Tuesday, December 8, 2009

MENYUSURI KEHIDUPAN TUN MUSTAPHA. ( bahagian 1)

Tun Mustapha bin Datu harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di kampung Limau-limauan, Kudat. nama asalnya ialah datu Badiozaman. Ditukarkan kerana sering sakit semasa kecil. Tun Mustapha juga mempunyai nama timbangan yang dikenali sebagai Jaman.

bapa Tun ialah datu harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya ialah Norani Hj. Abdul. Rahim.Anak keempat dari sembilan orang adik beradik yang terdiri daripada enam orang perempuan dan tiga lelaki. Perempuan ( dayang lana,Dayang Hajah Bidari,Dayang Sitti sarah(Dyg.Pindau),Dayang Hajah Harum,dayang Tahiran,Dayang Hajah Hadijah. Lelaki (Datu MUhammad, , datu Hj. Aliuddin)

Berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Hj. Zulkarnain dan memperolehi sembilan anak iaitu datu Abd.Hamid (Allahyarham), Dayang maimunah, datuk Amir Kahar, Datu Hj, Badaruddin, datu Kamaruddin, dayang Hj.Zulfah, dayang Aminah, Rasalonah Abdullah, dayang marina dan datu Harun.

Menerima pendidikan di Sk. St.James Kudat. Mengikuti kursus Pertanian RIDA atau Rural Industry Development Authority dari tahun 1951-1952 di Serdang.1959 di taja oleh British untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris dan politik di Britian.Selepas perang Dunia ke dua dilantik sebagai ketua Anak negeri kelas satu dengan gelaran "orang kaya kaya".

Digelar sebagai bapa kemerdekaan di sabah kerana peranannya secara langsung dalam proses pembentukan Malaysia seawal 1961. Terpilih sebagai wakil sabah untuk mengemukakan memorendum kepada suruhanjaya Cobbold. Bersama Donald stephens, Pang Tet Tsung, OKK Gs. Sundang dan Lai En Kong.

1961 Tun Mustapha telah mengasaskan dan menjadi presiden pertama USNO ketika gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abd. Rahman. Berusaha untuk membentuk sebuah parti gabungan yang terdiri daripada UPKO dengan USNO. 1968 UPKO di mansuhkan dan semua parti peribumi bersatu di bawah USNO. Meletakkan jawatan dalam USNO pada 1963 setelah dilantika sebagai TYT pertama selepas pembentukan Malaysia. Meletakkan Jawatan sebagai TYT pada 1965 kerana ingin memimpin USNO semula.

2 comments:

Kuda Berhias said...

Salam Sdr. Depu-Depu.
Saya difahamkan bahawa Perkasa Sabah akan mengadakan Seminar pada 12 Disember. Selain itu mereka ada menganjurkan Pameran mengenai Perjuangan Pejuang Pribumi Yang telah memperkasakan negara Termasuk Tun Mustapha. Malanya pula ada penghargaan Tokoh Tun Mustapha. Datanglah. lihat blog Perkasa http://perkasasabah.blogspot.com/

DEPU-DEPU said...

salam kembali sdr Kuda berhias..

Thanks dengan maklumat itu..tapi tak dapat hadir kerana saya jauh..

walaubagaimanapun saya mengikuti perkembangan ini..

Thanks kerana berkunjung//