayu.

KRITIKAN

Sebelum penulis mengupas persoalan yang dibicarakan dalam Jurnal “Perkembangan Penggunaan Tulisan Dalam Bahasa Melayu” hasil tulisan En.Amat Juhari Moain, terlebih dahulu penulis mengutarakan tentang pentakrifan istilah “Melayu” itu sendiri yang menjadi teras dalam penulisan ini. Jika bersandarkan kepada pendapat En. Aziz Deraman ( 1996 ), pentakarifan istilah ”Melayu” itu merujuk kepada sempadan geopolitik dan generik yang cukup luas; Thailand di Utara sehingga ke Indonesia di Selatan, dan dari Malagasi di Barat hingga ke Farmosa ( Taiwan ) di Timur. Justeru itu, berdasarkan pentarikfan ini, penulis tidak membataskan takrif “Melayu” itu kepada “Melayu” di Malaysia sahaja bahkan merujuk kepada bangsa rumpun Austronesia yang merangkumi Polinesia, Melanesia dan Mikronesia. Suatu rumpun bangsa yang besar yang mendiami kepulauan Melayu dan kawasan-kawasan penghijrahan bangsa Melayu itu. Hal ini adalah amat penting kerana tumpuan penulis dalam kritikan Jurnal ini adalah mengenai perkembangan tulisan yang pernah dan digunapakai dalam bahasa bangsa Melayu itu.

Walaupun Jurnal tulisan En.Amat Juhari Moain ini memperkatakan tentang beberapa bentuk tulisan yang digunakan dalam bahasa Melayu seperti tulisan dari India, tulisan Rencong, tulisan Jawa, tulisan Arab atau Jawi dan tulisan Rumi, namun penulis mendapati perkembangan tulisan-tulisan ini tidak diterangkan secara lebih jelas, terutama zaman penggunaan tulisan-tulisan ini bersandarkan kepada beberapa pendapat para pengakaji. Memang penulis mengakui bahawa ada juga diutarakan pendapat dari ahli sejarah dan beberapa bukti penemuan prasasti-prasasti yang membuktikan kewujudan sesuatu jenis tulisan itu, namun bagi penulis pendapat-pendapat itu hanya bersumberkan kepada pendapat yang bersifat “pro”, sedangkan ada juga pendapat yang “kontra” terutama mengenai jenis tulisan ini dan zaman perkembangannya. Inilah yang cuba diutarakan oleh penulis, supaya perbandingan dapat dibuat dan pemahaman akan lebih jelas dan dalam.

TULISAN DARI INDIA

Berdasarkan Jurnal ini, dikatakan bahawa tulisan dari India yang mempengaruhi bahasa Melayu, telah dikesan seawal abad ke-4 M lagi, dan menggunakan tulisan Pallava dan Devanagari. Ini berdasarkan kepada beberapa prasasti yang ditemui. Antaranya seperti Prasasti yang dijumpai di Kutai , Kalimantan yang menggunakan tulisan India tetapi dalam bahasa Sanskrit. Menurut F.J Moorhead (1959 ) perkara yang diceritakan pada prasasti ini adalah mengenai seorang raja di Kutai pada waktu itu yang bernama Mulavarman. Selain itu Prasasti Sajamerta yang ditemui pada abad ke-7 M di Utara Jawa Tengah juga menggunakan jenis tulisan ini. Begitu juga di beberapa tempat di sekitar Sumatera, beberapa Prasasti turut dijumpai seperti Prasasti Talang Tuwo dan Prasasti Telaga Biru di Parlembang, Prasasti Kota Kapur di Pulau Bangka, Prasasti Karang Berahi, Prasasti Palas Pasemah, Prasasti Bukit Gombak dan Prasasti Minye Tujuh Aceh. Manakala di Semenanjung, terdapat Prasasti di Kedah dan Seberang Perai yang bertarikh abad ke-4 M. Di selatan Thailand, Manila dan Vietnam juga turut ditemui beberapa prasasti yang menggunakan tulisan pengaruh India.

