Friday, April 30, 2010

DIMANA KESILAPAN DAN KEBENARAN?


Kes seorang remaja berusia 15 tahun,Aminurrasyid yang ditembak polis dalam satu operasi cegah jenayah telah menggemparkan masyarakat di negara kita. Ada yang menyatakan bahawa ia satu kesilapan, apabila Pihak Polis melepaskan lebih 13 das tembakan dan mengenai kepala pelajar tersebut. Ada juga yang menyatakan bahawa apa motif penemuan sebilah parang dalam kereta pelajar terbabit.




Pihak polis dan Menteri dalam negeri telah memberi jaminan bahawa kes ini akan disiasat secara telus dan adil. Ada juga pihak yang menggesa supaya satu Suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat kejadian ini. Pada waktu yang sama, keluarga mangsa menafikan sekeras-kerasnya tuduhan menyatakan bahawa Aminurrasyid dikaitkan dengan kegiatan menyamun.



Jika ia merupakan satu kesilapan, PDRM perlu bertanggungjawab atas insiden ini. Kita tunggu keputusannya. Demi keadilan semua pihak ,kita berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan telus. Jangan jadi POLIS RAJA DI MALAYSIA.

No comments: