Kalau dulu di tahun 90-an, kompleks membeli belah di Bandar Kota Kinabalu boleh ditunjuk dengan jari, kini ia juah berubah..dimana-mana ada pusat membeli-belah seperti cendawan di musim hujan. Dan yang terbaru, termoden dan terbesar ialah 1Borneo yang terletak bersebelahan dengan kampus Induk Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kewujudan pelbagai pusat membeli belah ini telah menjadikan Kota Kinabalu yang merupakan Ibu Negeri Sabah sebagai tempat membeli-belah terunggul di Kepulauan Borneo.Pusat beli belah bertaraf antarabangsa ini menjadi tumpuan ramai, dari orangSabah sendiri hingga orang Sarawak dan orang Brunei Darussalam dilihat mengunjungi pusat beli belah ini. Dari satu segi ia memberi imej baru bagi Sabah negeri dibawah bayu .Tambahan lagi pusat beli belah di negara ini dikenalpasti sebagai tempat melepaskan tekanan hidup dan mendapatkan persekitaran yang menyenangkan.
Menurut kaji selidik yang dibuat oleh sebuah syarikat Komunikasi Pemasaran terkemuka Grey Group Asia Pasific mendapati bahawa 82% rakyat dinegara ini menganggap bahawa kehidupan moden masa kini sebagai sesuatu yang memberikan tekanan. Justeru itu hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa rakyat di Negara kita hidup lebih tertekan berbanding rakyat Negara Singapura. Jadi, tidak hairanlah kalau pelbagai kaedah dan aktiviti dilakukan untuk melepaskan tekanan itu..dan salah satu daripada aktiviti itu ialah dengan mengunjungi pusat beli belah seperti 1Borneo. Di dapati juga, rakyat di Negara kita menghabiskan purata 2- 4 jam di pusat membeli belah. Sama ada untuk melepaskan tekanan, ataupun untuk melepak membuang masa, ternyata ia memberikan impak besar kepada ekonomi Negara.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mencadangkan kepada kerajaan Negeri Sabah supaya menubuhkan satu Institusi Kajian dan Pembangunan (R&D) khusus untuk penyelidikan rumpai laut. Idea itu dikemukan oleh beliau ketika melawat Pusat Pengkulturan Rumpai Laut di Look Butun, Pulau BUM-BUM, Semporna. R&D ini amat penting untuk mengembangkan potensi industri rumpai laut terutama dalam aspek pengeluaran dan pemprosesan. Turut hadir ialah isteri beliau, Tun Jean Abdullah, KM Sabah Musa Aman dan Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datu Nasir Tun Sakaran.
Apa yang menghairankan masyarakat di semporna dan sekitarnya ialah sepatutnya idea ini lahir ketika Tun Abdullah menjadi PM, kerana ia akan menjadi mudah mendapat perhatian kerajaan pada waktu itu. Tambahan lagi, cadangan ini tidak pun dikemukakan ketika beliau melawat dan melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Luar Bandar (PIPPLB) di Sekolah Berpusat Pulau BUM-BUMsedangkan pada waktu itu Tun Abdullah masih lagi PM. Apa yang tidak ditanyanya kepada KM Sabah Musa Aman,ialah tentang pembinaan Jambatan Pulau BUM- BUM yang sudahpun dibentangkan dalam Rancangan Malaysia ke-9, tetapi hingga kini masih tidak dilaksanakan..Bukankah Jambatan BUM BUM itu salah satu langkah melonjakkan ekonomi di Pulau itu yang dianggap sebagai kawasan berpotensi besar dalam perusahaan Rumpai Laut...?
Kenapa baru sekarang lahir idea itu ? Mungkin kerana pada waktu itu tidak sempat memikirkannya, kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas lain..? Apakah jaminan bahawa idea penubuhan R&D ini akan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri? sedangkan Jambatan BUM BUM pun beberapa kali ditangguhkan..apatah lagi idea yang lahir dari hanya bekas PM ?.Nampaknya Pak Lah lebih berbisa selepas bukan lagi PM Malaysia..
Status manusia terkaya di Malaysia kerap menjadi idamanrakyat di Negara ini. Namun begitu, status berkenaan bukanlah sesuatu yang senang diperolehi. Di Samping harta dan asset terkumpul, seseorang itu juga perlu menepati criteria tertentu, termasuklah keupayaannya mengekalkan ‘kekayaannya’dalam rangkaian perniagaan di dalam Negara dan antarabangsa. Menurut laporan Forbes Asia yang disiarkan pada Mei lalu lelaki terkaya di Malaysia adalah peneraju Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok yang memiliki nilai asset terkumpul berjumlah AS$ 10 billion ( RM 36 Billion ), Manakala ahli perniagaan “HIburan” terkemuka Ananda Krishnan di tempat kedua dengan nilai asset AS$9 billion ( RM 31.5 Billion).
Walau bagaimanapun, kemungkinan Tan Sri Robert Kuok akan kehilangan status itu apabila seorang balu berketurunan Cina di Kota Bahru, Kelantan membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) bahawa suaminya yang baru meninggal dunia telah meninggalkan wang sebanyak RM 160 Billion dalam akaun sebuah bank tempatan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menyatakan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana ia membabitkan sejumlah wang yang banyak dan dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia. Kes berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan kesahihan dakwaan berkenaan. Jika benar,maka Tan Sri Robert Kuok bukanlah manusia terkaya di Malaysia.
Setelah beberapa kali membaca penulisan beberapa rakan blogger mengenai isu yang suatu ketika dulu ‘memanaskan’ daerah kota belud iaitu kes tuntutan Padang Ragut Kuala Pintasan..saya bertekad untuk melihat sendiri Kawasan yang dimaksudkan..dan akhirnya tercapai juga cita-cita saya itu. Cumanya tidak lah semua kawasan yang saya jelajahi hanya kawasan bersempadanan antara kampung Tamau dan kampung Pintasan. Dan hasilnya saya cukup terkejut kerana memang benar apa yang dikatakan oleh seorang rakan blogger ini di mana hampir 80% tanah rezab ini dimiliki oleh orang-orang tertentu. Malahan ketika saya menyusuri kawasan pesisir pantai dari kampung Pintasan hingga ke Minangga iaitu kawasan perkuburan lama penduduk Kg.Tamau ( Batu gadung) saya lagi terkejut kerana kawasan sepanjang kawasan itu sudah dihuni oleh orang-orang tertentu dan siap pula dipagar. Kata orang kampung orang yang mendiami kawasan itu adalah orang asing. Dari pengamatan saya sudah ada kawasan pertanian yang dibangunkan. Seperti penanaman Tembikai dan sayur-sayuran. Turut terlibat ialah kawasan pinggir Padang Golf milik Datuk Salleh Tun Said yang juga mantan Ketua Menteri, yang dibangunkan ketika beliau menjawat Jawatan itu.
Setelah menyelidiki lebih dekat, saya dapat mengetahuinya bahawa pengusaha pertanian itu bukannya orang tempatan atau penduduk asal kampung Tamau, tetapi orang asing dan orang di luar daerah Kota Belud. Timbul pertanyaan dalam hati saya..macam mana mereka ini mendapatkan tempat pertanian di Kampung ini?..Kawasan yang diperuntukkan untuk ternakan Sapi atau Lembu, “Baanan” telah bertukar kepada tempat pertanian. Patutlah sapi-sapi atau lembu-lembu di Kampung Tamau dan sekitarnya berkeliaran di kawasan Kampung?..Kenapa pemimpin-pemimpin di kampung ini sengaja membiarkan keadaan ini berleluasa?...Malahan ada yang mengatakan kepada saya bahawa tanah-tanah itu telahpun dibeli oleh orang-orang ini..dan ada juga yang sudah bergeran.. Ai..Bagaimana perkara ini boleh berlaku..?
Patutlah apabila berkunjung di Tamu mingguan di Kota Belud, kita dapati ramai sudah bukan orang tempatan yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Lama-kelamaan kawasan kg.Tamau dan Daerah Kota Belud akan dikuasai oleh orang-orang ini, seperti yang mereka buat dengan daerah Tawau. Seorang rakan cina pernah memberitahu saya bahawa, Bandar Tawau boleh lumpuh ekonominya kalau bangsa ini mogok dan enggan berniaga…Bayangkanlah kalau ini berlaku di Kota Belud..Apa akan jadi dengan anak dan keturunan kita?...Di sudut yang lain para pemimpin kita terlalu sibuk dengan berpolitik,seolah-olah mereka sajalah yang berpengaruh sehingga melupakan perkara –perkara yang pada anggapan mereka remeh dan tiada masa untuk memikirkannya. Jaga-jaga jangan sampai seperti kata orang “menang Sorak Kampung tergadai”.
Satu demi satu isu politik di negara ini keluar semacam sudah dirancang oleh pihak tertentu untuk menaikkan imej pembangkang. Kekalahan moral di Manik Urai tidak langsung menjatuhkan populariti pembangkang..kerana ada isu yang lebih besar dan menjadi perhatian rakyat. Bermula dengan desas-desus Mantan Menteri Kesihatan yang juga ketua MCA bahagian Bakri, Johor ,Datuk Seri Chua Jui Meng untuk menyertai PKR dan akhirnya menjadi kenyataan..dan selepas itu hanya selang beberapa hari, menyusul pula tragedi kematian Teoh, setiuasaha politik kepada seorang pemimpin DAP negeri Selangor. Dan kini pula, pelawaan Zahid Ibrahim agar YM Tengku Razaleigh menyertai PKR.Semuanya memihak kepada pihak pembangkang.
Benarkah KU LI akan menyertai PKR?.. isu ini sudah semakin hangat..Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap kenyatan terbuka Zahid Ibrahim itu menjatuhkan maruah dan perjuangan politik tokoh veteran UMNO itu. namun begitu apa yang tidak di usul pula ialah sumbangan YM KU LI, dalam politik dan pembangunan negara sudah lama tidak dihargai oleh UMNO sendiri. Keputusan KU LI membubarkan Semangat 46, dan kembali ke pangkuan UMNO dilihat sebagai 'sirih pulang kegagang".Tetapi apa bila KU LI kembali ke dalam UMNO, keadaan sudah berubah..KU LI seakan terpinggir ...Bahkan tiada sebarang Jawatan politik dan kerajaan yang diberikan kepadanya ? apakah mereka takut denga aura kepimpinan KU LI yang masih bertenaga itu? atau adakah ada agenda untuk mematikan karier politik KU LI?..Tidak dapat dipastikan kerana biarpun beberapa kali KU LI mengambil keputusan mencabar Presiden UMNO dan perhimpunan Agung, namun masih tidak mendapat sokongan akar umbi..malahan pernah sekali KU LI hanya mendapat satu pencalonan itupun dari bahagian UMNO Gua MUsang yang beliau menjadi ketua bahagiannya.
Jadi..perlukah KU LI menyertai PKR untuk mengilap semula kilauan politiknya itu ? Atau adakah isu ini sengaja untuk menguji di mana tempat KU LI dalam UMNO dalam era kepimpinan DSN? Apa yang pasti sekali lagi dengan isu ini 'saham' KU LI terbukti masih mahal dan berharga...Kerana para pemerhati poltik berpandangan bahawa dengan isu ini mungkin mula menakutkan UMNO akan kehilangan tokoh lama dalam UMNO jika KU LI menyertai pembangkang.Biarpun begitu KU LI semamangnya bukan kuli kepada parti PKR.
Kebejatan Sosial yang menimpa masyarakat kita, bukanlah boleh dipandang ringan…Budaya ‘berhibur’ yang keterlaluan menjadi kebiasaan masyarakat terutama golongan muda. Kehidupan mewah dan berada memungkinkan banyak peluang berhibur dapat dilakukan. Tidak terkecuali golongan belia di luar Bandar juga turut terpedaya dan terpesona dengan seribu macam jenis hiburan yang melalaikan. Trend kehidupan barat sudah lama menular dinegara ini.. Nilai dan norma masyarakat diketepikan. Dasar dan pencegahan krisis social semakin tidak menampakkan keberhasilannya. Lihatlah kehidupan di kota- kota metropolitan di Negara ini, suasana malam hingar binger dengan bunyi ekzoz motor oleh mat-mat rempit yang menunjukkan lagak dan gaya penunggangan yang amat merbahaya. Mat-mat kereta lumba pula, mengayakan pelbagai rekabentuk kenderaan dan bunyi ekzoz yang membinggitkan telinga. Kehidupan ala-ala blues ini seakan tidak dapat dibenteras lagi walaupun kekerapan pihak penguatkuasa mengadakan rondaan dan sekatan jalan raya.
Cerita di atas jalan raya tidak berakhir disitu, kerana di malam yang sama Cuma berbeza tempatnya, ratusan anak muda leka dengan bunyi muzik kontemporari yang menusuk hati dan minda pendengarnya, sehingga perlakuan menjadi seperti binatang yang tidak tahu malu dan berfikiran. Kelab-kelab malam tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Arak menjadi minuman penghapus dahaga malam. Pergaulan bebas dianggap satu kemestian. Jangan cerita bercumbuan, berdakapan dan menari terhuyung hayang kerana ‘pesta Sex” pun sudah mula dipraktikkan. Melakukan perbuatan sumbang dan perlakuan hubungan kelamin dibuat secara ramai-ramai tanpa rasa berdosa.Tidak cukup dengan ‘kepuasan’ yang dinikmati..mula pula mengadakan hubungan sesama kaum sejenis. Pesta Gay dan Lesbian mengambil tempat. CD-CD video lucah boleh diperolehi merata tempat seperti pisang goreng, sekejap masak, sekejap habis.
Alangkah jauhnya keruntuhan moral masyarakat kita. Saban hari ada saja yang ditangkap, namun saban malam juga ada saja yang terlepas. Dadah cukup bermaharajalela. Dari Pil penenang jiwa, hinggalah kepada Ganja yang merosak minda.Kenapa situasi ini berlaku?...Inilah akibatnya bila hukum tuhan mula dilupakan….Tunggu sajalah azab dari tuhan bila diturunkan…
Kenapa sejarah kaum sebelumnya tidak diambil pengajaran?..Peristiwa Kaum Nabi Luth yang dimusnahkan oleh tuhan kerana membelakangi fitrah kejadian manusia tidak pun dapat mengetuk pintu kesedaran golongan ini..Pelbagai wabak, bala dan bencana yang tuhan turunkan untuk mengajar manusia, namun tidak juga dapat membenteras kegilaan dan kesyaitanan mereka ini.
Cerita ini mungkin menjadi pengajaran bagi mereka.
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:
SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangka n kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? " "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:
SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya. ?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:
SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:
SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? " "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.