MIC merupakan salah satu parti komponen BN yang masih dilihat berusaha menjadi wira dalam hal-hal bersangkutan dengan kepentingan dan kebajikan masyarakat India di Negara ini. Biarpun parti PPP juga memperjuangkan isu yang sama, namun MIC dilihat lebih ‘dekat’ dihati rakyat berketurunan India. Tambahan lagi PPP sudah mula mengalami krisis kepartian sehingga pada satu masa mempunyai dua ketua. Kini, giliran MIC pula menjadi tumpuan mata para pengundi India. Demi menyelamatkan imej dan kuasa politik MIC, maka satau bentuk pembaharuan perlu dirancang dan dilaksanakan.Seperti mahu atau tidak kerana MCA dan UMNO rakan lamanya dalam BN terlah bertransformasi lebih awal terutama dalam tuntutan perubahan pimpinan parti yang lebih demokratik. Namun yang menghairankan ramai penganlisis politik neutral ialah Pemimpin MIC masih kekal di kerusi kuasa dan memasang tali dan rangka agar barisan cabinet parti secocok dengan naluri ketua parti biarpun tidak sudah secocok dari segi usia.
Kegagalan MIC dalam menangani kemunduran ekonomi dan politik masyarakat India tidak hanya membuatkan mereka kembali berteka-teki akan masa depan malahan mula ada yang hanyut menyahut propaganda pihak pembangkang. Terperangkap dan terpedaya satu hal, tapi yang paling menyayat hati pemimpin politik India ialah hingga ada yang sanggup menggadai maruah masyarakat ini kononnya orang India di Malaysia sudah lama terdiskriminasi dan perlukan pembelaan. Suatu propaganda yang jauh dari panggang politik pemimpin MIC. Dan menjelang pemilihan parti ini, MIC harus kembali mendapat keyakinan rakyat India dan menjadi wira Makkal Thalaivan kepada mereka. Ahli MIC harus memilih transisi kepimpinan yang menyimpan liability dan hutang politik kepada masyarakat India serta mengurus kearah 1Malaysia.
salam sdr ku depu depu
ReplyDeletesaya terkejut membaca ulasan dan persoalan2 yg di utarakan oleh sdri kelapa mawar yg seolah olah PISBA dan USBO di pertikaian kan akan kepimpinannya sewaktu ketika dahulu..saya hrp sdr ku depu depu dpt memberi respon terhdp isu ini..tidk lupa juga saudara si rengit yg menulis sebelum ini isu tntng PISBA untuk tampil memberi respon..begitu juga dgn sdr sambal belacan, sdr
mushram dan sdr musli untuk turut serta memberi jawapan yg tepat untuk PISBA..sy secara peribadi merasa 1001 persoaln tntng isu ini kerna ini melibat persatua iranun yg tercinta..hrp semua berkunjung ke blog sdri kelapa mawar..
Salam Sdr depu-depu..
ReplyDeleteSaya ada menulis catatan tentang PISBA dan USBO..dtg berkunjung di blog saya harap dpt buat ulasan..ma kasih