Kebejatan Sosial yang menimpa masyarakat kita, bukanlah boleh dipandang ringan…Budaya ‘berhibur’ yang keterlaluan menjadi kebiasaan masyarakat terutama golongan muda. Kehidupan mewah dan berada memungkinkan banyak peluang berhibur dapat dilakukan. Tidak terkecuali golongan belia di luar Bandar juga turut terpedaya dan terpesona dengan seribu macam jenis hiburan yang melalaikan. Trend kehidupan barat sudah lama menular dinegara ini.. Nilai dan norma masyarakat diketepikan. Dasar dan pencegahan krisis social semakin tidak menampakkan keberhasilannya. Lihatlah kehidupan di kota- kota metropolitan di Negara ini, suasana malam hingar binger dengan bunyi ekzoz motor oleh mat-mat rempit yang menunjukkan lagak dan gaya penunggangan yang amat merbahaya. Mat-mat kereta lumba pula, mengayakan pelbagai rekabentuk kenderaan dan bunyi ekzoz yang membinggitkan telinga. Kehidupan ala-ala blues ini seakan tidak dapat dibenteras lagi walaupun kekerapan pihak penguatkuasa mengadakan rondaan dan sekatan jalan raya.
Cerita di atas jalan raya tidak berakhir disitu, kerana di malam yang sama Cuma berbeza tempatnya, ratusan anak muda leka dengan bunyi muzik kontemporari yang menusuk hati dan minda pendengarnya, sehingga perlakuan menjadi seperti binatang yang tidak tahu malu dan berfikiran. Kelab-kelab malam tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Arak menjadi minuman penghapus dahaga malam. Pergaulan bebas dianggap satu kemestian. Jangan cerita bercumbuan, berdakapan dan menari terhuyung hayang kerana ‘pesta Sex” pun sudah mula dipraktikkan. Melakukan perbuatan sumbang dan perlakuan hubungan kelamin dibuat secara ramai-ramai tanpa rasa berdosa.Tidak cukup dengan ‘kepuasan’ yang dinikmati..mula pula mengadakan hubungan sesama kaum sejenis. Pesta Gay dan Lesbian mengambil tempat. CD-CD video lucah boleh diperolehi merata tempat seperti pisang goreng, sekejap masak, sekejap habis.
Alangkah jauhnya keruntuhan moral masyarakat kita. Saban hari ada saja yang ditangkap, namun saban malam juga ada saja yang terlepas. Dadah cukup bermaharajalela. Dari Pil penenang jiwa, hinggalah kepada Ganja yang merosak minda.Kenapa situasi ini berlaku?...Inilah akibatnya bila hukum tuhan mula dilupakan….Tunggu sajalah azab dari tuhan bila diturunkan…
Kenapa sejarah kaum sebelumnya tidak diambil pengajaran?..Peristiwa Kaum Nabi Luth yang dimusnahkan oleh tuhan kerana membelakangi fitrah kejadian manusia tidak pun dapat mengetuk pintu kesedaran golongan ini..Pelbagai wabak, bala dan bencana yang tuhan turunkan untuk mengajar manusia, namun tidak juga dapat membenteras kegilaan dan kesyaitanan mereka ini.
Cerita ini mungkin menjadi pengajaran bagi mereka.
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:
SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangka n kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? " "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:
SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya. ?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:
SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:
SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? " "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.
A'kum...
ReplyDeleteAbg nape tak komen calon cadangan saya