Thursday, August 6, 2009

SOLAT HAJAT MOHON DIJAUHKAN WABAK H1N1



Setakat hari ini 8.00 Pagi, 06/08/2009, seramai 14 orang telah menemui maut akibat jangkitan Influenza H1N1 di Negara ini dan mangsa terakhir ialah seorang lelaki berusia 57 tahun. Manakala mangsa yang dijangkiti wabak ini telah melebihi 1000 orang. Menyaksikan peningkatan yang tinggi setiap hari. Di Sabah saja, sekolah yang ditutup akibat wabak ini sudah melebihi 20 buah. Ratusan ribu pelajar sekolah rendah,menengah dan peringkat kolej dan university turut terjejas lantaran penutupan sekolah akibat penularan wabak merbahaya ini.


Langkah terbaru kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan inilah membenarkan beberapa klinik swasta memberi suntikan Anti viral kepada pesakit yang disahkan dijangkiti wabak influenza H1N1 ini. Selain itu beberapa klinik swasta yang terpilih juga dibenarkan membuka bilik-bilik rawatan untuk pesakit H1N1, untuk mengelakkan kesesakan yang berlaku di hospital-hospital kerajaan. Wala bagaimanapun penjualan anti viral ini hanya dibenarkan dengan pengawasan yang ketat dan berdasarkan ujian bahawa pesakit benar-benar dijangkiti wabak berkenaan.


Bagi Masyarakat Islam di negara ini, antara langkah lain yang boleh diambil, ialah dengan mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai, atau secara orang-perseorangan ,memohon kepada ALLAH, agar dijauhkan daripada wabak merbahaya ini. Sembahayang hajat ini boleh dilakukan serentak di seluruh Negara, mudah-mudahan doa kita mendapat perkenan daripada Allah SWT.

Wednesday, August 5, 2009

BENARKAH HANYA IRANUN DALAM DILEMA


kalau kita katakan bahawa sesuatu kaum atau bangsa itu dalam dilema, semestinya ia merupakan satu kebenaran yang tidak boleh dipersoalkan. Bukan sahaja Iranun dalam dilemanya tetapi juga suku-suku kaum lain dan mana-mana bangsa pun di dunia ini, punya dilema sendiri. Hatta penulis blog yang mengutarakan persoalan DILEMA IRANUN BARU , juga pada perkiraan saya turut dilanda dilema yang maha dahsyat. Kenapa saya katakan demikian ? kerana dilema itu lahir akibat daripada keresahan dan kegusaran manusia menghadapi realiti kehidupan di muka bumi ini. Bukankah manusia itu sememangnya lahir dengan perasaan yang keluh kesah?..Menyatakan secara lebih berterus-terangnya bahawa semua manusia dan bangsa itu sentiasa diulit dilema, termasuk saya dan penulis blog Kelapa Mawar.


Namun apa yang menjadi dilema Kelapa Mawar ialah persepsinya terhadap 'kuasa politik' Iranun di KB. dengan memberikan fakta-fakta yang hakiki berserta dengan nama-nama tokohnya sekali, saya merasakan bahawa dilema itu terusan menghantui semua bangsa Iranun. Pendedahan yang tidak berselindung, dan berani , kadang-kala diperlukan untuk mengetuk paku yang sudah semakin degil. mengubah persekitaran politik Iranun dengan mendedahkan perkara yanhg benar, juga memberi impak kepada suku itu sendiri.


Pandangan bahawa Iranun terbahagi kepada beberapa fahaman politik juga perlu dikaji secara mendalam. Kerana niat dan matlamat seseorang itu sukar ditafsirkan. Namun, gesaan Kelapa Mawar supaya satu bentuk kesatuan fikrah diadakan adalah satu cadangan yang bernas. Bagi saya, sudah sampai masanya para cendikiawan Iranun, bangun dalam ruang ilmiah dan pemikiran matang terutama dari segi penyatuan bangsa dan pembangunan akhlak dan perubahan ekonomi. Biarpun satu gagasan yang besar, tetapi langkah permulaan perlu dilakukan segera. Kalau bukan sekarang bila lagi? dan kalau bukan Iranun siapa lagi ?

Biarpun dari sudut yang lain, perbezaan fahaman politik dalam suku Iranun adalah satu rahmat yang punya fadilat yang tersembunyi, namun jika terlalu leka membiarkannya, maka ia juga boleh menjadi satu musibah. Pandangan ini harus kita kongsi bersama. Kerana biarpun kita punya prinsip hidup,kadang-kala tidak mahu masuk campur memperkatakan sesuatu yang kita alami sendiri apatah lagi perkara itu berlaku atas bangsa sendiri dimana kita turut merasakannya, namun adalah tidak molek kita terus membiarkannya berlaku. Menghadapi adalah lebih baik daripada lari daripadanya. Fikirkanlah.

ARAK DI SELANGOR.


selangor adalah antara negeri di Malaysia yang di kesan mempunyai bilangan Kelab Malam yang paling banyak di negara ini. Serentetan dari itu, arak adalah minuman yang biasa dihidang di kelab-kelab malam selain daripada tempat berkenaanmenjadi sarang kepada masalah sosial termasuk dadah,pil khayal dan pelacuran. Justeru langkah DR. Hassan Ali, menggesa supaya arak diharamkan terus di Selangor adalah satu tindakan yang berani dan benar.Berikut adalah teks ucapan beliau:


PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90).

Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009


SURAT PESAKIT H1NI


Assalaimualaikum YB,

Coretan yang saya paparkan ini hanyalah sebagai pengajaran kepada sesiapa saja yang membacanya, bukannya bertujuan untuk mencari salah sesiapa. Saya tetap reda dengan ketetapan dan kententuan yang telah allah berikan kepada saya sekeluarga. Ianya juga boleh dijadikan pengajaran agar kita sentiasa berhati-hati di masa hadapan memandangkan wabak ini semakin serius melanda Negara kita.

Saya adalah salah seorang keluarga mangsa yang terkena jangkitan Wabak Infuenza A(H1N1) iaitu isteri saya yang disahkan positif pada 30 Jul jam 1230 malam melalui Dr yang merawat di salah sebuah Hospital di Lumut Perak. Itupun saya diberitahu oleh mangsa sendiri (isteri) melalui telefon. Pada keesokan harinya semasa melawat isteri, saya telah dilarang untuk memasuki bilik yang mana ditempatkan isteri saya atas alasan keselamatan dari jangkitan. Saya akur dengan kehendak tersebut tetapi saya belum mendapat penerangan tentang keadaan sebenar isteri saya daripada Dr yang merawatnya, sehinggalah pada jam 11 pagi saya dapat telefon dari isteri mengatakan Dr membenarkan saya melawatnya dengan syarat2 tertentu. Jam 1245 saya terus ke Wad untuk bertemu isteri dan melalui Jururawat yang bertugas saya hanya dibenarkan sekejap sahaja kerana tidak mempunyai baju perlindungan yang mencukupi,yang ada hanya kegunaan staff di wad itu sahaja. Saya terpaksa mengambil resiko untuk masuk ke bilik tampa baju perlindungan dan hanya berbekalkan mask saja, ini terpaksa saya lalui demi untuk memberi semangat kepada isteri agar dia dapat tabahkan hati menempuh dugaan yang tuhan berikan.

Sebelum disahkan positif,isteri saya telah mengalami deman selama lebih kurang seminggu, mungkin kesilapan saya kerana lewat menghantar ke Hospital, tetapi sebelum itu saya telah menghantar ke Klinik Perubatan Swasta di Lumut untuk rawatan,tetapi Dr di klinik tersebut mengatakan demam biasa saja,dan dia juga ada berpesan jika berlarutan supaya datang balik ke klinik tersebut bagi merujuk ke Hospital Kerajaan. Selang beberapa hari (28 hb jam 8.10 mlm) saya datang balik ke klinik tersebut membawa isteri kerana demamnya tidah berubah tetapi jawapan yang diberikan tetap sama dan hanya dibekalkan dengan ubat batuk,Lalah dan cair kahak sahaja, sehingga lah pada jam 4 pagi 29 hb saya dikejutkan oleh isteri mengatakan sesak nafas dan keadaan badan yang terlampau panas serta batuk yang agak kuat memaksa saya menghantar ke Wad Kecemasan Hospital Kerajaan. Pihak hospital telah mengambil langkah2 tertentu sehinggalah pada pagi besoknya saya diberitahu oleh salah seorang Dr yang bertugas isteri disyaki terkena wabak tersebut kerana melalui X-Ray paru2 isteri sudah dijangkiti.

Isteri terpaksa ditempatkan di wad yang berasingan agar ianya tidak mudah merebak jangkitan terhadap orang lain, Cuma sesekali terdetik dihati kerana kesihankan isteri terpaksa dilayan seperti orang salah. Setelah sample darah diambil untuk ujian dan disahkan positif Wabak tersebut sekali lagi dia dipindahkan ke wad yang kosong dan ditempatkan di dalam bilik yang dikhaskan. Saya juga telah dimaklumkan oleh Dr supaya ini dirashiakan daripada keluarga dan dilarang untuk dilawati oleh sesiapa saja termasuk ibu dan bapa mertua. Kerana tidak sanggup menanggung resiko dan tak tahan melihat keadaannya saya terpaksa juga memberitahu keluaganya bimbang sesuatu terjadi kepadanya saya juga akan dipersalahkannya. Semua ahli keluarga terkejut dengan keadaan ini yang menyababkan saya diajukan berbagai soalan bagaimana boleh terkena jangkitan ini. Seingat saya kami ada menerima tetamu 2 minggu sebelum ini iaitu sepupu isteri yang belajar di UiTM Sri Iskandar tatapi semasa itu Universiti tersebut belum lagi diumumkan merebaknya wabak tersebut

Besar kemungkinan punca jangkitan dari sepupu isteri itu, tetapi semasa isteri ditahan di wad sepupunya sedang berada di kampong kerana diberi cuti seminggu oleh pihak Universiti. Setelah beberapa hari berada di Wad dengan rawatan yang sempurna oleh pihak hospital dan diiringi Doa serta Kesabaran , bertawakal kepada allah daripada semua ahli keluarga juga menjadi ubat yang sangat mustajap di tambah dengan solat hajat berserta air bacaan Yassin untuk diberi minum kepada isteri yang menyebabkan keadaannya beransur pulih dan sehingga sekarang ( 4 Ogos) sudah menampakkan tanda2 untuk sembuh sepenuhnya tetapi masih lagi berada di bawah pengawasan pihak hospital.

Di sini juga saya merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pihak Hospital Angkatan Tentera (96 HAT Lumut) terutama kepada Dr dan Jururawat yang merawatnya tampa jemu walaupun terpaksa berhadapan dengan resiko jangkitan, tuhan yang maha adil juga akan membalas atas keiklasan tuan dan puan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawap.

Nasihat juga kepada yang diluar sana jika terdapat tanda2 yang dikaitkan dengan wabak ini segeralah ke Hospital kerajaan yang berhampiran dan jika boleh elaklah untuk ke Klinik Swasta walaupun sering diwar-warkan Perhidmatannya lebih baik dari Hospital Kerajaan dan masih ramai lagi Dr yang berkebolehan di Hospital Kerajaan yang berkerja dengan iklas dan penuh tanggung jawap tampa mengenal penat dan lelah.

Saya redha terhadap ketentuan dan ujian besar yang telah Allah SWT berikan pada saya dan berharap langkah2 pencegahan dan panduan dapat dipertingkatkan agar mangsa wabak dapat dikurangkan. Sekian,terima kasih.

Dicatatkan oleh
Suami.
Noziah BT Mustapha ( Pesakit Infuenza A(H1N1)
0300H Ogos 09

dipetik;blog;cinaislam


p/s:


Semoga menjadi pengajaran kepada kita dalam menghadapi wabak merbahaya ini.

Monday, August 3, 2009

SIDANG KHAS PARLIMEN


Setakat hari ini,kematian sudah menjangkau seramai 8 orang. Manakala yang disyaki sudah beratus dan beribu orang sudah dijangkiti...sekolah dan IPT sudah berpuluh di tutup diseluruh negara. Pembelajaran berpuluh ribu pelajar sudah terjejas.Itu kes-kes yang dilaporkan dan di bawah pemerhatian Kementerian Kesihatan. Bagaimana dengan kes yang tidak dilaporkan ?...Itulah situasi terkini wabak Infulenza H1N1 di negara kita. Rakyat semakin panik dengan keadaan ini.Kerajaan pula belum lagi mengumumkan langkah-langkah drastik untuk membendung dan mencegah merebaknya wabak merbahaya yang menyerang dunia ini.



Justeru itu gesaan Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar supaya satu sidang khas parlimen diadakan secepat mungkin untuk membincangkan isu serangan Influenza H1N1 ini dan kesan serta langkah mengatasi adalah dilihat mungkin ada signifikannya. Satu Jawatankuasa perlu segera ditubuhkan. Kerajaan perlu bertindak lebih pantas sebelum ramai lagi yang akan menjadi korban dan sebelum situasi anarki atau kepanikkan berlaku dikalangan masyarakat. Sama ada situasi ini sudah sampai ke tahap perlu diistihyarkan 'darurat' atau sebaliknya..juga perlu segera dibincangkan. Dengan mengadakan Sidang Parlimen Khas membincangkan isu ini, masyarakat akan dapat mengetahui langkah-langkah yang perlu dan akan diambil oleh kerajaan.

Sunday, August 2, 2009

KONSPIRASI POLITIK MELAYU : PERCUMA.


