REGATA LEPA-LEPA SEMPORNA BERTARAF DUNIA

>> Friday, April 23, 2010


Setiap tahun pada tanggal 23-25 April, acara sambutan perayaan Regata lepa-lepa di daerah pantai timur terutama Semporna di adakan. Ketika ini, pekan Semporna di banjiri ratusan ribu pengunjung sama ada dari dalam dan luar negeri. Dianggarkan pelancong asing melebihi 100 ribu orang. Semua tempat penginapan di daerah ini termasuk Hotel bertaraf 3 bintang, Hotel Seafest telah dipenuhi oleh tempahan seawal dua bulan lagi.



Sambutan Regata tahun ini adalah merupakan sambutan yang ke 17. Ramai yang menyatakan bahawa sambutan kali ini adalah antara sambutan yang paling meriah. Di lengkapi dengan acara nanyian dan tarian.Antara artis terkenal yang dijangka menyampaikan lagu pada malam kemuncak ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Adam AF.



Acara lain ialah termasuk perlumbaan perahu lepa, pertandingan ratu lepa,tarian atas lepa dan macam-macam lagi. Bagi yang bersempatan, datanglah beramai-ramai memeriahkan sambutan Regata Lepa-Lepa ini.

0 ulasan:

Penafian: Penulis blog Depu-Depu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP