Saturday, November 7, 2009

YB DATUK MUSBAH; KG TAMAU DAPAT JETI BARU




Kampung Tamau, Kota Belud: Pembinaan Jeti Baru di kampung ini mendapat perhatian yang begitu menggalakkan oleh masyarakat sekitar kampung Tamau. Ada yang memuji malahan tidak kurang yang mempertikai kedudukan dan reka bentuk Jeti tersebut. Namun semua itu bukan persoalannya, pada penulis adalah perubahan sikap penduduk masyarakat sekitarnya adalah persoalan yang perlu kita perhatikan.

Zaman dahulu, setiap pembangunan yang bakal diwujudkan di kawasan perkampungan pasti akan mendapat tentangan yang hebat. Bukan sahaja daripada penduduk setempat bahkan juga ketua kampungnya. Namun melihat senario sekarang, zaman itu telah pun berlalu. Ketua kampung sentiasa menyokong pembangunan yang sedang di rancang oleh pihak kerajaan. Mungkin disebabkan JKKK turut memberikan kerjasama yang baik. Masyarakat di Kg. Tamau juga sentiasa memberikan kerjasama kepada para pemimpin di dalam merancang aktiviti pembangunan kampung malahan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pemimpin di kawasan mereka.

Pembinaan Jeti ini di harap dapat membantu para nelayan terutama didalam aktiviti pengumpulan hasil tangkapan mereka. Para pemimpin juga mestilah membantu masyarakat di kawasan tersebut terutama didalam melatih atau membimbing nelayan-nelayan ke arah pengurusan dan penangkapan yang lebih moden dan teratur.

Walau apapun, terbinanya Jeti ini, di harap para nelayan menggunakan segala kemudahan dengan lebih baik dan berhemah lagi. Sebagai anak jati di Kg. Tamau, penulis amat berbangga atas usaha kerajaan di dalam membantu golongan nelayan agar dapat merasai nikmat pembangunan sebenar. Kepada YB. Datuk Musbah Bin Haji Jamli dan Datuk Abd. Rahman Dahlan, Kami penduduk sekitar Kampung Tamau berterima kasih atas bantuan dan kesungguhan pihak YB membantu masyarakat kampung kami.



8 comments:

Ulad Tangila said...

SILA BACA TULISAN SAYA DI http://uladtangila.blogspot.com/

Hajin said...

Satu khabar yang menggembirakan, tapi mengapa baru sekarang? Sepatutnya ia dibuat sejak 10 tahun yang lalu...

Saya lebih gembira kalo ada khabar bekalan air terawat di kampung kita. Bilalah ada paip air datang ke rumah kita?

Mungkin kejadian penyakit stroke, batu karang dan sebagainya, yg menyerang ramai di kalangan penduduk Tamau, Pintasan, Tawadakan dan Lilud adalah disebabkan oleh air.....

Watababai said...

salam sdr depu-depu..

betul juga kata sdr Hajjin tu, masalah air melanda di kg Tamau dan sekitarnya termasuk kg saya Rampayan. Kita harus mengambil jalan yg lebih proaktif dengan mendesak para pemimpin termasuk wakil rakyat di kawasan kita.

Seliu Liu said...

Salam saudaraku Depu Depu... saya baru balik dari bumi Tongtalun, kira mahu jumpa sekejap minum kopi tapi tiada perhubungan.

DEPU-DEPU said...

salam kembali sdr Azrone..

kenapa tak maklumkan awal...saya boleh datang jumpa sdr..

Insyallah lain klai kalau berkesmpatan di bumi Tongtalun..sdr maklumkan kp saya dlm blog ni..insyalllah saya jumpa sdr minum kopi di Floating..

DEPU-DEPU said...

slm sdr Hajin..

TQ kerana mengunjungi blog saya ni..lama agaknya tak update maklumlah terlalu sibuk dgn tugas2 harian..
Thanks.

DEPU-DEPU said...

sdr Ulad Tangila..

saya dah baca posting sdr teruskan...

DEPU-DEPU said...

sdri watababai..

TQ kerana memberikan pandangan.saya menghargainya.