Hasil daripada rujukan yang dibuat oleh penulis, didapati tulisan Pallava ini sebenarnya dapat dibahagikan kepada dua jenis skrip yang digunakan pada dua zaman yang berbeza. Casparis (1975 ) telah membahagikan tulisan Pallava ini kepada dua skrip iaitu Skrip Pallava Terdahulu dan Skrip Pallava Terkemudian. Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada tempat dan zaman tulisan ini digunakan. Skrip Pallava Terdahulu telah ditemui, tertulis pada Prasasti di Kutai, Kalimantan sekitar abad ke-4 M. Menurut Chhabra ( 1965 ), berdasarkan unsur palaeografi bertarikh sekitar 400 M, ada empat inskripsi yang dijumpai tertulis diatas batu panjang yang diberi nama Yupa yang ditulis menggunakan bahasa Sanskrit. Selain itu, beberapa Prasasti yang menggunakan bahasa Sanskrit dalam skrip Pallava Terdahulu turut ditemui di Pulau Jawa yang dikenali sebagai Inskripsi Purnavarman dan dianggarkan bertarikh sekitar abad ke-4 M dan merupakan Inskripsi tertua yang dijumpai di Pulau Jawa.

Di Tanah Melayu, Skrip Pallava Terdahulu ini turut ditemui. Menurut Casparis, Inskripsi yang ditemui di Bukit Mertajam dan di Cerok To’kun, Seberang Prai, menyerupai Inskripsi Purnavarman. Daripada maklumat yang diutarakan ini, jelas menunjukkan bahawa Skrip Pallava Terdahulu yang terdapat pada inskripsi-inskripsi di Kepulauan Melayu, kesemuanya tertulis dalam bahasa Sanskrit.

Skrip Pallava Terkemudian pula, ditemui tertulis pada inskripsi-inskripsi di kepulauan Melayu sekitar abad ke-7 M sehingga bahagian separuh abad ke-8 M. Antara contoh inskripsi yang ditemui ialah Inskripsi Tuk Mas Jawa Tengah pada awal abad ke-7 M dan ada tiga inskripsi yang ditemui pada zaman Srivijaya iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo dan Kota Kapur Pulau Bangka. Walaupun skrip ini berturutan dari zaman penggunaanya ( Skrip Pallava Terdahulu – Sekitar abad ke-4M dan Skrip Pallava Terkemudian, abad ke-7 M ) namun, masih terdapat beberapa perbezaan yang ketara. Menurut Casparis “…it is not that of the Pallava inscriptions themselves, where the earlier script developed along different lines”.

Antara perbezaan asas Skrip Pallava Terdahulu dengan Pallava Terkemudian ialah dari segi prinsip tulisan. Di dapati Skrip Pallava Terkemudian menggunakan aksara atau abjad yang sama tinggi antara satu sama lain atau dikenali sebagai ‘equal height principle’ sedangkan Pallava Terdahulu aksaranya besar dan tidak sama bentuknya. Selain itu skrip Pallava Terkemudian menyerupai skrip kawi sedangkan Pallava Terdahulu agak berlainan dari skrip tersebut.Walaupun begitu, kedua-dua skrip ini mempunyai persamaan dari segi gaya kerana keduanya digunakan sebagai skrip monumen atau tugu.

Berdasarkan keterangan diatas jelas membuktikan bahawa terdapat dua jenis skrip pada tulisan Pallava iaitu Skrip Pallava terdahulu dan Skrip Pallava Terkemudian. Walaupun agak berbeza sedikit dari segi bentuk tulisan ini tetapi zaman penggunaannya berturutan iaitu di sekitar abad ke-4 M hingga abad ke-8 M. Pembahagian kepada dua jenis skrip ini memudahkan para pengkaji mengenalpasti tulisan dan zaman penggunaan tulisan tersebut. Namun, apa yang jelasnya ialah penggunaan kedua-dua skrip ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah menggunakan tulisan yang dipengaruhi tulisan dari India terutama daripada tulisan Pallava.

TULISAN RENCONG.

