Biarpun TGNA mula 'berlembut' dengan gagasan TGHA membawa BN bersama menubuhkan UG atau "disebarluaskan' sebagai 'kerajaan Perpaduan",namun akhirnya idea murni yang membawa kepada penyatuan dua buah parti Melayu PAS dan UMNO berkubur sekali lagi. Mesyuarat PR yang diadakan khas membincangkan UG ini akhirnya menemui persetujuan apabila PAS,PKR dan DAP yang berada dalam Pakatan Rakyat menolak secara 'total' gagasan itu.Atas alasan bahawa 'Penubuhan Kerajaan Perpaduan" itu diputarbelitkan oleh media dan BN untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.Sepatutnya UG harus melibatkan PKR dan DAP dan bukannya PAS sahaja. Atas Semangat PAKATAN RAKYAT, idea perpaduan itu ditolak.
DiSebelah pihak UMNO masih berpendapat bahawa ia masih kuat dan mampu mengurustabdir negara ini tanpa memerlukan satu medium 'kerajaan perpaduan'. Begitulah 'tragisnya' kesudahan 'kerajaan perpaduan' ini setelah sekian lama menjadi isu utama dalam politik tanahair.Rakyat bukan sahaja tertunggu-tunggu akan kesudahannya, malahan ada sudah yang 'menaruh harapan' agar gagasan perpaduan ini menjadi kenyataan. Tidak kurang juga yang masih'sangsi' dengan keikhlasan kedua-dua belah pihak.Bagi penyokong 'tegar' PAS, UMNO lah punca kegagalan kerajaan perpaduan ini.Begitu juga dengan penyokong kuat UMNO, melihat PAS masih 'tidak'ikhlas untuk merealisasikan penubuhan kerajaan perpaduan ini. Golongan 'pertengahan' pula hanya tinggal 'memerhati' dari jauh akan penghujungnya kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kedua-dua parti PAS dan UMNO mengenai kerajaan perpaduan ini. Banyak perbincangan dan 'debat' ilmiah yang 'berlangsung' dalam menyusuri idea perpaduan yang dikatakan dicetuskan oleh Presiden PAS, TGHA dalam muktamar tahunan PAS.
Golongan yang mengharapkan agar kerajaan ini menjadi kenyataan seperti menanti ayam bertelur, akhirnya telur tak menetas. Begitulah 'kusut'nya polemik politik di negara kita.Dan itu kita sedar kerana dalam politik tidak cukup dengan analisa terkini tetapi perlu kepada banyak 'perhitungan'.Diawalnya TGNA menunjukkan 'kedegilan' untuk enggan menerima gagasan perpaduan, sehingga menimbulkan pelbagai polemik yang 'panas' ,namun akhirnya reda dengan kononnya 'kehendak' akar umbi PAS meghendakkan penubuhan UG..kemudian, akhirnya isu ini bertambah reda bila pengumuman PR bahawa UG telah berkubur.
Secara lebih 'nasional' sifatnya, rakyat yang menginginkan agar pertentangan UMNO-PAS sejak sekian lamanya 'selesai' melalui kewujudan UG ini, masih meletakkan 'kegagalan' untuk mewujudkan persefahaman politik yang matang antara dua buah parti melayu ini disebabkan kerana kedua-duanya tidak 'meletakkan' kepentingan melayu di hadapan, sebaliknya masing-masing masih dibelenggu oleh kepentingan parti masing-masing...Lebih adilnya, PAS dan UMNO 'masih' tidak ikhlas menamatkan pecaturan politik melayu...Dan sedar atau tidak, atau sama ada setuju dan sebaliknya...DSAI masih 'menghantui' politik Malaysia...

SebenarnyaTGNA pernah membayangkan UG semasa koridor Pantai Timur dilancarkan di Kelantan dengan ungkapan "bertapa manisnya hidup". Tetapi strategi dan percaturan politik menyebabkan PAS lebih terpandu oleh advisor professionals setelah melihat golongan erdogan kecundang. Keresahan akan terjadi perpecahan dalaman PASlah yang mendorong kepada penolakan UG. Lihatlah percaturan DSAI. Bila UG hampir menjadi kenyataan DSAI seakan berdentum menyatakan bantahan dan cemuhan. Tetapi bila DSAI yakin bahawa UG tidak menjadi..Dia muncul sebagai hero menawarkan UG dibincangkan. Politik sukar dimengertikan tetapi indah dan mudah dibicarakan.
ReplyDeleteSalam. UBN untuk sementara terpaksa lupakan UG. Anwar pernah diakui dr Mahathir, selagi ada yang mahu mendengarnya.. pasti kemenangan akan berbiphak padanya. TGHA.. tersekma terhadap padangan DSAI.. akhirnya cetusan ideanya sendiri terpaksa TGHA lupakan. Itulah kekuatan Anwar.
ReplyDeleteSalam buat Senjaliza dan Mrakunman,
ReplyDeleteTQ dgn pandangan yang cukup bernas! sebagai rakyat yang mengharapkan keutuhan perpaduan di negara ini, kita masih melihat dari jauh, perkembangan politik kedua-dua parti ini..sekurang-kurang masih ada 'ruang' bagi PAS dan UMNO berada 'seketika' dalam gelenggang politik perpaduan...ruang itu sentiasa ada kerana seperti Senjaliza katakan "politik sukar dimengertikan tetapi indah dan mudah dibicarakan"