Mesyuarat perwakilan bahagian UMNO KB untuk memilih wakil-wakil G7 ke perhimpunan Agung UMNO telahpun berakhir semalam. Tidak banyak yang boleh diperkatakan kerana keputusan telah PUN DIKETAHUI dan nama-nama besar sebenarnya kecil seperti Datin Saida dan SERIN mendominasi keputusan para perwakilan. Kecekapan perayu undi dan setiausaha peribadi mereka menyusun strategi untuk mempengaruhi keputusan para perwakilan telah menyebabkan mereka menduduki antara kerusi teratas perwakilan G7 ini. Namun apa yang menariknya ialah ada perwakilan yang juga seorang blogger yang mengedarkan buku politik percuma ,sama ada sebagai kenangan ataupun strategi politik untuk imej perwakilan itu. Saya sendiri ‘gagal’ mendapatkan buku tersebut kerana saya tidak berkesempatan untuk di dewan masyarakat Kota Belud. Namun akhirnya buku percuma ini dapat juga saya perolehi dan sempatlah saya membacanya 2 ke 3 kali.Menyelami sendiri buah pemikiran penulis yang sebelum ini dikatakan satu-satunya penulis Sabah yang membicarakan politik Nasional. Dengar-dengar khabarnya SDR Renggit juga antara bakal penulis Sabah yang akan berkecimpung dalam dunia penulisan genre politik. Tunggu sajalah!

Secara lebih leteral saya tidak banyak mempersoalkan idea dan pandangan politik penulis..yang pada saya sekali-sekala telus dan dalam beberapa hal bersifat tertutup. Saya tidak menyalahkan Penulis, kerana hal ini berlaku mungkin Penulis buku ini sendiri adalah ahli UMNO dan Aktif dalam politik di Sabah. Pendedahan Penulis bahawa beliau adalah antara orang penting dalam mempengaruhi para perwakilan untuk mencalonkan Tengku Razaliegh sebagai Presiden UMNO di Sabah, sehingga meninggalkan kerjayanya sebagai penjual nasi lemak di Asia City, bagi saya, satu pendedahan yang tidak berselindung. Namun ada motif politik dan moral di sebaliknya. Banyak isu yang dibicarakan tidak berdiri atas kapasiti sebagai penulis dan pengkritik yang telus. Dan sebagai pejuang UMNO. Hal ini biasa kerana penulis sendiri mendukung perjuangan UMNO. Jadi, isu seperti Sabah Fixed Deposit tidak dilihat dalam kerangka yang adil dan terbuka. Seseorang penulis perlu tidak memasukkanm pengadilan moral dalam penceritaanya untuk membolehkan pembaca meletakkan pandangan penulis dalam ruang berat sebelah. Namun sejauh mana penulis boleh berbuat demikian adalah bergantung kepada control emosi dan mindanya…

“Konspirasi Politik Melayu “ pada dasar dan asasnya satu buku politik yang sangat releven diedarkan kepada perwakilan UMNO KB. Kerana Konsep perjuangan UMNO di semenanjung adalah sama dengan di Kota Belud. Namun buku ini banyak memperkatakan isu-isu nasional daripada isu tempatan khususnya citra perjuangan UMNO di Kota Belud. Hal inilah yang bagi saya, memesongkan sedikit peranan dan tujuan asal buku ini diberikan PERCUMA. Bukan melukis citra UMNO di KB, tetapi lebih kepada popularity penulis. Mungkin ucapan DSSK dalam persidangan itu boleh diperhatikan.


“ Ahli kita sudah matang dan dewasa,lantang bersuara dan berani mengkritik.Mereka mengintai setiap perilaku, tindak-tanduk dan pergerakan pemimpin mereka.Jika tidak disenangi, mereka meluahkannya tanpa segan.Mereka menggunakan pelbagai wadah dan saluran media, termasuk media alternative, untuk menyampaikan pandangan mereka..

Ada antara mereka ini mempersoalkan kehadiran parti di Sabah dan melihat isu-isu dari perspektif yang berbeza. Mereka utamakan “kepentingan dan hak Sabah”..”

Kerangka idea dalam Buku “KOnspirasi Poitik Melayu “ ini ternyata terlalu besar untuk perwakilan di KB. Dan memerlukan masa dan pengamatan yang mendalam untuk difikirkan. Jika tujuan penulis mengedarkan buku ini sebagai bantuan kempen kerana penulis sendiri adalah calon G7, maka saya berpandangan tujuan itu ‘gagal’ disempurnakan. Seperti yang saya katakan, para perwakilan masih melihat isu-isu tempatan terutama hala tuju kepimpinan UMNO KB. Saya merasakan penulis perlu menghasilkan buku KONSPIRASI POLITIK BUMIPUTERA DI SABAH yang menyentuh isu-isu politik di negeri Bayu ini..dan memberikan penekanan kepada UMNO KB. Jika ini boleh dibuat, mungkin penulis akan dapat dibaca pemikirannya oleh perwakilan..dan tidak mustahil dipilih menganggotai UMNO KB..biarpun tidak ada modal wang ringgit dan pengaruh yang kuat.Kerana Generasi muda..terpelajar kini…lebih suka menyelami pemikiran pemimpin daripada menerima habuan wang ringgit. SELAMAT BERJUANG UNTUK SDR.MUSLI OLI.