Friday, January 15, 2010

BANJIR DI KAMPUNG DAN SKESTA IKAN KARUK


Saya tidak menyangka, perjalanan saya balik ke kampong dari Tawau ke Kota Belud pada Hari Rabu (13.01.10) yang lepas untuk menyempurnakan majlis Akikah anak saya yang baru dilahirkan telah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa ‘duduk’ lama di sini kerana Pekan kota belud dan kampong sekitarnya termasuklah kampong Tamau telah dilanda banjir. Memang semasa perjalanan ke Kota belud itu, hujan sekali-sekala turun dengan lebatnya.

Sesampainya kami di kampong, sejak hari Rabu itu, hujan turun tidak henti-henti hinggalah sekarang (16.01.10) dan dijangka akan berlarutan sehari dua lagi. Majlis Akikah anak saya yang dirancang pada hari Ahad ini (17.01.10 ) terpaksa juga dilaksanakan berikutan persediaan telahpun dibuat, termasuklah upacara penyembelihan Sapi/Lembu Akikah yang telah disempurnakan oleh Tuan Imam daerah Kota belud, Hj. Madli Hj. Manshor yang juga Abang Sepupu saya pada hari Jumaat (15-01-10).Selain jemputan kepada kaum keluarga dan masyarakat kampong telahpun diedarkan.

Waktu banjir sebegini mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak dimana pada waktu banjir begini, saya selalu memancing ikan karuk/ Puyu diparit dan anak sungai berdekatan dengan rumah kami. Biasanya saya dan adik akan keluar dari pagi lagi dan balik pada waktu tengahhari membawa ikan karuk yang banyak. Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan ialah apabila saya dan ayah menangkap ikan Karuk menggunakan dedak/habuk padi. Waktu itu banyak ikan yang kami perolehi.


Ketika melihat hujan turun sejak semalam lagi…teringin rasanya saya menceritakan pengalaman itu kepada anak kembar perempuan saya yang kini sudah berusia 9 tahun. Mereka begitu khsuyuk mendengar kerana sebelum ini, saya tidak pernah menceritakan kepada mereka perihal banjir…tambahan lagi sejak 10 tahun yang lepas, saya sudah lama tidak merasai banjir dan musim hujan yang sebegini.

Sekurang-kurangnya, ‘cuti’ kali ini memberikan satu pengalaman kepada anak-anak saya, selain mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan dengan sepupu-sepupu mereka. Apatah lagi kali ini, “keluarga besar” kami bertambah lagi dengan kehadiran ‘anak lelaki’ saya yang baru sahaja dilahirkan. Di sebelah pihak ibu dan ayah saya juga begitu bersyukur, kerana selain daripada mendapat ‘cucu’ baru, mereka juga mendapat ‘menantu’ baru apabila isteri adik saya , iaitu orang Kulim, kedah telah ‘posting’ di daerah kota belud dan tinggal di rumah di kampong ini.

Bersempena “hujan lebat” ini, saya berdoa dan berharap agar, kami sekeluarga ibu dan bapa terus dikurniakan kesihatan dan keselamatan dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang semakin ‘manis’ ini.

3 comments:

BASING said...

Memang menarik tertarik kau memang gebu..saudara depu-depu. Saya amat tertarik dengan sektsa masa lampau yang saudara utarakan...dalam blog ini...ianya juga membawa dan menyedarkan saya sejenak untuk mengimbau semula kenangan semasa dulu..seakan sama cerita kita, cuma bezanya saudara depu2 tangkap ikan karuk..tetapi aku pula tangkap ikan "jalak"..wow seronok sungguh saat itu, ketangkasan sang jalak di air lupak amat tidak dinafikan, ianya sejenis spesis ikan yang amat liar dan tangkas,setiap kali dipasang pukat atau rambat...tetap dibolosinya, ringkas kata..ianya amat champion..Namun kita anak desa yang mahir dengan permainan lumpur namun berjaya juga menewaskan sang jalak lenting ini..so..apa yang penting disini ialah pengalaman kita masa dulu-dulu adakah wajar kita warisi kepada anak-anak kita yang hidup dizaman yang canggih mangih ini, mereka mungkin pernah bermandikan lumpur, bermain berlari dibatas-batas sawah, menangkap anak ikan diselusur-selusur sungai. Akupun tengah berfikir adakah aktiviti ini sesuai dan wajar dirasai mereka. Zaman dulu bagi kita memang seronok tetapi adakah seronok bagi mereka...sedangkan mereka membesar didalam serba serbinya moden, sedangkan kita sendiri agak janggal bagi saya jika turun semula ke sawah bendang, ke anak-anak sungai, mencari lupak-lupak anak ikan untuk ditangkap.kita bukannya dah lupa asal usul, tetapi agak janggal kan..itulah yang berlaku sekarang dan bagi saya ianya perlu kita fikirkannya semula.

azrone said...

Saya terkepung oleh banjir... tidak sempat nampak kampung dalam banjir dan terpaksa patah balik kota kinabalu

azrone said...

Tahniah saudara kerana dikurniakan Ilahi cahaya mata.