Tulisan jenis ini dikatakan banyak digunakan di Sumatera Selatan dan Minangkabau. Asal-usul tulisan ini menjadi pertikaian di antara para pengkaji. Ada yang berpendapat tulisan ini berasal dari India. Manakala ada yang berpendapat tulisan Rencong ini adalah tulisan asli masyarakat yang mendiami kepulauan Nusantara. Kedua-dua pendapat ini mungkin ada kebenarannya kerana sejak dari dulu lagi sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dari India banyak mempengaruhi tamadun di kepulauan Melayu, terutama daripada aspek budaya, pemikiran dan kepercayaan. Walau bagaimanapun, kekurangan artifak sejarah yang ditemui membataskan maklumat mengenai perkembangan tulisan ini. Mungkin juga, tulisan ini kepunyaan masyarakat tempatan . Ini bersandarkan kepada bentuk-bentuk abjad atau aksaranya yang lebih kepada bentuk alam semulajadi seperti ranting, pohon kayu dan sungai.

Apa yang jelas, tulisan ini digunakan dalam tempoh yang agak lama sehingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia. Tulisan ini ditulis diatas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan logam dan pada batu-batu bersurat. Antara tinggalan sejarah yang membuktikan kewujudan jenis tulisan ini ialah penemuan sebatang tiang batu di Kota Kapur pada tahun 1892.Tulisan ini berbeza mengikut daerah penggunaannya. Justeru itu tulisan yang hampir sama bentuknya turut ditemui di Sulawesi dan Filipina. Pada lazimnya, aksara Rencong ini digunakan untuk menulis bahasa Melayu Kuno. Aksara ini terbentuk dari peniruan terhadap cabang, ranting, potongan kayu, dan bentuk sungai.

TULISAN JAWA

Tulisan Jawa ini merupakan salah satu daripada bukti wujudnya pengaruh India dalam tulisan bahasa Melayu. Jenis tulisan ini banyak digunakan dalam kesusasteraan Jawa yang menggunakan bahasa Jawa Kuno. Dalam Jurnal ini dikatakan bahawa tulisan Jawa yang menggunakan tulisan Kawi telah menimbulkan kontrovesi di kalangan pengkaji bahasa. Namun begitu tidak diterangkan secara jelas apa yang menjadi pertikaian mereka. Justeru itu penulis memberikan tumpuan terhadap permasalahan ini.

Menurut Jensen ( 1970 ) skrip Kawi ini bersumberkan sejenis skrip Pali iaitu Pali Kyoktsa atau Pali Square Script yang bersumberkan skrip Brahmi Purba. Ini bersandarkan kepada pengertian perkataan ‘Kawi’ itu. Menurut beliau, istilah ‘Kawi’ itu berasal daripada perkataan Sanskrit ‘Kavi’ yang bererti penyair. Pendapat ini mendapat tentangan daripada para pengkaji yang lain. Misalnya, Casparis (1975) berpendapat bahawa skrip Kawi bukan merupakan turunan daripada skrip Pallava. Ini berdasarkan kepada jarak waktu antara skrip Pallava dengan skrip Kawi terlalu singkat iaitu kira-kira 18 tahun dan tidak memungkinkan perkembangan atau evolusi untuk merubah skrip Pallava ke skrip Kawi. Selain itu skrip Kawi juga ada ditemui pada inskripsi di tanah besar Asia Tenggara iaitu di Ligor Thailand iaitu selain dari Pulau Jawa. Tempat atau kawasan yang berlainan ini menolak andaian bahawa skrip Kawi mempunyai perkaitan dengan skrip Pallava. Jika bersandarkan kepada hujah ini, secara logiknya ada kebenarannya kerana sesuatu bahasa itu memerlukan masa yang panjang untuk mengalami perubahan termasuklah perubahan dalam penggunaan tulisan. Walau bagaimanpun, masih tidak ada kesepakatan dari ahli-ahli sejarah mengenai hal ini.

Mengikut Casparis lagi , Skrip Kawi ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu skrip Kawi Terdahulu dan Skrip Kawi Terkemudian. Skrip Kawi Terdahulu digunakan selama hampir dua abad lamanya iaitu antara 750 M hingga 925 M. Skrip ini mempunyai dua bentuk, iaitu bentuk tua dan bentuk baku.Bukti terawal yang dijumpai oleh pengkaji ialah Inskripsi Plumpungan Semarang Jawa Tengah yang bertarikh 750 M. Selain daripada itu, Inskripsi Dinoyo Malang Jawa Timur bertarikh 760 M dan Inskripsi di Candi Plaosan Lor Jawa yang bertarikh kira-kira pertengahan abad ke-9 M juga menggunakan Skrip Kawi terdahulu. Berdasarkan kepada bukti penemuan inskripsi-inskripsi ini, jelas menunjukkan bahawa Skrip Kawi Terdahulu ini banyak digunakan di kepulauan Jawa.

Skrip Kawi Terkemudian pula mengikut Casparis mempunyai zaman yang panjang iaitu 325 tahun bermula dari tahun 925 M hingga tahun 1250 M. Pada zaman penggunaannya , pusat pemerintahan kepulauan Indonesia bertempat di Jawa Timur. Justeru itu kebanyakkan Inskripsi yang ditemui berada di pusat pemerintahan ini. Antara skrip Kawi Terkemudian yang dapat dikenal pasti ialah Inskripsi Kawi Jawa Timur, Inskripsi Jawa Timur zaman Airlangga dan Inskripsi Kawi Jawa timur zaman Kadiri. Apa yang menariknya ialah kesemua inskripsi yang ditemui ini menggunakan bahasa Melayu. Penemuan inskripsi Raja Adityavarman di Sumatera Tengah sekitar tahun 1356-1375 telah menarik perhatian banyak pengkaji.Menurut Casparis (1975) Inskripsi ini telah mencapai keasliannya sehingga beliau menamai skrip itu sebagai skrip’Melayu’.

TULISAN ARAB ATAU JAWI

Penggunaan dan perkembangan tulisan ini juga menjadi tumpuan penulis kerana ia berkait rapat dengan sejarah perkembangan bahasa Melayu zaman klasik. Penggunaan tulisan Jawi ini seiring dengan kedatangan Islam di Kepulauan Melayu. Kamarudin, Siti Hajar, Aziz dan Arb’ie (1996 ) mengatakan bahawa perkataan ‘Jawi’ berasal daripada bahasa Arab yang merupakan bentuk adjektif bagi kata nama Arab ‘Jawah’. Iaitu merujuk kepada daerah di Asia Tenggara. Perkataan Jawi adalah merujuk kepada penduduk yang mendiami daerah tersebut. Secara ringkasnya tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab. Ia bagi menggantikan tulisan dari India yang digunakan sebelum itu.

Pada pendapat penulis, penggunaan sesuatu tulisan dalam bahasa Melayu adalah berkait rapat dengan fahaman atau anutan masyarakat Melayu itu. Misalnya, penggunaan tulisan dari India adalah berkaitan dengan penerimaan pengaruh agama Hindu dalam kehidupan masyarakat pada waktu itu. Sebab itulah apabila Islam datang dan bertapak di Kepulauan Melayu, senario penggunaan tulisan juga mengalami perubahan. Tulisan Jawi yang lahir daripada pengaruh Islam diterima dalam bahasa Melayu.

Proses peminjaman tulisan Arab kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan bilakah tarikh yang tepat. Namun apa yang jelas ialah tulisan tersebut dipinjam sejak awal kedatangan Islam di Nusantara. Terdapat beberapa Prasasti yang ditemui menunjukkan adanya pengaruh tulisan Jawi dalam bahasa Melayu antaranya ialah dengan penemuan Batu nisan makam Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam, di langgar,Alor Star, Kedah yang bertarikh 290H bersamaan 910 M. Menurut Hj. Abdullah (1991) tulisan pada batu nisan ini adalah tulisan Arab. Ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu sudah lama menggunakan tulisan Jawi.

Selain daripada itu beberapa Prasasti lagi telah ditemui di Pekan, Pahang. Bukti penggunaan tulisan Arab ini bertambah kuat apabila batu nisan puteri Sultan Abdul Majid Ibnu Mohd.Syah ditemui.Begitu juga dengan penemuan batu nisan di phanrang, vitenam dan batu nisan Fatimah Bt.Maimun bin Hibat Allah. Kesemua batu nisan yang ditemui ini menggunakan tulisan dan bahasa Arab.

Seperti yang penulis katakan bahawa peminjaman tulisan Arab ini kepada tulisan Jawi telah membawa kepada peminjaman secara terus kesemua huruf-huruf klasik Arab. Huruf-huruf ini diterima masuk bukan sahaja untuk menampung ejaan kata Melayu tetapi juga untuk perkataan Arab yang dipinjam, terutamanya yang berkaitan dengan agama. Walau bagaimanpun tidak kesemua huruf-huruf Arab itu memenuhi ejaan dalam perkataan Bahasa Melayu. Justeru itu berlaku beberapa penyesuaian dengan cara meminjam beberapa huruf Farsi-Hindi. Huruf Farsi-Hindi ini juga sebenarnya dipinjam daripada bahasa Arab dan disesuaikan mengikut daerah penggunaannya.

Perkembangan tulisan Jawi di Tanah Melayu telah menghadapi persaingan yang sengit selepas Perang Dunia kedua. Ini disebabkan kerana tulisan Rumi semakin banyak digunakan dan mula mengambil tempat dalam bahasa Melayu. Masalah utama yang dihadapi oleh tulisan Jawi pada waktu itu ialah dasar Inggeris yang menggalakkan penggunaan sistem tulisan Rumi dalam urusan seharian. Selain daripada itu sistem ejaan tulisan Jawi yang tidak memenuhi kehendak penggunaannya terutama dalam aspek penulisan menjadikan tulisan Jawi mangkin terpinggir. Justeru itu satu Konvensyen Tulisan Jawi telah diadakan di Terengganu pada tahun 1984 untuk mencari kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masaalah ejaan Jawi ini. Maka lahirlah satu sistem tulisan Jawi yang lebih terkini dan tersusun yang dikenali sebagai “Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan”.

Dilema penggunaan tulisan Jawi di Malaysia, masih berlarutan hingga kini. Bahkan, tidak ada satu dasar yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang berkesinambungan dan konsisten untuk menjaga dan menaiktaraf penggunaan tulisan Jawi ini. Pada hemat penulis, sudah tiba masanya perbezaan fahaman, status pendidikan dan kepentingan diri dan kelompok tertentu dilupakan, sebaliknya semua pihak berkewajipan merancang semula penggunaan tulisan Jawi di Negara ini. Tulisan Jawi tidak sahaja dilihat sebagai tinggalan sejarah semata-mata,malahan lebih dari itu kerana kemampuan tulisan Jawi sudah terbukti sebagai tulisan ilmu. Sehingga kini pun masih banyak kitab-kitab lama yang perlu ditelaah dan dipelajari yang kesemuanya menggunakan tulisan Jawi.

TULISAN RUMI.

Kejatuhan Melaka pada tahun 1511, telah membawa kepada pejajahan kuasa-kuasa Barat diTanah Melayu. Penjajahan ini, bukan sahaja memberi impak yang mendalam ke atas budaya dan politik di tanah Melayu, bahkan telah membawa kepada pengenalan tulisan Rumi dalam bahasa Melayu. Pada asasnya, tujuan Inggeris memperkenalkan tulisan Rumi ini ialah untuk memudahkan mereka berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat terutama para pembesar Melayu. Ini kerana, apabila mereka dapat memahami bahasa Melayu, maka mudahlah mereka menguasai ekonomi. Peranan tulisan Jawi akhirnya terpinggir dengan pengenalan tulisan Rumi ini. Di samping sikap para pembesar Melayu yang ketika itu mengikut telunjuk penjajah, kelemahan sistem tulisan Jawi juga, dikenalpasti sebagai sebab utama tulisan Jawi sukar untuk bertahan lama. Keadaan ini berlarutan sehingga selepas merdeka, apabila tidak ada satu usaha yang berkesan untuk memulihkan penggunaan tulisan Jawi. Lebih-lebih lagi dasar kerajaan pada waktu itu yang mengiktiraf tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu. Ini terbukti apabila Akta Bahasa 1963 diluluskan.

BATU NISAN AHMAT MAJNUN YANG DIJUMPAI MENGGUNAKAN TULISAN JAWI

CONTOH SKRIP PALLAVA TERDAHULU

CONTOH SKRIP PALLAVA TERKEMUDIAN

HURUF-HURUF ARAB ATAU JAWI YANG DIPAKAI DALAM BAHASA MELAYU

HURUF YANG DIBULATKAN TIDAK TERDAPAT DALAM HURUF ATAU TULISAN ARAB