BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM: GAJI NAIK DALAM MEB

>> Sunday, May 9, 2010

Menaikkan gaji sejuta kakitangan awam di negara ini menjadi antara elemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein.



Beliau berkata langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikan rakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepada rakyat berpendapatan tinggi.



“Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahulu yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekaligus menjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang.

“Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi dan selesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melalui peningkatan motivasi pekerja.


“Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan mesyuarat agung tiga tahunan Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia cawangan Kelantan di sini hari ini.


Awang Adek berkata kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji para pekerja dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, secara purata kini 80 peratus rakyat di negara ini memperoleh pendapatan RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya kepada RM45,000 setahun.

- Bernama

0 ulasan:

Penafian: Penulis blog Depu-Depu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP