Thursday, December 31, 2009
TOK MAT MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pagi ini.
Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.
Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.
"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.
Nur Jazlan berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.
Beliau berkata Allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.
Sinonim dengan gelaran ''Tok Mat'', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.
Selain itu, Allahyarham menyandang jawatan Setiausaha Agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dari 1988 sehingga 1999.
Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.
Ketegasannya juga turut ditampilkan antaranya dalam menyelesaikan isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang mereka jika mahu menyertai program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Antara yang mematuhi arahan beliau ialah kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy. - Bernama
Wednesday, December 30, 2009
GUS DUR MENINGGAL DUNIA

Kaitan dunia kepolitikkannya di Malaysia ialah apabila beliau menyatakan sokongan secara terbuka dengan Bekas Tim. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat dari Jawatan itu pada tahun 1998. Laungan Reformasi yang menggegarkan republik Indonesia telah menjadi inspirasi DSAI dan pengikutnya untuk meniupkan semangat reformasi itu di negara ini. Laungan 'reformasi' menjadi perkataan berhantu para penunjuk perasaan di ibu kota , mendesak supaya Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu berundur dan mengisytiharkan pemecatan DSAI sebagai tidak sah dan satu konspirasi politik.
Semasa DSAI berada di tahanan penjara sungai Buloh, Datin seri Wan Azizah yang merupakan Presiden Parti Keadilan telah mengunjungi presiden Gus Dur dalam usaha meraih simpati dan sokongan, selain daripada kunjungan kepada beberapa pemimpin negara jiran termasuk Presiden Filipina.
Semasa pemerintahan Gus Dur, banyak mendapat kecaman kerana atas kegagalannya menangani kemelut krisis ekonomi yang melanda Indonesia selain daripada beberapa pendekatannya yang tidak konsisten dalam menyelesaikan permasalahan republik itu. Namun apa yang menjadi ingatan kepada Gus Dur ialah apabila memberi kelonggaran kepada puak Tionghua sehingga mengisytiharkan cuti umum sempena Tahun Baru Cina. Jenazah Allahyarham, akan disemadikan dengan penuh penghormatan negara. Presiden Indonesia , Susilo Bambang Yudoyunu dijangka mengetuai istiadat pemakaman itu. Beliau juga mengisytiharkan tempoh berkabung selama 7 hari, selain bendera rasmi negara diturunkan separuh tiang.
Monday, December 28, 2009
TRAGEDI DAN IKTIBAR




Tuesday, December 22, 2009
DATUK RAHMAN DAHLAN - APA KHABARNYA PROJEK BEKALAN AIR BERSIH PEKAN KOTA BELUD?
Adalah lebih baik mempunyai rekod kampung-kampung yang masih belum mempunyai bekalan air bersih. Antaranya ialah termasuklah kampung saya ,Kampung Tamau, Pintasan, Merabau dan sekitarnya seperti yang dipaparkan oleh Sdr Azrone.
KOTA BELUD: Lebih 300 penduduk Kampung Kesapang, di sini mahu Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Jabatan Kesihatan negeri membuat analisis tahap kebersihan air perigi tiub yang mereka gunakan, sama ada selamat atau sebaliknya.
Ini kerana mereka mendakwa kesan kekotoran air perigi berkenaan boleh dilihat pada lumut di bahagian dalam dan luar tangki air yang digunakan untuk menadah air perigi berkenaan.
Seorang penduduk Kampung Kesapang, Salam Gibang, 50, mendakwa air perigi berkenaan dari sumber Sungai Kesapang dan Sungai Tawadakan yang dikhuatiri dicemari racun serangga, baja pertanian dan najis ternakan menyebabkan keruh dan berkeladak.
Katanya, perigi tiub dibimbangi akan menyedut air di persekitaran termasuk dari dua sungai terbabit, selain dari saluran najis penduduk setempat.
Beliau berkata, sebab itulah penduduk mahu JBA dan Jabatan Kesihatan negeri membuat analisis tahap kebersihan air itu secepat mungkin demi kepentingan rakyat sejajar gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan .
"Sudah lama kami menanti bekalan air paip, malangnya batang paip ada sejak lebih 10 tahun lalu tetapi air tiada dan penduduk setempat hanya membayar `angin'," katanya.
Baru-baru ini, Seliu-liu melaporkan ada penduduk Kampung Kesapang, Labuan, Wakap, Tanjung Pasir, Tanjung Wakap dan Pintasan, di sini yang menghidap penyakit kulit dan tulang dipercayai kesan penggunaan air perigi tiub.
Perigi tiub beroperasi melalui kaedah menyedut air di bawah tanah dengan menggunakan generator. Air dari perigi berkenaan kemudian disalurkan ke tangki untuk simpanan mereka.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengumumkan Loji Pemprosesan Air Bersih Bayayat yang siap hujung tahun lalu dan Loji Pemprosesan Air Kota Belud yang baru dinaiktaraf sudah beroperasi sejak awal tahun ini dengan kemampuan membekalkan kapasiti 33 juta liter air sehari berbanding keperluan 30 juta liter sehari.
Seorang penduduk Kampung Wakap, Sain Suntoh, 48, turut mendakwa ada penduduk kampung itu yang menghidap penyakit kulit kerana menggunkan air perigi tiub, selain tangki turut berlumut di bahagian dalam dan luar.
Katanya, hampir semua penduduk menggunakan perigi tiub menghadapi masalah tangki berlumut termasuk di Kampung Labuan, Tanjung Wakap dan Tanjung Pasir.
Katanya, seperti penduduk Kampung Kesapang, mereka juga turut mahu JBA dan Jabatan Kesihatan negeri menganalisis air berkenaan sama ada boleh digunakan atau sebaliknya.
"Kami juga hairan kerana saluran paip di Kampung Wakap dan Labuan tiada air biarpun diuar-uarkan dua loji penapisan air di daerah ini mampu membekalkan air melebihi permintaan penduduk.
"Hujung tahun lalu, kami mendengar ia berpunca saluran paip bocor, namun setahun berlalu masalah itu gagal diatasi sehingga kami terpaksa bergantung kepada air yang dikhuatiri tahap kebesihannya yang mungkin menjejaskan kesihatan," katanya.
Thursday, December 17, 2009
SPRM BOLEH SIASAT BILA-BILA MASA

Biarpun bidang kuasa dua mahkamah ini jelas dan berwibawa,namun keputusan yang selalunya "dibatalkan" dan di umumkan keputusan baru,nyata begitu mengusarkan rakyat. Memang adalah prosedur biasa, keputusan mahkamah tinggi boleh dicabar di mahkamah rayuan, namun apa yang berlaku adalah diluar keganjilan. sebelum ini SPRM telahpun mengeluarkan surat pekeliling kepada anggotanya yang memberikan arahan terbaru sesi soal-siasat hanya dihadkan kepada waktu pejabat selaras dengan keputusan Mahkamah tinggi. Apabila mahkamah rayuan memutuskan sebaliknya,maka surat pekeliling itu akan terbatal dengan sendirinya. Bayangkanlah jika keputusan mahkamah Rayuan ini dicabar lagi dan diandaikan keputusan asal mahkamah tinggi diterima..bagaimanakah keadaan SPRM nanti...
Apapun keputusan terbaru ini kita hormati dan mengharapkan agar semua pihak dapat menerimanya dengan tangan terbuka. Di mana lagi keadilan boleh ditegakkan kalau asyik mempertikaikan keputusan "Yang Arif".
DOA BALA DAN PUJIAN NIK AZIZ

Apabila Nik Aziz membuat kenyataan terbuka memuji Datuk Najib atas tindakannya yang perihatin terhadap masyarakat Islam di sempadan Thailand-Malaysia, Media massa juga jadi 'sasau' seketika. Datuk Razali menyifatkan pujian itu tidak ikhlas dan menutup kelemahan Nik Aziz. Mana yang baik, mendoakan kemusnahan orang lain atau memuji kebaikan mereka..?
MENYUSURI KEHIDUPAN TUN MUSTAPHA (bahagian Akhir )

Kerjaya sebagai Wakil Rakyat bermula pada tahun 1967,apabila Tun Mustapha mulai bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan negeri Bengkoka-Banggi. Tun Mustapha mendapat kemenangan dalam pilihanraya itu. Beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Persekutuan Sabah dan Pertahanan Awam (Federal Minister of Sabah Affairs anda Civil Defence ) pada 19 April 1967. Pada bulan Mei tahun yang sama Tun Mustapha telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang Ketiga.Dalam sejarah politiknya, beliau telah memenangi kerusi kawasan Marudu pada tahun 1969 tanpa bertanding.Juga tahun 1971.
Oktober 1971, Tun Mustapha telah mengetuai Parti Perikatan Sabah yang terdiri daripada gabungan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), pertubuhan Kebangsaan Sabah Borneo (USNO),PASOK serta dua parti Cina,Parti Bersatu (UP),Dan parti Demokrat (DP).Dalam pilihan raya Negeri yang kedua,kesemua 32 calon perikatan telah menang tanpa bertanding.
Memenangi kerusi ADUN BANGGI di bawah USNO pada tahun 1976, dan sekali lagi pada tahun 1985.Pernah mengalahkan calon Barisan Nasional Mohd.Salleh Tun Mohd.Said. Menyertai UMNO pada tahun Januari 1991 dan saeterusnya pada Februari beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Sabah dan kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada bulan Julai tahun yang sama.
Sepanjang hayatnya Tun Mustapha diberi banyak anugerah,antaranya K.V.O. dan O.B.E. daripada kerajaan British;”knight Commander Of Republic of Lebanon” (K.C.R.L) oleh presiden Lebanon pada tahun 1972; Seri darjah Paduka chura Si-Maharaja (S.P.C.M) dengan gelaran “Dato Seri” pada 15 september 1971 sempena keputeraan Sultan Perak; Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P) pada 29 Mac 1971 dari Raja Perlis;Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 27 Oktober 1971 dari Sultan Johor; Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) pada 20 Ogos 1971 daripada Tuan Yang Terutama negeri Sarawak: Seri Indera mahkota Pahang (S.I.M.P) daripada sultan Pahang, 20 september 1969; Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) dengan gelaran “Datuk Seri Panglima”; dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)- anugerah tertinggi di Malaysia dengan gelaran “TUN” pada 26 November 1964.
Tun Mustapha juga seorang yang bergiat aktif dalam Persatuan.Beliau pernah memegang Jawatan Presiden dalam Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) dan PERKIM sesi 1977/1979. Beliau juga merupakan Ketua Persatuan Pengakap sabah dan telah menerima pingat “Semangat Padi” pertama di Sabah pada 21 Jun 1974.Pernah menjadi Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan pada tahun 1972.Merupakan Pro-Canselor bagi UPM dari November 1973 hingga Februari 1990.Tokoh agung ini meninggal dunia pada 2.Januari 1995.Tanahair khasnya Sabah telah kehilangan besar dalam dunia politik dan pentadbiran.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

