Hari ini dua pelajar telah menemui saya untuk membuat laporan tentang rakan diaorang yang tidak hadir ke sekolah gara-gara mandi sungai hingga 'lupa' pergi ke sekolah. Saya tersenyum mendengar cerita pelajar ini kerana saya pun masa zaman kanak-kanak dulu selalu juga mandi sungai dan nostalgia itu seakan datang berputar kembali dalam ingatan saya.Satu kenangan yang sukar di lupakan.
Semasa zaman kanak-kanak saya dan beberapa orang kawan 'selalu' mandi sungai.Dari pagi, kadang-kadang hingga petang. Kalau saya ingat sekarang,begitu 'tahan' pula saya dan kawan-kawan yang lain 'mandi' begitu lama.Tapi itulah hakikatnya, 'mandi sungai' sungguh menyeronokkan. Orang kampung panggil sungai tempat saya selalu mandi itu dengan nama "Magutang. Saya pun hingga kini tidak tahu maksud "magutang" itu, dengar-dengar ia sempena nama kampung yang wujud berdekatan dengan sungai itu. Bagi kami, waktu itu sungai itu kami gelar "Buruyung" kerana air di tengah sungai itu berputar sebab dalam.Maklumlah zaman kanak-kanak, manalah pentingkan nama, yang ada di kepala waktu itu "MANDI SUNGAI".
Di pendekkan cerita, memangpun sudah pendek!, waktu mandi tu, aktiviti yang selalu kami buat ialah menyeberang sungai menggunakan rakit batang pisang yang dibuat sendiri. Rakit pisang itu kami panggil "Upas".. Tidak tahu apa sebenarnya tujuan kami berakit ke seberang sungai itu..tidak ada apa-apa pun yang dihajatkan. Hanya bila sampai ke seberang kami berasa puas..konon kerana berjaya menakluki sungai yang lebarnya lebih kurang 30 kaki itu. Airnya deras dan dalam tidak menjadi halangan kepada kami. Bahkan perasaan takut pun tidak wujud.Biarpun saya masih ingat, saya sering dimomokkan kononnya di sungai itu ada buaya.Tapi hingga kini tidak ada seorang pun yang melihat kelibat buaya itu. Mungkin cerita dongeng untuk menakutkan kami saja.
Minggu lepas ketika saya membawa keluarga pulang ke kampung 'bercuti singkat" saya sempat melirik sungai yang sewaktu dulu tempat saya dan kawan-kawan bermain. Sungai itu sudah berubah wajah dan tidak lagi seperti dulu.Tebingnya pun mula kena hakisan.dasarnya pun bertambah cetek.
kalau saya ingat peristiwa tu, terfikir juga saya..apalah yang kami perolehi mandi sungai tu?..
paling tidak pun, sekarang ia jadi pengalaman yang sukar dimengertikan.Tapi ia indah sebenarnya kerana tidak semua yang melaluinya...

saya sendiri kecil2 dulu suka juga mandi sungai tapi lepas kena gigit lintah..dah takut nak turun kesungai..fobia...
ReplyDeletemandi sungai memang sangat erat kaitannya dengan hidup kita ketika zaman kanak-kanak dahulu. Sayang sekali kerana ada sungai yang dulunya besar tetapi kini sungai mati atau cetek airnya.Saya ingat ketika belajar mengaji di tempat Tuan Guru Haji Mansor, sering juga kami mandi sungai. Tetapi sekarang, sungai itu tidak lagi seperti dulu.
ReplyDeleteSalam Zai dan Naddin..
ReplyDeleteMemang mandi sungai ni sangat menyeronokkan.Itulah nostalgia yang sukar dilupakan.