Friday, August 7, 2009

NORDIN MAT TOP MATI DITEMBAK


Berita terkini yang dilaporkan oleh Utusan Melayu mengatakan bahawa pengganas kelahiran Malaysia yang paling dikehendaki oleh republik Indonesia lantaran beberapa siri pengeboman berani mati di negara itu yang dikaitkan dan di rancang oleh Pengganas ini, Nordin Mat Top telah di tembak mati dalam satu serbuan di Jawa Tengah. Laporan itu adalah seperti berikut:


BEJI, Indonesia 8 Ogos – Pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia, Nordin Mat Top ditembak mati dalam satu serbuan oleh polis antikeganasan Indonesia yang menggunakan senjata berat di tempat persembunyiannya di Jawa Tengah, televisyen tempatan melaporkan.


Stesen televisyen itu tidak mendedahkan sumbernya dan polis masih belum mengesahkan laporan tersebut, ketika ambulans tiba di rumah tempat persembunyian yang telah dikepung selama 17 jam dan melibatkan insiden berbalas tembakan serta letupan.


Seorang saksi berkata, dua beg mayat telah dibawa keluar dari rumah tersebut.

Pasukan polis elit yang lengkap bersenjatakan raifal menyerbu masuk rumah terbabit selepas ia dikepung dalam sebahagian siasatan berhubung dua insiden pengeboman di hotel mewah di Jakarta. – AFP

http://utusan.com.my/utusan/design1_files/main_story_gradient_bottom.jpg


WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

H1N1 ANCAMAN SERIUS : NAJIB


PENULARAN H1N1 AMAT SERIUS: NAJIB.

Seorang lagi mangsa wabak H1N1, disahkan meninggal dunia menyaksikan keseluruhan mangsa wabak merbahaya itu setakat jam 6.00 hari ini susah mencecah 15 orang dan mangsa terbaru ialah lelaki berusia 45 tahun yang dikatakan mengalami demam selesema sejak 26 Julai yang lalu. Manakala yang disahkan sudah dijangkiti telah meningkat seramai 1525 orang, dan hampir 900 orang adalah jangkitan tempatan.

Menyedari hakikat penularan wabak H1N1 ini menunjukkan peningkatan setiap hari, Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak menzahirkan kebimbangan beliau terhadap fenomena ini dan menyifatkan bahawa kes penularan wabak ini sudah sampai ke tahap yang amat serius. Justeru itu beliau menasihati rakyat di Negara ini supaya menghadkan aktiviti yang melibatkan pertemuan dan perhimpunan ramai. Ini untuk menggelakkan daripada berlakunya penyebaran wabak yang melanda seluruh dunia itu. Selain daripada beberapa langkah kebersihan, rakyat juga digalakkan supaya lebih kerap mencuci tangan dan memakai topeng muka atau penutup mulut ketika berada di khalayak ramai.

Sementara itu Kementerian Kesihatan telah membenarkan klinik-klinik swasta di Negara ini untuk memberikan rawatan kepada pesakit yang disyaki dan disahkan dijangkiti wabak berkenaan. Penjualan anti vaksin juga boleh diperolehi di klinik-klinik swasta terpilih di seluruh Negara. Sekali lagi NGO dan Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta disarankan menganjurkan solat hajat secara beramai-ramai untuk memohon kepada Allah SWT supaya terhindar dari wabak H1N1 ini.

Thursday, August 6, 2009

W.S RENDRA : MENINGGAL DUNIA.


Penyair terkemuka Indonesia, W.S RENDRA di laporkan telah meninggal dunia kelmarin 06/08/2009, pada jam 22.30 kerana sakit. Penyair yang nama penuhnya Willibrordus Surendra Broto Rendra merupakan penyair ulung juga digelar budayawan atas sumbangan besar beliau dalam bidang seni di rantau ini. Di lahirkan di Solo Jawa Tengah, pada 7.November 1935, terkenal dengan jolokan ‘Si Burung Merak’ kerana begitu aktif semasa hayatnya dalam bidang seni dan teater. Anak kepada pasangan R. Cyprianus Sugeng Brotoatmodjo dan Raden Ayu Catharina Ismadillah. Ayahnya adalah seorang guru Bahasa Indonesia dan Bahasa Jawa di sebuah sekolah Katolik, di Solo, di samping sebagai seorang pelakon dramawan tradisional. Ibunya adalah penari serimpi di Keraton Surakarta.

Sejarah pendidikannya adalah seperti berikut:

  • TK Marsudirini, Yayasan Kanisius.
  • SD s/d SMU Katolik, St. Yosef, Solo – Tamat pada tahun 1955.
  • Jurusan Sastra Inggris, Fakultas Sastra dan Kebudayaan, Universitas Gajah Mada, Yogyakarta – Tidak tamat.
  • Mendapat beasiswa American Academy of Dramatical Art (1964 – 1967).

Bakat sastra WS Rendra sudah mula kelihatan ketika menuntut di SMP lagi. Ketika itu dia sudah mulai menunjukkan minat dan kemampuannya dengan menulis puisi, cerita pendek, dan drama untuk berbagai kegiatan sekolahnya. Bukan hanya menulis, ternyatadia juga bergiat aktif dalam pementasan drama dan teater. Dia sempat mementaskan beberapa dramanya, dan kemudiannya tampil sebagai pembaca puisi yang sangat berbakat.

Pertama kali menyiarkan puisinya di media massa pada tahun 1952 melalui majalah Siasat. Setelah itu, puisi-puisinya pun lancar mengalir menghiasi berbagai majalah pada saat itu, seperti Kisah, Seni, Basis, Konfrontasi, dan Siasat Baru. Hal itu terus berlanjutan sehingga tersiar dalam majalah-majalah pada edesi selanjutnya, terutama majalah tahun 1960-an dan tahun 1970-an.

Kaki Palsu adalah drama pertamanya, dipentaskan ketika ia di SMP, dan Orang-orang di Tikungan Jalan adalah drama pertamanya yang mendapat penghargaan dan hadiah pertama dari Kantor Wilayah Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta.

Apa yang menarik bagi tokoh budayawan ini ialah persahabatan dan kerapatannya dengan Ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim Dan beliaulah juga yang menulis sajak Sang Rajawali kepada DSAI. Sebelum ini dilaporkan DSAI juga pernah menemui penyair ini ketika melawat Indonesia.Antara hasil karya puisinya ialah:

  • Balada Orang-Orang Tercinta (Kumpulan sajak)
  • Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta
  • Blues untuk Bonnie
  • Empat Kumpulan Sajak
  • Jangan Takut Ibu
  • Mencari Bapak
  • Nyanyian Angsa
  • Pamphleten van een Dichter
  • Perjuangan Suku Naga
  • Pesan Pencopet kepada Pacarnya
  • Potret Pembangunan Dalam Puisi
  • Rendra: Ballads and Blues Poem (terjemahan)
  • Rick dari Corona
  • Rumpun Alang-alang
  • Sajak Potret Keluarga
  • Sajak Rajawali
  • Sajak Seonggok Jagung
  • Sajak Seorang Tua tentang Bandung Lautan Api
  • State of Emergency
  • Surat Cinta