Saturday, January 30, 2010

ADAB BERSAHABAT


Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW

" seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman / rakan".

Al Qamah seorang ulama masyhur memberikan beberapa panduan dalam memilih sahabat, antaranya.

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2. Jika dia mendapat sesuatukebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

4.Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Saidina Ali pernah berkata:

" Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang).Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu,sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu"

Abu Sulaiman Al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan / sahabat.

1. Orang yang mudah engkau berurusab dalam kehidupan seharian.

2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

No comments: