Pages - Menu

Saturday, June 27, 2009

Makhluk Asing


Persoalan Makhluk asing sering kita dengar dibangkitkan oleh media massa.Bermula daripada tanggapan bahawa terdapat makhluk seakan-akan manusia yang telah mencapai kemajuan dan peradaban tinggi yang hidup di alam ini,manusia mula membuat kajian dan penyelidikan untuk membuktikan kewujudan makhluk Asing. Ada yang mempercayainya, dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju malahan menolak ‘kehadiran’ makhluk ini. Fenomena laporan kenampakan pesawat makhluk asing yang digelar Unidentified Flying Object (UFO) tersebar secara meluas sehingga mula menimbulkan persoalan sama ada makhluk asing ini benar-benar wujud atau sebaliknya. Di Negara kita tidak terkecuali dengan berita ‘sensasi’ ini. Suatu ketika dulu kita dikejutkan dengan Pesawat Piring Terbang (UFO) yang kelihatan melayang di sekitar Johor Bahru dan sekitar Lembah Klang. Masyarakat kita ‘gempar’ seketika dengan kehadiran makhluk asing ini.Ada yang bertanya…kenapa UFO perlu ke Johor Bahru?...lalu timbullah bermacam-macam tanggapan sehingga ada yang mula mencari-cari ikhtiar untuk menyelamatkan diri jika berlakunya serangan UFO? Mungkin tanggapan sebegini banyak dipengaruhi oleh plot cerita Filem Sains Fiksyen yang menggambarkan Makhluk asing sebagai “makhluk penjajah”. ‘Kegemparan’ masyarakat ini tidak berlarutan kerana akhirnya UFO ini dilupakan.
Di Sabah isu UFO ini juga pernah mengemparkan apabila seorang wartawan ketika mengambil gambar Pesawat MAS yang berlepas dari lapangan terbang Kota Kinabalu turut mendakwa gambar yang diambil itu mengandungi objek terbang… Setelah diperhalusi gambar berkenaan, didapati objek terbang itu berupa ‘Keranda’. Isu ini pada waktu itu bertambah ‘panas’. Ada pihak yang mendakwa bahawa ‘objek terbang’ itu bukanlah UFO tetapi lebih kepada ‘amalan-amalan mistik’ yang dikaitkan dengan pemujaan. Akhirnya isu objek terbang ini hilang begitu sahaja.Mungkin kerana tidak ada kajian susulan atau kajian saintifik yang boleh membuktikan kehadiran UFO di Negara ini.
Antara kes popular ialah mengenai penemuan makhluk asing di Roswell,New Mexico, Amerika Syarikat pada tahun 1947 selepas dikatakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing itu terhempas.Menurut kisah itu, pada malam kejadian berlaku ribut teruk sehingga menyebabkan penduduk terpaksa berkurung di dalam rumah. Keesokkannya, seorang penternak di kawasan itu mendapati banyak serpihan logam aneh yang bertaburan di kawasan ladangnya.serpihan logam itu dikatakan serpihan kapal angkasa makhluk asing yang terhempas. Namun Amerika Syarikat menolak asas itu dengan mengatakan bahawa itu adalah belon kaji cuaca. Ramai yang masih sangsi dengan kejadian ini, tetapi akhirnya kes ini ditutup dan dilupakan.

Persidangan Persatuan Penyelidikan UFO British (BUFORA) yang diadakan pada tahun 1995 mendedahkan satu rakaman pembedahan makhluk asing yang dikatakan dirahsiakan oleh AS selama 48 tahun.Rakaman hitam putih itu menggambarkan makhluk asing itu memiliki kepala yang besar, tanpa rambut,mata besar seperti cicak dan mempunyai enam jari di tangan dan kaki. Gambaran ini akhirnya menjadi asas kepada pembikinan filem-filem yang menceritakan perihal makhluk asing ini. Antara filem yang menjadi perhatian masyarakat dunia ialah X-File yang cuba diketengahan menceritakan bagaimana penyiasatan seorang agen perisik yang menemui beberapa bukti tentang kewujudan makhluk ini.Malahan ada kepercayaan bahawa makhluk asing ini sudah pun tiba di bumi pada ribuan tahun lalu dan melewati masa yang panjang,mereka dikatakan turut berevolusi dan berubah rupa paras.
Sama ada benar atau tidak masih menjadi sasuatu yang sukar dibuktikan.



No comments:

Post a Comment