Pages - Menu

Saturday, June 20, 2009

Keropok 'Gergasi 'tarikan Tamu Kota Belud


Biarpun pesta Tamu kota Belud sudah tersenarai dalam kalendar Pelancongan Negera, namun masih ramai yang masih tidak berpeluang untuk mengunjungi 'Tamu' mingguan terbesar di Sabah ini. Tamu Kota Belud ini bukan sahaja terkenal sebagai tempat membeli belah terutama hasil-hasil pertanian yang pelbagai dan ternyata murah tetapi juga dijadikan tempat sebagai 'medan' pertemuan hujung minggu sambil menikmati pelbagai juadah kuih muih tradisional suku kaum Bajau, Iranun dan Dusun/Kadazan yang mendiami daerah ini sejak dahulu lagi. Bagi yang bernasib baik, kunjungan ke Tamu ini akan dapat menyaksikan beberapa 'pertunjukan' ringkas kebudayaan suku-suku kaum di Kota Belud. Biasanya pertunjukkan ini diadakan sama ada melibatkan pameran 'pakaian tradisi' ataupun pameran 'peralatan kebudayaan tradisi' seperti Gong, Kulintangan dan Gendang.

Jika panorama ini sudah biasa dinikmati, maka yang menjadi tarikan kini di Tamu berusia lebih 50 tahun ini ialah kewujudan 'keropok Ubi Gergasi" yang dijual dengan harga yang berpatutan. Keropok-keropok ini biasanya 'menyambut' kedatangan para pengunjung kerana dijual di hadapan pintu masuk ke Tamu ini. Keropok ini bukan sahaja sedap dan rangup tetapi juga dijual dalam pelbagai perisa.Bagi pengunjung yang suka perisa manis keropok ubi ini sesuai di makan ketika menikmati minum petang.Selain itu ada juga perisa masin dan pedas. Pertama kali merasa 'keropok ubi gergasi' ini, saya 'terpingin' untuk membeli sebagai 'buah tangan' untuk dibawa pulang.

Ketika berbual dengan penjual keropok ini, saya difahamkan bahawa keropok ubi ini dikeluarkan oleh IKS sekitar daerah Kota Belud. Dan apabila berpeluang mengelilingi tamu yang sarat dengan 'manusia' berurusan 'membeli' barang keperluan, saya dapati banyak juga 'tudung-tudung Saji' yang berwarna warni turut dijual...Tudung Saji ini ternyata unik kerana dibuat dari daun pandan dan mengkuang.Apa yang menarik ialah tudung ini dibuat oleh masyarakat di Kota Belud. Dan pada pagi ini saya telah sempat melihat sendiri bagaimana tudung Saji ini dibuat...Dianyam secara teliti dan cermat.Proses ini memerlukan ketekunan dan masa yang panjang untuk menyiapkannya.Tikar Mengkuang juga turut dijual di Tamu ini...Ada yang dijual secara 'pukal' dan ada juga yang dijual secara 'satu-satu'.Harga yang ditawarkan dalam sekitar RM 50-RM 100 tetapi harga itu boleh diturunkan lagi bergantung kepada kecekapan pembeli 'menawar' harga yang ditetapkan oleh penjual. Selain itu ada juga barangan 'kraftangan' yang boleh dibawa pulang sebagi ole-ole.Pendek kata, anda tidak akan merasa rugi mengunjungi 'Tamu Kota Belud"." Pesorong Kam"..."Sangur Kanu"!!.


3 comments:

  1. Didalam ahli keluarga saya, saya saja belum sampai ke Sabah..moga2 akan termakbul hasrat utk kesana satu hari nnti..Adik ipar pun orang Sabah tapi keluarganya tinggal di Sipitang...
    Saudara mmg orang sabah ke ? atau merantau dan berhasrat utk terus menetap disana ?

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah sampai ke sabah... tengok gambar2 ni teringin juga ke sana

    ReplyDelete
  3. salam,
    rugi lah saudara dan saudari tak bertandang ke sabah. Apapun Kota Belud Daerah yang masih segar dan bugar "Dara Lagi" dalam konteks pembangunan. Banyak tempat dan kawasan yang masih belum diteroka atau dibangunkan untuk tujuan pelancongan. Anda pasti akan terpegun...

    ReplyDelete