Pages - Menu

Tuesday, June 30, 2009

MICHAEL JACKSON: BETULKAH?


"kematian' bukanlah sesuatu yang boleh diramalkan..malahan tidak ada sesiapa pun yang boleh lari darinya...sebab itulah kita sentiasa dituntut untuk sentiasa mengingati mati..kerana kematian pasti akan datang menjemput kita. Begitulah yang berlaku kepada lagenda Muzik Pop yang tersohor Michael Jackson. Kematiannya 'mengejutkan' peminat muzik seluruh dunia. Dan lebih memeranjatkan lagi ialah selepas kematiannya hasil post-mortem mendapati sesuatu yang luarbiasa telah dialami oleh penyanyi kegemaran ramai ini. Seperti yang catatan dalam blog CINA ISLAM :
Media terbitan Inggris, The Sun, mendapat "bocoran" hasil otopsi jenazah sang legenda musik pop Michael Jackson.

"Rincian hasil otopsi yang mengerikan adalah penyanyi itu sebenarnya tinggal tulang --tidak ada makanan di perutnya kecuali pil - pil," tulis The Sun.


Paha, pinggul, dan di bahunya ada bekas tusukan jarum suntik - yang diyakini sebagai injeksi narkotika penghilang nyeri. Suntikan itu diberikan tiga kali sehari dan sudah berlangsung bertahun-tahun.

Terdapat juga banyak bekas pembedahan yang kemungkinan adalah hasil dari 13 kali operasi kosmetik.
The Sun yang mengutip hasil otopsi itu menulis bahwa bintang dengan tinggi 5 kaki 10 inci (178,8cm) itu meninggal dalam keadaan "sangat kurus" yaitu sekitar 53 kg.
Hasil otopsi juga menunjukkan sang bintang bisa dibilang tidak punya rambut lagi. Saat meninggal dia mengenakan wig dan tinggal sedikit helai rambut di kulit kepalanya.

Kulit kepala di atas telinga kirinya sudah benar-benar botak dan ada bekas luka. Kemungkinan luka itu akibat kecelakaan tahun 1984 ketika rambut Michael Jackson terbakar saat pembuatan film iklan untuk Pepsi.
Di jenazah itu juga terdapat patah tulang rusuk, kemunginan akibat dadanya terus ditekan-tekan saat orang-orang berusaha menolongnya dari gagal jantung.
Ada empat bekas suntikan di sekitar jantung Jacko, julukan Michael Jackson. Kemungkinan suntikan itu berisi adrenalin yang diinjeksikan langsung ke jantung.
Tiga suntikan itu menembus dinding jantung dan menyebabkan kerusakan. Satu suntikan lain meleset dan malah kena tulang rusuknya.
Ada lebam di lutut Michael Jackson dan di dua tulang keringnya. Otopsi tidak berhasil menemukan penyebab luka tersebut.Terdapat pula luka benda tajam di punggungnya yang merupakan indikasi dia baru jatuh."Raja musik pop" itu juga punya wajah yang penuh bekas sayatan bedah plastik.

Seorang sumber yang dekat dengan Jackson mengatakan "dia tinggal kulit dan tulang, rambutnya sudah rontok dan saat meninggal di perutnya tidak ada makanan dan hanya pil-pil. Bekas suntikan di seluruh tubuhnya serta kerusakan akibat bertahun-tahun bedah plastik menunjukkan bahwa dia sudah dalam tahap akhir kemerosotan."
"Dokter-dokternya dan orang-orang di sekelilingnya menjadikan Michel Jackson menghancurkan diri sendiri. Harus ada yang dimintai pertanggungjawaban."

NOSTALGIA MANDI SUNGAI


Hari ini dua pelajar telah menemui saya untuk membuat laporan tentang rakan diaorang yang tidak hadir ke sekolah gara-gara mandi sungai hingga 'lupa' pergi ke sekolah. Saya tersenyum mendengar cerita pelajar ini kerana saya pun masa zaman kanak-kanak dulu selalu juga mandi sungai dan nostalgia itu seakan datang berputar kembali dalam ingatan saya.Satu kenangan yang sukar di lupakan.


Semasa zaman kanak-kanak saya dan beberapa orang kawan 'selalu' mandi sungai.Dari pagi, kadang-kadang hingga petang. Kalau saya ingat sekarang,begitu 'tahan' pula saya dan kawan-kawan yang lain 'mandi' begitu lama.Tapi itulah hakikatnya, 'mandi sungai' sungguh menyeronokkan. Orang kampung panggil sungai tempat saya selalu mandi itu dengan nama "Magutang. Saya pun hingga kini tidak tahu maksud "magutang" itu, dengar-dengar ia sempena nama kampung yang wujud berdekatan dengan sungai itu. Bagi kami, waktu itu sungai itu kami gelar "Buruyung" kerana air di tengah sungai itu berputar sebab dalam.Maklumlah zaman kanak-kanak, manalah pentingkan nama, yang ada di kepala waktu itu "MANDI SUNGAI".



Di pendekkan cerita, memangpun sudah pendek!, waktu mandi tu, aktiviti yang selalu kami buat ialah menyeberang sungai menggunakan rakit batang pisang yang dibuat sendiri. Rakit pisang itu kami panggil "Upas".. Tidak tahu apa sebenarnya tujuan kami berakit ke seberang sungai itu..tidak ada apa-apa pun yang dihajatkan. Hanya bila sampai ke seberang kami berasa puas..konon kerana berjaya menakluki sungai yang lebarnya lebih kurang 30 kaki itu. Airnya deras dan dalam tidak menjadi halangan kepada kami. Bahkan perasaan takut pun tidak wujud.Biarpun saya masih ingat, saya sering dimomokkan kononnya di sungai itu ada buaya.Tapi hingga kini tidak ada seorang pun yang melihat kelibat buaya itu. Mungkin cerita dongeng untuk menakutkan kami saja.

Minggu lepas ketika saya membawa keluarga pulang ke kampung 'bercuti singkat" saya sempat melirik sungai yang sewaktu dulu tempat saya dan kawan-kawan bermain. Sungai itu sudah berubah wajah dan tidak lagi seperti dulu.Tebingnya pun mula kena hakisan.dasarnya pun bertambah cetek.
kalau saya ingat peristiwa tu, terfikir juga saya..apalah yang kami perolehi mandi sungai tu?..

paling tidak pun, sekarang ia jadi pengalaman yang sukar dimengertikan.Tapi ia indah sebenarnya kerana tidak semua yang melaluinya...

Monday, June 29, 2009

JEJAK TUHAN DALAM OTAK.


Tuhan ada di dalam langkah
Tuhan ada di dalam darah
Tuhan ada di dalam hati
Tuhan ada di mana-mana
Tuhan ada dan menyatu dalam diri


Kalimat-kalimat diatas itu bukan kata-kata daripada sebuah kitab suci, tetapi ia adalah daripada sebuah lagu pop jaz yang didendangkan pada akhir tahun 1980-an.

Di mana sahaja dan pada bila-bila masa, ramai manusia mencari tuhan.Mereka mencarinya di merata tempat, bukan sahaja di Masjid,gereja,kuil ataupun tokong.

Sebuah pasukan angkasawan Amerika dikatakan pernah mencari tuhan di bulan. Mereka datang dengan sebuah pesawat dengan tujuan mencari kehidupan baru dan sekaligus mencari tuhan. "apakah betul tuhan ada di atas sana?" tanya ketua angkasawan itu. tetapi apabila tiba di bulan,mereka kecewa.Tidak kelihatan satu perkara pun yang boleh menunjukkan pada mereka mengenai kewujudan tuhan.Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan tuhan itu berada di bulan.Apalagi mencari tuhan seperti keinginan Nabi Musa di Bukit Tursina.Mereka kecewa,lalu membuat kesimpulan yang tuhan itu tidak ada.salah seorang daripada mereka kemudiannya mendapat idea bagaimana caranya bertemu dengan tuhan."bukalah pakaian angkasawan kamu,tanggalkan tabung oksigen dan keluarlah daripada pesawat.Kerana tuhan hanya bertemu dengan manusia tanpa sebarang peralatan dari bumi!"Katanya.

Cadangan itu nampak begitu logik,lalu salah seorang daripada mereka memberanikan diri melakukannya.Dia keluar daripada pesawat tanpa tabung oksigen dan lima minit kemudian, dia mula tercungap-cungap menarik nafas.Dia mati di permukaan bulan,dan akhirnya angkasawan itu memang dapat 'bertemu' tuhan di alam baqa.


Pengalaman Nabi Musa di Bukit Tursina atau pun pengalaman Nabi Muhammad yang "bertemu muka" dengan tuhan ketika israk dan Mikraj menjadi pelajaran penting mengenai batasan manusia melihat tuhan.Namun kewujudan dan kehadiran tuhan adalah sesuatu yang sangat diyakini oleh kaum muslimin.

Salah satu cara ahli falsafah menjelaskan kaitan tuhan dengan manusia adalah melalui konsep emanasi (pancaran) atau pemancaran, tajjali atau teofani ,apabila Allah menampakkan DiriNya melalui tanda-tanda yang boleh dihayati.Jejak-jejak tuhan dalam diri manusia dapat dilihat dalam konsep tingkatan akal.


Akal itu sendiri merupakan daya terpenting yang dimiliki manusia.Selain daripada daya berfikir yang berpusat di kepala,manusia juga memiliki daya keberanian yang berpusat di dada dan daya nafsu yang berpusat di perut.

Sebuah hadis Qudsi menerangkan bagaimana Allah pertama sekali menciptakan akal. Selepas selesai menciptakan akal, Allah berkata kepada akal,"berpalinglah daripada ku",maka akal pun berpaling.lalu Allah berkata lagi,"berpalinglah pada ku",maka akal pun berpaling.Allah kemudian berkata "demi kebesaran dan keagungan ku,Aku belum pernah menciptakan makhluk yang lebih hebat daripada dirimu ataupun yang lebih patuh daripada dirimu.Melaluimu, Aku memulai dan melaluimu,Aku mengembalikan.Apa yang mendukung mu dapat memperoleh pahala dan apa yang melawan mu mendapat hukuman".

Alangkah indahnya penciptaan manusia yang dibekalkan dengan akal yang begitu sempurna.Namun, jarang di kalangan manusia yang merasakan keajaiban akal ini, kerana yang lebih disukai oleh manusia ialah nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Bagi manusia yang dikuasai nafsu, hidupnya bertambah jauh dari Allah, dan manusia sebegini akan terpancar padanya sikap buruk seperti tamak, tidak amanah,rasuah,dengki,prasangka dan banyak lagi.Manusia yang dikuasai akal akan lebih tenang hidupnya,harmoni jiwanya dan baik budi pekertinya.

(di petik dan disunting: Revolusi Iq.Eq.Sq-Taufik Pasiak)

Sunday, June 28, 2009

MUZAKARAH-KERAJAAN PERPADUAN-DEBAT:SAMA SAJA!



“permainan layang-layang” barangkali tepat kalau digambarkan dengan keadaan politik semasa di Negara kita..Mungkin juga pertanyaan ‘Apakah jadahnya politik di Malaysia? Boleh dijadikan gambaran awal perasaan rakyat yang terguris dek perbuatan parti-parti politik PAS, UMNO,PKR yang sebelum ini meniupkan isu ‘perpaduan’.Bermula dengan isu ‘muzakarah’ kononnya PAS dan UMNO akan duduk bersemuka membicarakan kepentingan ummah mengatasi kepentingan fahaman politik kepartian masing-masing. ‘harapan’ rakyat mula dinodai. Semacam permainan layang-layang, pAS dan UMNO bermain tarik tali, antara ‘sudi’ bersemuka dan kembali membiarkan perpaduan khususnya orang melayu bertambah parah. Pelbagai janji dan prasyarat di berikan untuk merealisasikan ‘muzakarah’ yang akhirnya ditukar kepada ‘muqabalah’, dengan gambaran bahawa istilah itu lebih sesuai dan senang dimengertikan. Tetapi dalam politik, biar “terang lagi bersuluh”, namun belum tentu dapat melihat. Begitulah hakikatnya, biarpun pelbagai pertemuan sulit dan terbuka diadakan antara kedua-dua parti politik PAS dan UMNO, akhirnya kerana tidak wujud politik yang matang, isu MUZAKARAH_MUQABALAH, bertemu titik pengakhirnya. Perasaan rakyat mula terguris,. Bagi yang benar-benar mengharapkan agar penyatuan umat Melayu menjadi kenyataan, akhirnya terpaksa pasrah bahawa “biarpun mendung sudah berarak, tetapi cerah hanya seketika”. Kecewa,sedih,marah dan bingung antara perasaan yang menyelinap dalam minda rakyat pada waktu itu. Namun rakyat tidak dipedulikan asalkan, ‘kuasa politik’ tidak tergugat.

Dan sekali lagi, perasaan rakyat “dikorbankan” apabila isu penubuhan kerajaan perpaduan mengambil tempat dalam lanskap kepolitikan di Malaysia.Tidak cukup dengan isu muzakarah-muqabalah, PAS dan UMNO menghidupkan cerita lama yangf diberikan nafas baru…Penubuhan kerajaan perpaduan… bunyinya sahaja berlainan, tapi muslihatnya sama..kononnya untuk kepentingan ummah!..Benarkah?.. Maka bermulalah perjalanan “Rama” menyelamatkan “Sita” seperti dalam epic “Ramayana”..dan untuk kesekian kalinya, perasaan rakyat menjadi ‘bekal’ untuk meneruskan perjalanan itu…Sekali lagi ‘rakyat’ terpesona dengan janji dan perwatakan pemimpin yang melaung-laungkan ‘perpaduan ummah’. Namun dimana keseudahannya,?..Sekali lagi ‘gagal’ atau memang sengaja ‘digagalkan’ tanpa memikirkan kehendak akar umbi. Biar apa pun sebab dan musababnya, sama ada ada pada PAS atau ada pada UMNO, ternyata perasaan rakyat terus diperlekehkan. Apakah mereka tidak sedar bahawa ‘kuasa’ rakyat mengatasi kebijakkan politik mereka.Apakah mereka tidak tahu bahawa ‘tangan’ rakyat lebih berkuasa dari tulis dan pena? Apakah mereka juga lupa bahawa rakyat adalah “raja”, dan mereka adalah ‘hamba’?Apakah mereka juga alpa bahawa minda rakyat boleh menentukan siapa seterusnya dipuncak kuasa?...Akhirnya politikus-politikus ini dibuai rasa lupa yang maha dahsyat…Kalau terus-terusan lupa, tunggu saja PRU-13 akan menceritkan segala-galanya.

Kini pengajaran tidak dijadikan iktibar, buat keberapa kalinya isu “debat” ini menjadi sandaran politik di Negara kita. Perdebatan DSAI dengan Shabery Chik suatu ketika dulu, kononnya suatu petanda demokrasi hidup subur di Negara ini.Tidak cukup dengan ‘janji temu’ yang ‘dikembangdengarkan’ kepada rakyat, perdebatan itu disiarkan secara langsung menerusi TV.Sesetengah penganalisis politik berpandangan perdebatan itu cukup sebagai landasan bahawa kepolitikan di Malaysia mula memasuki fasa baru.Perdebatan dilihat dapat memberi laluan yang lebih jelas kepada rakyat untuk memilih pemimpin.Mungkin atas dasar dan semangat ini, TGNA ‘menjemput” DSN untuk berdebat.Apa lagi?? Media massa mula lah pula memainkan isu ini.Kepentingan ummah! Memperjelaskan kepada rakyat isu sebenar! Antara ungkapan politik yang dilontarkan…Ah.! Sama saja, “muzakarah,isu kerajaan Perpaduan, Debat’’ semua itu adalah permainan politik yang tidak berkesudahan..ada agenda politik di sebaliknya…Perasaan rakyat, biar terguris, biar hancur, biar dipermainkan,! Asalkan populariti kepartian menguasai minda dan pemikiran rakyat. Cukuplah! Sudahlah!....fikirkanlah! derita rakyat, fikirkanlah keluh kesah rakyat, fikirkanlah kehendak dan kemahuan rakyat,! Kerana rakyat itulah mahkota kuasa, dan mahkota itu adalah milik rakyat selamanya.

Saturday, June 27, 2009

IRANUN:Pelapis Kepimpinan


Pencapaian ‘cemerlang’ anak Iranun dalam persada kepolitikan di Malaysia, memang sesuatu yang cukup-cukup membanggakan. Bermula dari pemimpin yang menjadi tulang belakang kepada kemerdekaan Sabah ( Rujuk : Dt.Bandira Dt.Alang ,Iranun,Adat Tradisi ), suku kaum Iranun ‘terus-terusan mewarnai lanskap politik negara ini. Keupayaan dan kebolehan yang ditunjukkan oleh anak Iranun, akhirnya diiktiraf apabila Tan Sri Pandikar Amin di lantik sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kelincahan dan ketangkasan “pandikar” Iranun ini dalam mengawal perbahasan dewan, menjadi buah mulut rakyat terutama masyarakat Kota Belud.Pemimpin yang dianggap sebagai ‘idola’ oleh kebanyakkan anak Iranun masa kini ternyata banyak menyumbang kepada pesada politik tanah air.. Pun begitu tidak kurang juga yang merasakan bahawa pemimpin ini tidak mempunyai pelapis untuk meneruskan krisma kepimpinan Iranun yang merupakan suku minoriti di Sabah . Bagi sesetengah orang politik berpendapat, untuk memastikan kesinambungan kepimpinan Iranun terutama di daerah Kota Belud ini, memerlukan suatu perancangan yang rapi. Agenda dan kepimpinan yang jelas perlu diungkai supaya tidak terus kusut terutama kepada golongan muda.

Seorang anak muda dari suku ini, berkata bahawa pemimpin pelapis ini perlu segera “dikedepankan “supaya penglibatan Iranun dalam politik khusunya di Sabah tidak terus dipandang sepi. Menyedari hakikat itu harapan disandarkan kepada anak Iranun dari Kampung Tamau, Roslan HJ. Manshor yang dilihat mampu meneruskan kesinambungan kepimpinan itu. Biarpun masih ramai anak Iranun yang mempunyai kelebihan dan ‘kepintaran’ berpolitik, namun itu tidak menjadi sesuatu yang perlu dibahaskan kerana niat dan tujuan asal anak-anak Iranun ini adalah sama, “Mewujudkan kepimpinan pelapis”. Ketika berpeluang menyelami ‘pemikiran’ pemimpin muda ini yang juga merupakan mantan pegawai Majlis Daerah Kota Belud dan AJK UMNO Bahagian juga anak kepada seorang pemimpin 'tegar' USNO dan kini UMNO,beliau menceritakan bagaimana perlunya golongan muda ‘membangkitkan’ rasa perjuangan untuk mendaulatkan bangsa Iranun , Selaras dengan konsep“1 Malaysia”, yang di war-warkan oleh kerajaan waktu ini . Suasana politik tanahair menyaksikan ruang terbuka luas untuk sesiapa jua melibatkan diri dalam” menyusunrangka” pembangunan dan kepimpinan Negara. Pengalaman dan kepimpinan yang ditunjukkan memungkinkan satu lagi anak Iranun mencipta sejarah dalam politik tanahair. Soalnya sekarang, Apakah Iranun sudah bersedia melahirkan golongan pelapis?...Satu persoalan yang perlu segera ‘diselesaikan’ oleh pemimpin Iranun.Kerana pada hemat saya, sama ada kita bersetuju dengannya atau tidak…Sudah sampai masanya, pemimpin muda dari suku Iranun ‘dilatih’ untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh ini. ‘pemimpin-pemimpin Iranun lainnya, perlu ‘Ikhlas” merealisasikan ‘harapan’ ini. Kerana jika tidak, kepimpinan Iranun ini akan terus hilang dan tunasnya tidak akan kelihatan lagi.

Begitu juga masyarakat Iranun perlu segera melupakan ‘persengketaan’ lama terutama yang bersangkutan dengan fahaman politik. “padu dan bersatu’ harus diletak mengatasi kepentingan peribadi yang sempit. Berjuang dengan memikirkan halatuju Iranun dan kepimpinannya di Malaysia dilihat mampu menjadi ‘nadi’ kepada perjuangan suku Iranun.Teruskan berjuang!!...

Makhluk Asing


Persoalan Makhluk asing sering kita dengar dibangkitkan oleh media massa.Bermula daripada tanggapan bahawa terdapat makhluk seakan-akan manusia yang telah mencapai kemajuan dan peradaban tinggi yang hidup di alam ini,manusia mula membuat kajian dan penyelidikan untuk membuktikan kewujudan makhluk Asing. Ada yang mempercayainya, dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju malahan menolak ‘kehadiran’ makhluk ini. Fenomena laporan kenampakan pesawat makhluk asing yang digelar Unidentified Flying Object (UFO) tersebar secara meluas sehingga mula menimbulkan persoalan sama ada makhluk asing ini benar-benar wujud atau sebaliknya. Di Negara kita tidak terkecuali dengan berita ‘sensasi’ ini. Suatu ketika dulu kita dikejutkan dengan Pesawat Piring Terbang (UFO) yang kelihatan melayang di sekitar Johor Bahru dan sekitar Lembah Klang. Masyarakat kita ‘gempar’ seketika dengan kehadiran makhluk asing ini.Ada yang bertanya…kenapa UFO perlu ke Johor Bahru?...lalu timbullah bermacam-macam tanggapan sehingga ada yang mula mencari-cari ikhtiar untuk menyelamatkan diri jika berlakunya serangan UFO? Mungkin tanggapan sebegini banyak dipengaruhi oleh plot cerita Filem Sains Fiksyen yang menggambarkan Makhluk asing sebagai “makhluk penjajah”. ‘Kegemparan’ masyarakat ini tidak berlarutan kerana akhirnya UFO ini dilupakan.
Di Sabah isu UFO ini juga pernah mengemparkan apabila seorang wartawan ketika mengambil gambar Pesawat MAS yang berlepas dari lapangan terbang Kota Kinabalu turut mendakwa gambar yang diambil itu mengandungi objek terbang… Setelah diperhalusi gambar berkenaan, didapati objek terbang itu berupa ‘Keranda’. Isu ini pada waktu itu bertambah ‘panas’. Ada pihak yang mendakwa bahawa ‘objek terbang’ itu bukanlah UFO tetapi lebih kepada ‘amalan-amalan mistik’ yang dikaitkan dengan pemujaan. Akhirnya isu objek terbang ini hilang begitu sahaja.Mungkin kerana tidak ada kajian susulan atau kajian saintifik yang boleh membuktikan kehadiran UFO di Negara ini.
Antara kes popular ialah mengenai penemuan makhluk asing di Roswell,New Mexico, Amerika Syarikat pada tahun 1947 selepas dikatakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing itu terhempas.Menurut kisah itu, pada malam kejadian berlaku ribut teruk sehingga menyebabkan penduduk terpaksa berkurung di dalam rumah. Keesokkannya, seorang penternak di kawasan itu mendapati banyak serpihan logam aneh yang bertaburan di kawasan ladangnya.serpihan logam itu dikatakan serpihan kapal angkasa makhluk asing yang terhempas. Namun Amerika Syarikat menolak asas itu dengan mengatakan bahawa itu adalah belon kaji cuaca. Ramai yang masih sangsi dengan kejadian ini, tetapi akhirnya kes ini ditutup dan dilupakan.

Persidangan Persatuan Penyelidikan UFO British (BUFORA) yang diadakan pada tahun 1995 mendedahkan satu rakaman pembedahan makhluk asing yang dikatakan dirahsiakan oleh AS selama 48 tahun.Rakaman hitam putih itu menggambarkan makhluk asing itu memiliki kepala yang besar, tanpa rambut,mata besar seperti cicak dan mempunyai enam jari di tangan dan kaki. Gambaran ini akhirnya menjadi asas kepada pembikinan filem-filem yang menceritakan perihal makhluk asing ini. Antara filem yang menjadi perhatian masyarakat dunia ialah X-File yang cuba diketengahan menceritakan bagaimana penyiasatan seorang agen perisik yang menemui beberapa bukti tentang kewujudan makhluk ini.Malahan ada kepercayaan bahawa makhluk asing ini sudah pun tiba di bumi pada ribuan tahun lalu dan melewati masa yang panjang,mereka dikatakan turut berevolusi dan berubah rupa paras.
Sama ada benar atau tidak masih menjadi sasuatu yang sukar dibuktikan.



Friday, June 26, 2009

A.R Badul Bercerai Lagi


Dunia artis sememangnya penuh dengan ‘glamour’..Tidak cukup dengan perhatian peminat ketika berada di pentas atau di layar perak, kehidupan peribadi artis juga menjadi tumpuan umum.Kadangkala sebagai manusia biasa, artis juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Itu diakui oleh semua manusia. Namun pendedahan media massa terhadap golongan ini, banyak menimbulkan tanggapan negatif…tidak kurang juga yang ‘menyelar’ golongan yang yang selalu dikaitkan dengan ‘ikon’ masyarakat ini apabila mendedahkan beberapa adegan yang melanggar norma dan tatasusila masyarakat setempat. Bagi peminat fanatik artis pujaan mereka menjadi ikutan, bahkan ada yang sanggup mengeluarkan ‘kos free’ semata-mata untuk membantu menaikkan imej dan populariti artis pujaan mereka.

Dan pada pagi, ini ketika membelek-belek akhbar Kosmo, bertarikh 23 Jun.2009,mata saya tertumpu kepada berita pelakon, pelawak dan pengarah tersohor tanahair, Armaya Aman Ramlie atau nama glamour nya A.R. Badul. Artis yang berlakon dalam beberapa filem antaranya GURU BADUL dan DA DI DU ternyata mempunyai perawakan yang menarik dan peramah.Biarpun gaya dan gelagat artis ini Nampak ‘bersahaja’ ketika berada di pentas, namun ternyata dapat mengumpulkan ribuan peminatnya. Justeru itu saya jarang mengikuti perkembangan kehidupan peribadi artis ini. Walaupun saya meminati A.R. Badul ini sejak dulu lagi, terutama dalam beberapa filem lucunya.. namun rasa minat itu tidak sampai untuk ‘meneroka’ kehidupan peribadi beliau. Hanya kata orang ‘sekadar minat sahaja’.. Setelah membaca akhbar ini, rupanya pelakon dan pelawak ini sudah berkahwin sebanyak 5 kali..dan kesemuanya berakhir dengan penceraian…Terbaru perkahwinan artis ini dengan Muna Liza, juga membawa kepada penceraian apabila A.R Badul, 60 tahun dan Muna Liza,34 tahun bercerai secara tebus talak sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Permohonan cerai tebus talak tersebut dibuat mengikut Seksyen 49 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan ) 1984. Mengikut fakta, Cerai tebus talak ini bermakna isteri membayar wang kepada suami mengikut jumlah yang dipersetujui dan mahkamah pula memerintahkan suami melafazkan talak.

Begitulah hidup ini, ada pasang-surutnya.Jodoh dan pertemuan ini ditentukan oleh Allah, namun kita diharuskan berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk menjaga jodoh itu. Dan apabila sudah tidak ada persefahaman, maka kita dibolehkan untuk melakukan penceraian…Namun berdetik juga dalam hati saya…semua manusia ini sama…menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup ini..Semoga A.R Badul dapat bersabar dengan dugaan ini..

p/s Renungan:

“Benda halal yang paling dibenci oleh Allah ialah Penceraian”..