Monday, June 4, 2012

SETELAH 3 TAHUN ,ISU KELEWATAN SK TAMAU MASIH DALAM HATI SAYA



inilah gambar saya ketika menemui Pegawai JKR KB pada tahun 2009 bersama sdr Batu gadung

Hari ini saya terbaca dalam Fcb yang dipostkan oleh sdr Akiah Hj Barabag mengenai kenyataan media dalam New Sabah Times oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan. Saya masih ingat isu pembinaan Sk Tamau ini telah mula-mula saya paparkan dalam Blog ini pada tahun 2009 lagi. Pada waktu itu saya pulang bercuti di Kg. Tamau, dan bangunan sekolah yang dibina itu berhadapan dengan rumah orang tua saya. Melihat kepada papan tanda yang dipasang di luar pagar Sk Tamau, pada waktu itu, kelewatan telahpun mencecah 9 bulan.


Saya cuba mengetahui punca kepada kelewatan itu. Dan atas saranan beberapa rakan blogger termasuk mantan Jurutera JKR Kota Belud, Sdr Ajin Gagah, juga termasuk Sdr Musram Rakunman, Sdr Batu Gadung, Sdr Paikankb, saya memberanikan diri datang berjumpa dengan pegawai JKR di Kota Belud untuk mendapatkan maklumat. Difahamkan kepada saya dan sdr batu Gadung, kelewatan Sk Tamau itu berpunca dari masalah Kontraktor yang dilantik.

Pada keesokannya saya nampak kereta JKR masuk ke tempat  pembinaan dan selepas itu pulang. Saya tidak tahu apa keputusan dan perbincangan dengan pihak kontraktor dan juga pihak sekolah. Itu berlaku pada tahun 2009 . Selepas pendedahan saya itu beberapa blog turut memuatkan permasalahan berkenaan. beberapa media massa nasional termasuk Berita Harian dan Borneo post juga memuatkan artikel mengenai isu kelewatan Sk Tamau ini.Sehingga kini, masalah itu sudah melewati tempoh sehingga 3 tahun.


Saya secara keseluruhannya merasa sangat hampa, kecewa dan marah dengan keadaan itu. pihak-pihak berwajib dan sepatutnya yang bertanggungjawab mengenainya seakan "menutup mata". Bahkan boleh dikatakan TIDAK ADA TINDAKAN yang dibuat.

Membaca kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud ini, membuatkan saya terfikir apakah ia sudah begitu terlambat?Setelah 3 tahun pembinaan bangunan Sk Tamau itu, dan khabar dari kampung juga memaklumkan ada sudah nyawa yang terkorban di jalanraya berdekatan Pembinaan itu kerana tiada tanda bahawa itu kawasan pembinaan Sekolah.

Setelah 3 tahun, isu ini masih dalam sanubari saya.

No comments: