Monday, November 29, 2010

DATUK SHAFIE APDAL : BN TIDAK JANJI KOSONG


Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berjanji kosong dan sebagai bukti ia terus meningkatkan kemudahan asas di luar bandar khasnya di Sarawak, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.



"Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membangunkan kemudahan asas seperti kemudahan jalan raya, elektrik dan air di kawasan luar bandar termasuk di rumah-rumah panjang di Sarawak.



"Kita (BN) tidak pernah janji kosong, kita akan terus melaksana projek pembangunan infrastruktur untuk rakyat di luar bandar termasuk mereka di rumah-rumah panjang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya di sini Isnin.



Shafie berkata setakat tahun ini 60 kilometer jalan luar bandar telah disiapkan, 100 kilometer lagi masih dalam pembinaan daripada keseluruhan 224 kilometer jalan luar bandar yang akan dibina di seluruh Sarawak.



Menurutnya projek yang masih belum dapat disiapkan tahun ini kerana faktor cuaca akan disambung pada tahun depan.

No comments: