Pages - Menu

Sunday, July 19, 2009

BN : KES TERTUNGGAK


Sebagai sebuah parti yang memegang tampuk pemerintahan negara sejak 50 tahun yang lalu, BN sebuah parti gabungan yang terdiri daripada beberapa komponen termasuk parti dari Sabah dan Sarawak, pada hakikatnya menjadi 'tumpuan umum' rakyat sama ada yang 'mendekati' parti itu dengan sedekat-dekatnya hinggalah kepada golongan rakyat yang 'menjauhkan' diri dari parti penuh bersejarah ini. Tentunya sebagai sebuah parti pemerintah, terlalu banyak isu dan persoalan yang menyelimuti parti terbesar ini. Kesemuanya perlukan penyelesaian dan perhatian terus dari PM, selaku 'nakhoda terbaru' kapal BN. Sama ada lulus atau tidak, hanya rakyat yang mampu bertindak sebagai pemeriksa kertas-kertas jawapan BN ini dan keputusannya bisa dilihat dalam PRU-13. banyak kes-kes yang disabitkan dengan BN, namun dibiarkan tanpa penjelasan menyeluruh kepada rakyat. Dan kini BN dilihat terlalu banyak kes tertunggak yang perlu diselesaikan.

Rakyat menuntut penjelasan berhubung skandal pita video V.K Lingam, yang dikatakan sampai sekarang belum ada kata putusnya.Begitu juga skandal PKFZ yang dikatakan oleh pihak pembangkang sebagai wujud penyalahgunaan kuasa dan adanya unsur-unsur rasuah, biarpun isu dikatakan diputarbelitkan oleh pembangkang, namun kerajaan perlu membuat penerangan dan penjelasan secara lebih telus dan terbuka untuk tatapan rakyat seluruhnya. Skandal pembelian Eurocopter komisen kapal selam beratus juta dan tuduhan pembabitan pegawai atasan polis dengan kumpulan kongsi gelap. Kesemua 'Tuduhan' ini merupakan kes tertunggak yang maha besar yang menimpa BN dan kerajaaan. selain daripada beberapa 'kes' peribadi pemimpin kerajaan sendiri. Justeru itu BN kena membersihkan namanya, supaya lumpur itu tidak terus terpalit padanya. Kerana rakyat masih sayangkan BN, masih perlukan UMNO dan sekutu-sekutunya untuk membangunkan negara ini.


Akhirnya BN sekali lagi mengahadapi isu yang sangat singnifikan dengan realiti masayarakat majmuk di negara ini, apabila kematian Teo Beng Hock, yang dikatakan dalam jagaan SPRM menjadi bual bicara pagi dan petang masyarakat. Sayugia diingatkan bahawa tindakan pihak pembangkang mempolitikkan isu ini akan menyemarakkan isu perkauman di negara ini. Justeru itu ramai pihak beranggapan bahawa isu ini perlu diselesaikan dengan lebih telus. Dan pihak polis dibiarkan menjalankan tugas dengan bidang kuasa yang diperuntukkan.

Apakah kes-kes tertunggak ini akan bertambah ? atau kes-kes ini akan dapat diselesaikan oleh BN.? Hanya BN sahaja yang dapat menjawabnya..kerana rakyat sudah mula nampak dacing dalam logo BN sudah semakin senget.

4 comments:

  1. Salam ziarah sdr..

    Saya rasa bukan sahaja kes tertunggak yg melambak tetapi juga bil-bil tertunggak pun banyak..bil itu bil ini..e..macam-macamlah

    ReplyDelete
  2. salam,

    Bukan sahaja pelbagai isu yang tertunggak, bayaran kepada kontraktor, projek-projek mega, bayaran royalti pun ada yang tertunggak...


    Bil api dan bil air tidak tertunggak kah saudari kelap mawar..???

    ReplyDelete
  3. Salam Kelapa mawar dan si Rengit..

    Ai..Cerita bil tertunggak pula...
    Bil api dan bil air tu jangan ditunggak mawar...nahas nanti...gelap gelita lah pula rumah tu...

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Kalau dah banyak kali tertunggak...tolak saja dlm PRU 13.habis cerita

    ReplyDelete