Friday, October 23, 2009

PARA CERDIK KAMPUNG TAMAU

Antara tokoh muda kampung Tamau : Imam Daerah Kota Belud. Ustaz Madli Hj manshor


Antara perkara yang paling mencuit hati saya dengan semangat yang berkobar atas keinsafan bahawa masih ada lagi penulis yang berkesempatan membuka lembaran tinta bagi sebuah kampung bernama Tamau, ialah apabila menatapi coretan seorang wartawan ternama Sdr.Abd.naddin sahiddin yang juga mebesar bersama siulan kedamaian kampung yang teletak di pinggir pantai laut china selatan ini. Dan rasanya begitu terbuai membaca catatan itu yang dilukiskan oleh beliau di dalam blog nya. catitan itu turut juga menjadi perhatian Sdr. Musram yang juga "pagari" dan anak jati kampung berkenaan.


Menceritakan bagaimana perkembangan minda intelek dalam dunia pendidikan keagamaan dan moden di kampung itu, membuatkan saya banyak mengimbau akan keadaan yang brelaku lewat 30-40 tahun yang lepas. Mengingatkan saya bahawa perkembangan itu turut 'membesar' dengan jiwa dan raga kerana tokoh -tokoh berpendidikan di kampung itu, seperti yang disebutkan oleh sdr Naddin adalah saya kenali secara dekatnya dan beranggapan bahawa mereka adalah pelopor kepada dunia pendidikan di kampung Tamau.


Nama-nama seperti sdr. Musram, Sdr razak, Sdr Akriah, Sdr Rupilin, Sdr haji sain, sdr Milus, sdr Yusof Rakunaman,Ustz. Satri, Ustz Laiman, Ustz Daiman, ustz Sawi, Ustz saipul ,ustz Abdi, Ustz Madli dan beberapa orang lagi yang tidak sempat saya senaraikan adalah antara tokoh terpelajar yang merintis kepada pencapaian kampung Tamau dari sudut keilmuan berkaitan dengan bidang keagamaan juga ilmu-ilmu moden. Dan benar bahawa sekarang inipun sudah begitu ramai graduan lepasan Universiti yang dikeluarkan oleh kampung Tamau. rasa saya adalah patut jika satu kajian mendalam sama ada berbentuk kaji selidik dan laporan perlu diusahakan untuk mendapatkan data terkini bilangan graduan di kampung Tamau. di samping sebagai rujukan masa depan, data berkenaan juga menjadi pembakar semangat kepada generasi baru di kampung tamau untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian akademik mereka.


Sebagai salah seorang anak jati kampung Tamau, sekali-sekala persoalan 'sumbangan' berlegar di kepala saya.. Apakah peranan para cerdik pandai di kampung Tamau..? Adakah perlu satu program dirancang untuk menghimpunkan tokoh-tokoh cerdik ini? Untuk apa..? dan bagaimana..? Siapa yang memulakanya..? berpesatuan pada peringkat kampung mungkin kecil faedahnya tetapi besar manfaat jika dibuat untuk mengukuhkan tali silaturahim yang mula rengang akibat kesibukan kehidupan yang masing-masing ketahui. kalau dulu tokoh-tokoh ilmuan di kampung Tamau, kerap bermuzakarah di majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan kematian, budaya itu terbantuk pada zaman generasi cerdik pandai ini mengambil posisi dalam masyarakat kampung.


Budaya bermuzakarah, bersoal jawab dan perbincangan secaras ilmuan akan mewujudkan suasana pentarbiyahan yang berkekalan. dan atas kesedaran itu, pada hemat saya ahli-ahli fikr ini perlu segera dikumpul..sebelum kelewatan, kerana pada minda mereka terdapat mutiara yang amat besar sinarnya jika dimanfaatkan untuk pembangunan kampung Tamau.

8 comments:

musli oli said...

Tahniah kepada warga Kg Tamau kerana melahirkan ramai cendekiawan..saya teringat kata seorang kepada saya, "its not what we have, but what we are going to do with it".. saya menanti sumbangan golongan pemikir, bijak pandai ini untuk pembangunan ummah khusus di Tamau dan KB amnya..

palingberani said...

Ziarah sdr depu-depu..

saya mengenali Imam Madli ini..dan saya kagum dengan pegangan agamanya. Yang lain tu kenal begitu saja.
Kalau sumbangan rasanya Imam Madli banyak jasa sbb dia imam daerah.

watasikadi said...

Tahniah anak-anak kampung tamau kerana dapat mengharumkan nama baik kota belud dengan melahirkan ramai bijak pandai. tidak hairanlah kita PAS kuat di kampung ini, anak bangsanya cerdik pandai rupanya. ALHAMDULILLAH...TAKBIR!! HIDUP PAS!!

boaukb said...

salam..moga kg tamau menjadi serambi mekah di kota belud... amin insyaalah... TERUSKAN PERJUANGAN

a kl citizen said...

assalammualaikum

tidak pernah ke kampung tamau... bagaimana agaknya di sana ya

tawadakan said...

Salam,
kenapa nama sahabat lama saya iaitu sdra Roslan HJ Manshor lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UM, mantan pegawai eksekutif MDKB bakal calon UMNO DUN Tempasuk tiada dalam senarai terlupa lagi satu nama iaitu USTAZ IDRIS KISAB rasanya lebih layak....

watasikadi said...

saudara tawadakan, antara salah satu pilihan yang boleh difikirkan. pembawaan sederhana dan mesra dengan grassroot sebenarnya ustaz idris satu lagi alternatif dalam UMNO KB. saya terfikir, jika ustaz idris dicalonkan saya yakin akan wujud senario baru politik KB. dari pembawaannya saya dapat lihat beliau serius dalam membantu rakyat dan tidak mengejar kepentingan diri. sekadar memberi pendapat. ikhlas dari penyokong tegar PAS.

ROJOKOBOG said...

Salam semua,
Kalau Ustaz Idris Kisab jadi calon UMNO N.06 Tempasuk, ketawa besar lah Watasikadi..hahahahhahahahah, knapa dia ketawa besar, hanya beliau yg mengetahui.